Pelakon dan penyanyi Didi Astillah mendedahkan dia ada menerima mesej berbaur ugutan yang dikirimkan oleh seorang individu tidak dikenali di Instagram

Didi atau nama sebenar, Dayang Nazilah Awang Astillah turut terkejut apabila terbaca teks yang dihantar dengan menggunakan kata-kata kesat.

Terkejut Diaju Soalan Kahwin Sampai Kena Maki & Terima Gambar Pisau, Didi Astillah Bakal Ambil Tindakan – “Saya Tak Kenal Dan Tak Tahu Apa Motif Dia.” Terkejut Diaju Soalan Kahwin Sampai Kena Maki & Terima Gambar Pisau, Didi Astillah Bakal Ambil Tindakan – “Saya Tak Kenal Dan Tak Tahu Apa Motif Dia.”

Lebih mengejutkan, individu berkenaan turut mengirimkan foto sebilah pisau sambil memarahinya tanpa sebab.

Didi ada memuat naik tangkap layar teks yang diterimanya di Instagram, pada Isnin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DA (@didiastillah)

Ads

“Astaghfirullahalazim.. terkejut bila nampak DM ni. Dengan kata2 kesat & ugut saya macam ni, tolong Jangan fikir saya tak boleh ambil tindakan dan awak suka2 je bagi saya kata2 macam ni,” tulis Didi pada ruangan kapsyen.

Wanita berkenaan meminta penjelasan Didi mengenai hubungannya dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Aiman Aziz.

Menerusi pautan yang dimuat naik itu, Didi yang tidak membalas mesej berkenaan seolah-olah membuatkan pengirim berkenaan terus menghantar teks sehingga mula mengeluarkan kata-kata kesat.

Ads

“Macam yang korang nampak di Instagram, tentang saya menerima satu DM daripada seorang perempuan yang marah-marah, maki, bagi kata kesat, dia ugut, dia hantar gambar pisau.

“Jadi pada yang tanya… sejujurnya saya tak kenal dan tak tahu apa motif dia. Tak tahu kenapa dia marah sangat,” kata adik kepada Bella Astillah ini menerusi video di Insta Story.

Terkejut Diaju Soalan Kahwin Sampai Kena Maki & Terima Gambar Pisau, Didi Astillah Bakal Ambil Tindakan – “Saya Tak Kenal Dan Tak Tahu Apa Motif Dia.” Terkejut Diaju Soalan Kahwin Sampai Kena Maki & Terima Gambar Pisau, Didi Astillah Bakal Ambil Tindakan – “Saya Tak Kenal Dan Tak Tahu Apa Motif Dia.”

Ads

Dia pada masa sama turut mengambil keputusan untuk membuat laporan polis atas mesej yang diterima.

“Atas apa yang dia buat saya akan ambil tindakan cuma sekarang masih di set, tak habis shoot lagi. InsyaAllah lepas ni akan buat laporan, saya sendiri ada gambar muka dia daripada sosial media,” katanya lagi.

Meninjau ke ruangan komen pada posting tersebut, rakan artis dan peminat turut sama memberikan reaksi terhadap apa yang dikongsi bintang berusia 25 tahun itu.

Foto: Instagram Didi Astillah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI