Pengarah dan penerbit, Jinggo mengakui berasa agak kecewa dengan tindakan seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa telah memuat naik kenyataan berunsur fitnah melibatkan majlis akad nikah anaknya baru-baru ini.

Menurut Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya, kenyataan tersebut bukan sahaja mencalarkan nama baik kedua belah keluarga tetapi turut mengguris hati menantunya yang juga merupakan pelakon, Elisya Sandha.

“Teringin Melihat Wajah Awak Di Mahkamah Nanti,” – Kenyataan Berbaur Fitnah Guris Hati Keluarga & Menantu, Jinggo Mahu Saman Pemilik Akaun FB?

Dalam pada itu, Jinggo turut memaklumkan dia telah membuat keputusan untuk menyaman pemilik akaun berkenaan.

“Bismillah dengan nama Allah, kenyataan awak Kaki Komen adalah dusta dan fitnah serta mengguris hati menantu saya juga keluarga saya dan keluarga menantu saya.

“Sebelum surat saman saya sampai pada awak, percayalah syurga dan neraka itu benar kecuali awak dilahirkan tanpa agama,” tulisnya.

Ads

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh suami kepada pelakon dan pengarah, Sheila Rusli itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

“Teringin Melihat Wajah Awak Di Mahkamah Nanti,” – Kenyataan Berbaur Fitnah Guris Hati Keluarga & Menantu, Jinggo Mahu Saman Pemilik Akaun FB? “Teringin Melihat Wajah Awak Di Mahkamah Nanti,” – Kenyataan Berbaur Fitnah Guris Hati Keluarga & Menantu, Jinggo Mahu Saman Pemilik Akaun FB?

Malah, Jinggo turut berharap agar pemilik akaun Facebook tersebut mengemukakan bukti berhubung kenyataan tersebut.

“Saman saya akan secara automatik akan gugur pada awak Kaki Komen. Kalau awak tunjukkan bukti dan sumber yang membenarkan kenyataan awak.

Ads

“Teringin rasanya melihat wajah awak di mahkamah nanti. See you soon,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan pemilik akaun berkenaan selain turut memberikan kata-kata semangat buat Jinggo serta seluruh ahli keluarganya.

“Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Allahuakbar jauhilah kami dari fitnah.

“Dunia akhir zaman. Fitnah jadi makanan.

Ads

“Yes, itu tindakan paling ralevan. Kena ambil tindakan undang-undang.

“Assalamualaikum, elok sangat tu Tok Sidang. Lama sangat dah hal ni. Bagi pengajaran untuk yang lain-lain,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Terdahulu, anak sulung kepada Jinggo, Uzair Haqimy dan Elisya telah pun selamat melangsung majlis akad nikahnya pada tanggal 21 Ogos lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.

“Teringin Melihat Wajah Awak Di Mahkamah Nanti,” – Kenyataan Berbaur Fitnah Guris Hati Keluarga & Menantu, Jinggo Mahu Saman Pemilik Akaun FB?

Dalam majlis serba ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu, Elisya atau nama sebenarnya, Nur Elisya Hassan menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas putih dan wang hantaran berjumlah RM22,222.22.

Sumber: Instagram Jinggo & Sheila Rusli

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI