Uncategorized

Terjumpa Nota Lukisan Lama Arwah Anak, Nora Ariffin Sedih Teringat Pesanan Alif Johan

Share

Tidak dinafikan, bukan satu perkara mudah apabila terpaksa berpisah dengan anak buat selama-lamanya dan itulah yang dilalui penyanyi, Datuk Nora Ariffin.

Baru-baru ini, Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin terjumpa lukisan lama yang dilakar arwah anak lelakinya, Alif Johan.

Menurut Nora, lukisan bersama kata pesanan tersebut dihasilkan buat titipan adik perempuannya, Putri Nur Dahlia ketika di zaman kanak-kanak.

Di samping berkongsi cerita itu bersama para pengikut di laman media sosial Instagram miliknya, penyanyi yang sinonim dengan lagu Di Persimpangan Dilema ini turut mendoakan arwah.

“Luluh hati seorang ibu terjumpa nota lukisan pesanan lama yang dilukis oleh arwah Alif Johan kepada Putri.

“Kasih sayang adik beradik tak akan putus. Moga anakanda Alif ditempatkan bersama orang yang soleh. Miss you Alif,” tulisnya menerusi entri berkenaan.

 

Sebagai informasi, Allahyarham Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan telah disahkan meninggal dunia selepas menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember 2019.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Datuk Nora Ariffin

Published by
Nazar Rafiqhi