“Terkejut Dan Kecewa,” – Baby Shima Luah Rasa Kesal Bila Fotonya Dikaitkan Dengan Kes Pelacuran Seberang

Share

Penyanyi, Baby Shima telah meluahkan rasa kesalnya apabila gambar-gambarnya tersenarai dalam kes pelacuran di Indonesia.

Penyanyi lagu Roadblock Hatiku itu terkejut apabila menonton berita yang disiarkan di televisyen yang secara tidak langsung, gambarnya turut dipapar dalam kes pelacuran itu.

“Hi Assalamualaikum, Hari ini Shima rasa kecewa dan terkejut dapat berita apabila foto Shima terpampang di sebuah setesen TV, padahal Shima tak terlibat langsung.. 

“Shima Harap pihak yang mengenali Shima tak salah faham dan dapat bantu Shima untuk bersihkan nama Shima.. Diharapkan pihak berkenaan dapat emmberishkan nama Shima kembali,” jelas Shima. 

Video tersebut mendapat hampir 200,000 tontonan dan netizen tidak putus-putus memberikan semangat buat Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli.

Harapnya, semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan segera agar nama dan imej Baby Shima tidak merosakkan reputasinya sebagai anak seni.

Video : Instagram Baby Shima

Published by
Amynur Akmal