Shahrol Shiro atau nama sebenarnya, Shahrol Azizie Azmi bertemu dengan bintang bola sepak negara dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid secara tak sengaja baru-baru ini.
Menerusi posting yang dikongsikan pelawak berkenaan menerusi Instagram, Shahrol turut merakam foto bersama Safawi di sebuah hospital.
Menurut Shahrol, dia terserempak dengan atlet berkenaan ketika bintang sukan itu yang membawa ibunya, Salemeh Abu Bakar untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di lokasi sama.
“Saya cuma paksa dia bergambar jer” sekian kenyataan saya. Terjumpa @safawirasid29 di KPJ sedang membawa ibunya check up.
“Awak memang anak yg baik,syurgalah tempatmu..Aminnn. Terima kasih juga mendoakan anak saya #KitaBangkit #NeverSurrender,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro) on
Serentak dengan perkongsian itu, rata-rata peminat mendoakan kesejahteraan kedua bintang tersebut selain memberikan reaksi terhadap isu hangat yang diperkatakan ketika ini.
Foto: Instagram Shahrol Shiro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cinta Mereka Kecundang Dalam Satu Tragedi Pahit,” – Seandainya Kau Ada, Di Astro First
Meski pawagam kini sudah kembali beroperasi sejak 5 Mac lalu, namun penerbit Fadzil Teh tetap memilih platform Astro First untuk menayangkan filem pertama arahannya bersama Chad Abdul Rahman, Seandainya Kau Ada.
Kata Fadzil yang sudah 20 tahun berkecimpung di arena seni, dia nekad dengan keputusan itu selepas mempertimbangkan banyak faktor.
Filem pertama produksi Zeel Production itu dibintangi Fendy Bakry, Ruhainies, Raysha Rizrose, Aidit Noh, Rozita Che Wan, Fauziah Nawi, Shah Iskandar dan Scha Elinnea akan mula ditayangkan di platform berbayar itu bermula 29 April ini.
“Semestinya saya mahu filem pertama ini ditayangkan di pawagam. Itu lebih afdal. Namun selepas melihat situasi pandemik COVID-19, saya mula berkira-kira.
“Di saat sekarang, penonton mula duduk di rumah dan hampir 200 peratus penonton memilih Astro First sebagai platform menonton filem di rumah.
“Oleh yang demikian, kami nekad dengan keputusan itu. Gementar juga menanti reaksi dan sambutan,” katanya.
Tambah Fadzil lagi, keputusan itu juga didorong dengan jalinan kerjasama baik yang sudah terjalin dengan saluran berkenaan.
“Malah sudut promosi dilakukan juga sangat baik. Di samping situasi pawagam yang belum pulih sepenuhnya,” katanya.
Katanya, penggambaran filem tersebut bermula sekitar awal Januari hingga Februari tahun lalu selama 40 hari.
“Kami bertuah kerana penggambaran berlangsung sebelum wabak melanda dunia itu mengganas dan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan pertama dikuatkuasa.
“Penggambaran dilakukan di KL, Perlis, Terengganu, Tashkent Uzbekistan serta kota Makkah dan Madinah.
“Sewaktu penggambaran berlangsung, menariknya setiap warga kerja produksi diminta memberikan input dan idea untuk mencantikkan hasil filem ini,” katanya lagi.
Filem ini dinspirasikan daripada novel judul sama terbitan Buku Prima nukilan Kamsiah Abu.
“Ia mengisahkan Syahirah lakonan Raysha yang menjalankan hubungan cinta sejak dari kecil bersama Fazlur (Fendy) hinggalah Fazlur menlanjutkan pelajaran ke luar negara.
“Bagaimana pun, cinta mereka kecundang dalam satu tragedi pahit dan Fazlur tidak mengahwini Syahirah. Syahirah pergi membawa diri ke Uzbekistan dengan belenggu masa silam.
“Sementara Fazlur mengahwini Rozita (lakonan Ruhainies) dan membuat penderaan mental dan fizikal terhadap Rozita. Namun cinta Fazlur terhadap Syahirah tak pernah padam,” katanya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menghitung Hari Bersalin Anak Ketiga, Mawar Rashid Umum Bakal Timang Bayi Perempuan
Pelakon Mawar Rashid mendedahkan dia bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
Menghitung hari untuk melahirkan anak ketiga, Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, kini usia kandungannya sudah masuk bulan kesembilan.
Berkongsikan video momen manis itu di laman Instagram miliknya, Mawar dan suami, Raf Yaakob mengadakan majlis ‘gender reveal party’ bagi meraikan kehadiran ahli keluarga baharu nanti.
Sebaik mendedahkan jantina kandungannya, anak-anak pasangan itu dilihat bersorak gembira dan teruja dengan belon berwarna merah jambu yang sinonim dengan jantina bayi perempuan.
Terdahulu, Mawar mengumumkan dia hamil anak ketiga pada September lalu dan ketika itu usia kandungannya sudah mencecah lima bulan.
Untuk rekod, Mawar berkahwin dengan Raf yang merupakan adik kepada penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob pada 9 November 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael, 4, dan Raden Seri Rosabella Cinta, 2 tahun.
Raf turut mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Kau Di Tempat Aku, Kau Sanggup ‘Duduk’ Seperti Aku? Aku Dah Lapan Tahun, Kau Baru Nak Masuk,” – Nadya Syahera
Pelakon Nadya Syahera tidak menafikan ada orang ketiga yang pernah cuba untuk mendekati keharmonian rumah tangganya bersama usahawan Fizul Nawi sebelum ini.
Nadya, 29, berkata cubaan tersebut kemungkinan berlaku disebabkan ada wanita tertarik dengan kesenangan hidup suaminya.
Bagaimanapun, Nadya kembali bertanya adakah wanita tersebut mampu untuk menjalani kehidupan bersama suaminya untuk tempoh yang lama.
Dalam pada itu, Nadya memilih untuk bersikap rasional dan tidak menafikan sekiranya ujian tersebut berlaku, dia berserah.
“Saya daripada dahulu berpegang kepada satu perkara iaitu kalau saya rasa boleh meneruskan, saya akan teruskan. Begitu juga sebaliknya. Tak kisahlah apa sahaja yang orang bercakap mengenainya, yang berada di dalam ‘kasut’ itu ialah kita.
“Jadi kita yang lebih tahu pasangan kita bagaimana dan kita yang perlu rasa yakin untuk diri sendiri sama ada mampu (untuk teruskan perkahwinan) atau tidak. Macam saya, sekali rasa boleh hadap, saya hadap.
“Akan tetapi saya percaya Allah tidak akan membiarkan hambaNya dalam keadaan yang terlalu teruk. Suatu hari insya-Allah Dia akan tarik kita ke jalan yang lebih baik. Jadi apa yang telah berlaku di dalam rumah tangga saya sama ada yang baik atau tidak, itu adalah kehendakNya.
“Kalau ada rezeki hubungan kami hingga ke syurga, saya bersyukur. Kalau tergantung di pertengahan jalan saya tak boleh nak melawan takdir. Apa pun di dalam rumah tangga ini, bagi saya kena perlu banyak berkomunikasi dan ada tolak ansur,” katanya lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI