Semalam penceramah, Ustaz Ebit Liew menjadi tetamu undangan di program MeleTop untuk mempromosikan rancangan kendaliannya bertajuk Door To Door.
Apa yang menariknya, Ustaz Ebit meluahkan rasa terharu apabila perkongsiannya itu telah menjentik hati ramai penonton termasuklah pengacara Nabil dan Neelofa, ketika berada di belakang tabir.
Katanya, dia berterima kasih kepada Allah kerana telah mempertemukannya dengan kedua-dua pengacara ini kerana mereka sangat khusuk dalam mendalami ilmu agama.
“Sebelum pergi tadi solat hajat 2 rakaat doa supaya setiap langkah jadi asbab kebaikan. Nak tahu tak sebak jer atas pentas tadi. @neelofa bila dengar ‘Allah sayang nampak beliau sebak di @meletop.
“Beliau sebak, bergenang dan khusuk mendengar. Subhnallah. Beliau sangat baik orangnya bertanya soalan tentang dakwah dan lain-lain dengan penuh hormat walau waktu dibelakang tabir baik orangnya.
“@nabilzira pun menangis tadi bila cerita tentang kasih sayang. ALLAHUAKBAR..Terima kaseh Allah kerana dapat bertemu dengan orang baik-baik. Berjuta rahmat yang kau beri pada mereka berilah juga pada saya,” tulisnya
Dalam pada itu, Ustaz Ebit turut memuji program Meletop kerana telah menjadi salah satu sebab tersebarnya dakwah di Malaysia ini
“Syukur dapat berkongsi tentang door to door ebit lew program di astro oasis dah episod ke 9. Dakwah sebenar tiada perancangan dialog. Semuanya benar-benar terjadi. Syukur dapat hadiahkan buku terbaru 11 amalan kaya dan isteriku bidadari.
“Segalanya milik Allah. Mudah-mudahan jadi asbab kebaikan.. Terimalah ya Allah semua artis pelakon jadi asbab hidayah,” katanya lagi.
Program Door To Door kini sudah memasuki episod ke sembilan dan korang boleh saksikannya di Astro Oasis pada setiap Sabtu jam 7.30 malam.
Foto: Instagram Ustaz Ebit Liew