“Terkejut… Baca Balik,” – Respon Nabil Aqil Bila Majlis Nikah Syafiq Kyle & Mimi Lana Batal

Share

Pelakon Nabil Aqil menghormati keputusan bapa saudaranya, Syafiq Kyle susulan pembatalan majlis pernikahan bersama Mimi Lana, seminggu sebelum mereka bakal diijab kabulkan sebagai pasangan suami isteri.

Nabil atau nama sebenarnya Mohammad Nabil Aqil Muhammad Salehuddin, 25, berkata, juga percaya baik Syafiq dan Mimi, masing-masing mempunyai alasan tersendiri terhadap keputusan yang diambil.

“Saya hanya mengetahui perkara itu menerusi ‘group WhatsApp’… terkejut dan baca balik ‘batalkan?’ Ya Allah… Padahal 18 hari bulan (majlis nikah) sudah dekat.

“Apa pun kami semua hormati keputusan dan faham mengenainya,” kata Nabil ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Hawt Fellas di i DXN Cyberville, Cyberjaya, pada Ahad.

Nabil yang juga Finalis Hero Remaja 2017 bagaimanapun berkata, dia tidak mengetahui punca sebenar majlis raja sehari itu dibatalkan.

“Keluarga kami memang tidak bertanya kerana faham situasi. Cuma kalau mereka bersedia untuk kongsi, kami akan terbuka untuk mendengar,” katanya lagi.

Dalam pada itu mengulas mengenai keperibadian Mimi, Nabil menyifatkan aktres itu sebagai seorang yang menyenangkan.

“Mimi seorang yang sangat ‘cool’ dan ‘chill’. Pandang dia sebagai rakan sebaya susulan personalitinya yang ‘cool’ tu.

“Cuma kami jaranglah berjumpa kerana masing-masing ada komitmen,” katanya jujur.

Terdahulu, tular mesej yang memaklumkan majlis pernikahan pasangan pelakon filem Pusaka itu dibatalkan pada saat akhir atas faktor-faktor yang tak dapat dielakkan sebelum ia disahkan pihak pengurusan Mimi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH