Pelakon terkenal, Nabila Huda akui terkejut saat menerima mesej ugutan daripada seorang individu di aplikasi X baru-baru ini.

Menurut Nabila, individu yang dipercayai merupakan warganegara Indonesia itu didakwa mengugut untuk mencolek anaknya, Keisha Laila hanya kerana kurang senang melihatnya mengenakan pakaian kebaya.

Terima Ugutan Culik Hanya Sebab Pakai Kebaya, Nabila Huda Sedia Ambil Tindakan

“Ketika pertama kali baca, sudah tentu ada kerisauan sebab kita seorang ibu. Memang ada perasaan takut. Tertanya-tanya apa salah saya dan ada musuh dengan siapa?

“Saya terus ingat balik apa tingkah laku saya yang buat orang marah. Kadang kala kita terlupa tingkah laku kita ketika muda. Kita tak ingat yang kita menyakiti hati orang dan tak minta maaf.

“Bila ingat semula, rupanya fasal saya memakai kebaya. Saya sendiri tak tahu kenapa. Sejak dahulu lagi, kita sering bergaduh mengenai budaya. Kalau menjawab, perkara ini tidak akan habis.

“Sebagai bangsa Melayu, kita sepatutnya bersatu dan meraikan antara satu sama lain,” katanya kepada MH.

Ads

Anak kepada penyangi rock lagenda, Datuk Amy Search itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program The Masked Singer Malaysia musim ke-4 baru-baru ini.

Terima Ugutan Culik Hanya Sebab Pakai Kebaya, Nabila Huda Sedia Ambil Tindakan Terima Ugutan Culik Hanya Sebab Pakai Kebaya, Nabila Huda Sedia Ambil Tindakan

Dalam pada itu, Nabila turut memaklumkan dirinya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya perkara sama berulang lagi selepas ini.

“Saya ambil pendekatan untuk tidak melayan. Kalau kita terlampau fikir, kita akan takut. Jadi susah pula kita nak menguruskan kehidupan seharian.

Ads

“Takkanlah kita nak hidup dalam ketakutan. Kita berdoa sahajalah supaya keluarga kita dijauhkan daripada perkara-perkara malang.

“Saya juga ada suami, bapa, keluarga dan orang-orang sekeliling yang boleh menjaga kami. Saya tak mahu ambil ugutan ini terlalu serius. Banyak lagi hal lain boleh kita buat.

“Namun, kalau saya dapat ugutan kali kedua, sudah tentu saya akan ambil tindakkan,” ujarnya lagi.

Ads

Pada masa sama, pelakon filem Rahsia ini juga memaklumkan dirinya tidak mahu memperbesarkan isu ini kerana bimbang anaknya akan berasa fobia.

Terima Ugutan Culik Hanya Sebab Pakai Kebaya, Nabila Huda Sedia Ambil Tindakan

“Saya tak bagitahu dia tentang perkara ini. Pada saya, dia tak perlu tahu. Saya tak nak dia hidup dalam ketakutan. Kami memang menjaga keselamatan dia dengan ketat.

“Pergi dan balik sekolah, kami hantar. Saya tahu apa yang dia buat dan hubungan kami sangat rapat. Dia tak memandai nak keluar sendiri.

“Keselamatan di Malaysia ini sangat ketat. Pihak berkuasa kita sangat cekap. Kalau apa-apa yang berlaku, sekejap saya boleh uruskan,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI