Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob akui berang dengan tindakan seorang individu di Instagram yang mempersoalkan mengenai perubahan fizikalnya ketika ini.
Menurut Fazley, sekiranya tiada perkara yang baik untuk diperkatakan, lebih baik kita berdiam diri sahaja daripada memberikan kata-kata yang menyakitkan.
“Kalaulah social media ni boleh auto block dan ban orang-orang yang suka #bodyshaming, saya rasa ramai orang hilang account masing-masing tau!
“Orang tua tua cakap, kalau nak tegur gemuk, lebih baik diam, kalau nak tegur cantik, panjang-panjangkan cerita,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Bila April itu menerusi entri terkini di laman Instagram miliknya.
Malah, Fazley juga turut mengingatkan orang ramai untuk tidak sesekali menegur perubahan fizikal orang lain sehingga membuatkan mereka kurang selesa dan yakin dengan diri sendiri.
Ads
“Tak payahlah tegur kalau peha orang tu besar, tak payah tegur kalau pipi dia tembam, tak payah tegur kalau dada dia tak montok, tak payah tegur kalau lengan dia mengelebeh, tak payah tegur kalau rambut dia nipis, tak payah tegur kalau punggung dia tak ada isi.
“Tak payah tegur kalau muka dia berjerawat, tak payah tegur kalau ketiak dia hitam, tak payah tegur kalau kuku dia tak cantik, tak payah tegur kalau dia ada spare tayar kat tepi pinggang dia, tak payah tegur kalau hidung dia kembang – JUST STOP IT!
“Meh sini kalau ada lagi orang yang teringin nak rasa kena penampar dengan chopping board? Apa lagi yang korang rasa tak patut ditegur sebab akan jadi bodyshaming?,” kongsinya lagi.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar teguran Fazley itu mampu memberi kesedaran buat semua pihak.
“ADUH BRO! Aku gelak giler with your reply! Terbaik bro!
“Terasa diri sendiri tu sempurna sangat kot. Tu yang p tegur kekurangan orang lain.
Ads
“Orang kita ni semua nak bodyshaming. Kurus pon kena, gemok pon kena, kulit hitam pon kena, putih lebih terlebih lagi la orang kata. Serba tak kena. Diam itu lebih baik.
“Perangai suka cari kelemahan orang lain.
“Manusia ni semua benda salah. Hidung mancung pun kene ejek, hidung kemek kembang lagi lah. Semua benda tak kena,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Fazley Yaakob
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Genap 14 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama isteri tercinta hari ini, Datin Azrene Ahmad, cef selebriti Datuk Fazley Yaakob menitipkan dedikasi bersama pautan video istimewa buat permaisuri hatinya.
Menerusi video yang dimuat naik menerusi IG TV yang berlatar belakangkan lagu nukilan sendiri berjudul November Itu, Fazley menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan isteri terbaik buat dirinya.
“Syukur ke hadrat Ilahi, 7 November 14 tahun yang lalu kami telah disatukan. Pelbagai onak duri, duka dan duka (bukan suka duka) dan airmata yang mengalir, namun Allah tetap izinkan kita untuk terus berdiri teguh mempertahan masjid yang satu ini.
“Bukan mudah untuk mempertahankan perkahwinan yang baru setahun jagung, apatah lagi memperkukuhkan masjid yang terbina 14 tahun lamanya.
“Moga iman kita semakin kukuh, tiang agama kita semakin utuh, dan anak2 kita yang 4 orang tu membesar dengan tersedianya ilmu dunia dan terpatrinya ilmu akhirat sentiasa,” tulisnya.
Fazley pada masa sama turut merakamkan ucapan terima kasih buat isteri yang menerima dirinya dengan apa adanya.
“Terima kasih di atas pengorbanan Adik sayang @azrene_ahmad selama ini. I am who I am today because of you.
“Adik menjadi isteri abang dalam keadaan sehelai sepinggang, dan abang sendiri sampai tiada apa lagi yang tinggal akhirnya, namun Allah tetap memberi harta kasih dan sayang berpanjangan.
“Biarlah kita miskin harta, namun kekal kaya kasih dan sayang. Yang pahit tak semestinya racun, yang manis tak selalunya madu!
“Salam Ulangtahun kita yang ke-14 dan percintaan yang hampir ke-16 tahun,” titipnya panjang lebar.
Hidup harmoni sebagai suami isteri, Fazley dan Azrene kini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz, Ahmad Fieradz, Ahmad Fierudz dan Alayna Selma.
Foto: Instagram Datuk Fazley Yaakob
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Gmie Screen merupakan contoh bapa mertua terbaik apabila segera mencium pipi menantu seraya selesai akad nikah anak perempuannya.
Dilabel bapa mertua paling sporting, sebaik sahaja Imam menyatakan sah pada akad, Gmie tanpa berlengah, sambil berdoa terus mencium kedua-dua belah pipi menantu yang dilihat sedang sebak.
Pelakon dan penyampai radio, Riena Diana menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana telah memberikannya rezeki untuk memiliki sebuah kereta baru jenis Mazda CX-5 sebagai hadiah bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-24 baru-baru ini.
Menurut Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zureal, dia menyifatkan kejayaan tersebut sebagai satu ‘reward’ untuk dirinya sendiri diatas usaha dan kerja kerasnya selama ini.
“Belanja sikit hadiah birthday i haritu! Alhamdulillah at my age of 24, i dapat unlock 1 more achievement in my life.
“Different people,different journey kan? Bukan la mewah mana but I’m beyond happy!! More to come insyaallah!,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Kampung People itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, meskipun pencapaian tersebut berjaya diraihnya pada usia yang muda, namun Riena tetap berpandangan setiap individu pasti mempunyai impian dan jalan hidup mereka yang tersendiri.
Dalam pada itu, Riena turut memaklumkan kejayaan tersebut juga kini telah menjadi pemangkin semangat buat dirinya untuk terus berusaha mengejar cita-cita dan impiannya pada masa akan datang.
Menerusi ruangan komen,rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Riena.
“I am so proud of you Riena. I cry.
“Wah, congrats Riena! Semoga terus sukses.
“Tahniah Riena. Saya doakan Riena sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik-baik selalu.
“Wow, Lailer, makin bertambah manis la lepas ni. Congrats ya.
Alhamdulillah, syukur. Always proud of you,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Terdahulu, selain bergelar pelakon, Riena juga merupakan salah seorang penyampai yang bertugas di stesen radio, Hot FM yang mengendalikan segmen Sembang Squad bersama gandinganya Haziq Hussni.
Sumber: Instagram Riena Diana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!