Sudah memeluk Islam 11 tahun lalu, pelakon Adam Corrie Lee teruja apabila dia berjumpa semula dengan seorang ustaz yang telah mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah.
Perkara itu dikongsikan Adam di Instagramnya apabila Ustaz Amran datang ke premis jualan baju melayu Adam Corrie Exclusive di ibu kota, malam tadi.
“11 tahun Lepas, Allah telah berikan Hidayah kepada Saya untuk kembali Fitrah. Selepas mendapat pertunjuk Dari Allah terjaga dari tidur terdengar Azan subuh.
“Saya nekad untuk terima Islam sebagai pegangan hidup saya. Perkara pertama yang Saya buat, pagi tersebut nekad pergi ke Perkim untuk syahadah.
Ads
“Dan sampai di Perkim Saya berjumpa Ustaz Amran Abdullah . Ustaz Amran yang syahadah Saya. Alhamdulillah.
“Ustaz Amran sangat baik & Sgt disenangi dikalangan saudara baru. Suka membantu saudara baru.
Ads
“Senyum selalu. Selalu Bersama baik. InsyaAllah hati tenang,” tulisnya panjang lebar.
Pengarah Urusan Kembara Sufi Sdn. Bhd, Ustaz Muhammad Al-Fadzil Hidzir yang turut memiliki rumah produksi mengambil berat terhadap kandungan setiap naskhah yang diterbitkan pihaknya bagi menjaga sensitiviti demi menjaga imej baik syarikat syarikat.
Menurut Ustaz Al-Fadzil, ketelitian yang dilakukan termasuk daripada segi penghasilan skrip selain menjaga babak-babak tertentu bagi mengelakkan salah faham penonton sejurus ia ditayangkan di kaca TV.
“Bagi saya penjagaan terhadap pembikinan skrip memang amat penting, lebih-lebih lagi bila melakukan penggambaran di Tanah Suci. Ada adab tertentu yang perlu kita jaga. Bukan sekadar di Tanah Suci semata-mata, tetapi di negara sendiri juga.
“Sebab sesebuah karya yang dihasilkan akan ditonton oleh ramai orang. Mereka yang menonton televisyen bukan sahaja golongan dewasa yang reti tapis apa yang baik dan sebaliknya, tetapi juga kanak-kanak.
“Misalnya apa yang dikatakan itu tidak ditapis, dengan kata-kata yang tidak baik ia boleh menjadi satu pembelajaran dan mungkin akan timbul masalah. Jadi bagi sayalah, skrip yang hendak dikeluarkan itu perlu dijaga dan ditapis.
“Termasuk adegan juga perlu dijaga sensitivitinya. Saya juga ada berbincang dengan produksi kalau boleh adegan yang keterlaluan tak ada pun tidak mengapa. Ada pelbagai cara yang boleh kita adaptasikan untuk jadikan ia lebih baik,” katanya.
Ustaz Fadzil berkata demikian ketika ditemui pada majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd di Shah Alam, pada Ahad.
Berkongsi lanjut mengenai perkembangan syarikat berkenaan selepas 10 tahun menyediakan pelbagai servis kemudahan kepada pelanggan, Ustaz Fadzil terharu atas sokongan semua pihak sejak mula ia ditubuhkan.
“Kita bermula sebagai peneraju pakej pelancongan dengan kadar yang berpatutan dan alhamdulillah kita menjadi syarikat yang paling banyak bawa kumpulan pelancong kita ke luar negara.
“Kemudian kita kembangkan kepada pelbagai cabang bisnes yang ada potensi, misalnya menghasilkan produk kesihatan, perkilangan, produksi televisyen, cawangan bekam, hartanah dan sebagainya.
“Tidak dinafikan, ketika dalam fasa pandemik Covid-19, bisnes kecil inilah yang membantu dan menyokong meneruskan survival Kembara Sufi. Malah sekarang kita pun ada tawarkan perkhidmatan kepada mana-mana pihak yang mahu mengeluarkan produk sendiri,” katanya lagi.
Dalam pada itu, pihaknya turut menawarkan pelbagai tawaran menarik bersempena dengan sedekad penubuhan Kembara Sufi dan ia boleh dirujuk menerusi platform media sosial mereka.
Rumah produksi Kembara Sufi cukup aktif di dalam menerbitkan nakshah drama tempatan, program travelog selain ada merancang untuk menghasilkan sebuah filem berbentuk kerohanian selepas ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara, Yasmin Suraya ada menitipkan ucapan terindah buat suami tercinta, Sha’ arin Razali bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelapan semalam.
Luah Yasmin seperti yang dipetik menerusi Instagram, meski dirinya tidak tahu apakah yang akan berlaku untuk tempoh yang akan datang, namun dia berdoa agar dirinya sekeluarga berada dalam keadaan baik harmoni.
“8 years ago today, kita diijabkabulkan. 8 years ago we didn’t know we will have 2 beautiful boys today.
“We will not be certain what will happen in the next 8 years or more, but I will pray Allah bless our little family with love, health, abundance, wisdom, freedom and happiness. Happy 8th anniversary sayang. I love you. I love us,” tulisnya.
Pelakon, Anzalna Nasir yang kini sedang hamil anak pertama ada berkongsi situasi dirinya yang pernah menunggu lebih dua tahun menunggu rezeki cahaya mata.
Malah katanya, dia turut memahami perasaan wanita senasib dengannya yang gagal hamil kerana pernah berhadapan situasi sama.
Perkongsian tersebut dikongsikan Anzalna menerusi sedutan video bersama pengasas produk Nona Roguy yang turut boleh ditonton penuh di saluran YouTubenya sendiri.
“Selamat hari wanita antarabangsa 2019! Di hari Jumaat yang mulia ni, Anzalna ingin berkongsi video tips hamil dari pengasas Nona Roguy Datin Sharifah Anisah Barakbah yang sangat berpengalaman (Video penuh di youtube channel Anzalna ) Anzalna sangat memahami perasaan wanita yang masih gagal untuk hamil kerana Anzalna sendiri pernah melaluinya.
“Selama 2 tahun Anzalna menunggu cahaya mata, kata doctor, 2 tahun adalah normal tak lambat pun tapi Anzalna rasa macam lama gila menunggu!,” tulisnya.
Malah kongsi Anzalna lagi pelbagai kata dilemparkan atas hal tersebut.
“Macam-macam kata dilemparkan tapi sedikit pun tak dihiraukan yang paling penting bagi Anzalna, rumah tangga bahagia walau ada atau tak ada cahaya mata. Tak perlu kita mempersoalkannya yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal.
“Bila berbadan dua ni terkadang terfikir tak mahu bercerita lebih atau terlalu gembira lagipun bukan Anzalna seorang saja yang mengandung, masih jauh lagi perjalanan menjadi seorang ibu dan tak mau mengguris hati wanita yang ingin hamil.
“Ramai ‘dm’ Anzalna minta tips hamil akan tetapi apa Anzalna boleh katakan ini semua adalah kerja Allah, Anzalna sendiri terkejut bila doctor bagitahu hamil!
“Cuma nasihat Anzalna, berjumpa lah dengan doctor dahulu. Semoga dengan perkongsian dari Datin Sharifah Anisah sedikit-sebanyak Anzalna dapat membantu wanita yang ingin hamil di luar sana,” tulisnya panjang lebar.
Penyanyi Datuk Awie, meluahkan rasa gembira atas perkembangan hubungan sahabat baiknya, Erra Fazira, yang kini dikatakan semakin rapat dengan usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai 'Mr. E'.