Terima Wang Hantaran RM10k, Sasha Saidin Sah Bergelar Isteri. Bakal Hijrah Ke UAE

Share

Penyanyi dan pelakon, Sasha Saidin, selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati, Sirhan Wahab, kira-kira jam 9.28 malam, pada Isnin dengan sekali lafaz.

Memetik Berita Harian, Sasha,43, dan suaminya yang berusia 42 tahun itu telah dinikahkan adik kepada bintang berkenaan, Zain Saidin.

Pada majlis berkenaan, pengantin perempuan menerima mas kahwin RM1,000 dan hantaran bernilai RM10,000.

Sasha bersyukur kerana majlis pernikahan berjalan lancar selain meminta ramai mendoakan kebahagiaan mereka suami isteri.

Anggota kumpulan Elite itu juga turut memaklumkan bakal berhijrah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) kerana mengikuti suaminya yang bekerja dalam sektor kewangan di negara itu.

“Ia ibarat pengembaraan baharu yang bakal kami lalui. Namun, pada masa sama, saya rasa gementar,” katanya seperti yang dipetik.

Berkongsi mengenai detik perkenalan dengan suami, Sasha menjelaskan dia mengenai Sirhan sejak di bangku persekolahan.

Bagaimanapun, keduanya mulai rapat sejak tahun lalu.

Sasha pada masa turut menambah, majlis pernikahan diraikan secara sederhana dan hanya mengutamakan perkara wajib terlebih dahulu.

“Semalam diadakan majlis khatam al-Quran di lokasi sama.

”Kami pernah melalui fasa perkahwinan sebelum ini. Ketika kami mula rapat, suami adalah duda anak dua,” katanya lagi.

Untuk rekod, Sasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Johan Abdullah Skinner pada 2003. Namun, mereka berpisah selepas kira-kira empat tahun bersama.

Pada 2007, Sasha kemudiannya berkahwin dengan warga Indonesia, Salyo Priyanto tetapi bercerai pada 2012.

Hasil perkahwinan dengan Salyo, mereka dikurniakan anak lelaki, Adam Aryasenna Notosoemarsono yang kini berusia 10 tahun.

Sumber/Foto: Berita Harian/Instagram Linda Rafar

Published by
MH