Terima Ribuan Komen, Tegar ‘Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang’ Rupanya Dah Selamat Jadi Suami Orang Pada Usia 19 Tahun!

Share

Menerusi entri terkini di laman Instagram, penyanyi remaja Indonesia, Tegar mengumumkan dirinya telah selamat bernikah bersama wanita pilihan hati yang dikenali sebagai Sarah Sheilka.

Penyanyi berusia 19 tahun yang pernah mencipta fenomena menerusi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang berkongsi perkhabaran gembira itu pada Jumaat.

“Minta doanya buat semua semoga Tegar menjadi keluarga yang samawa amin,” tulisnya.

Sehingga kini, entri tersebut telah menerima lebih 50,000 tanda suka malah turut dihujani hampir 2,000 komen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen termasuklah rakan artis daripada Malaysia dan Indonesia menitipkan ucapan tahniah buat penyanyi muda itu.

Terdahulu, Tegar memulakan kariernya sebagai penyanyi jalanan ketika usianya baru 11 tahun.

Bagaimanapun, Tegar berjaya mengubah nasib keluarganya apabila single Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang menjadi lagu hits bukan sahaja di Indonesia malah turut berjaya menembusi pasaran di Malaysia.

Sumber: Instagram Tegar

Published by
Aizam Manaf