“Terjatuh Dari Tangga Dan Terduduk Dekat Mail Punya Tangan,”- Tulang Ismail Izzani Hampir Retak!

Share

Menerusi entri terkini akaun Instagram milik penyanyi Ismail Izzani, bintang muda ini ada berkongsi kecederaan yang dialami di bahagian tangan kanan.

“Kecundang,” tulisnya.

Menjengah di InstaStory miliknya, penyanyi yang terkenal dengan lagu Luar Biasa itu juga turut memberi penjelasan mengenai insiden yang berlaku.

“Kepada sesiapa yang tanya apa yang jadi kat tangan Mail sebenarnya Mail terjatuh daripada tangga dan terduduk dekat Mail punya tangan kanan, jadi dah buat X-ray dah dapat keputusan.

“Alhamdulillah tak ada retak, tak ada patah cuma tisu dalam sahaja yang bengkak jadi doktor kata kena pakai benda ni supaya Mail tak banyak sangat pakai tangan kanan so okey jer,” katanya.

Lantas, peminat turut mendoakan agar penyanyi berusia 19 tahun itu kembali sihat seperti sedia kala.

Video : Instagram Ismail Izzani

Published by
Nazar Rafiqhi