Terkejut Dijerit Ibu Kerana Conteng Karpet & Dinding Dengan Crayon, Ini Yang Yusuf Iskandar Lakukan!

Share

Awal semalam, pelakon dan pengacara Hanis Zalikha ada memuat naik gelagat anak sulungnya, Yusuf Iskandar yang bertindak nakal dengan menconteng sebahagian karpet dan dinding.

Lalu Hanis menerusi Instagram ada berkongsi beberapa foto anaknya itu bersama ‘hasil’ contengan yang telah dilakukan kanak-kanak berkenaan.

“YUSUF ISKANDAR. Sorry Yusuf, Mommy tak cukup modern untuk semua ni. Lepas dia terkejut Mommy jerit, dia gi ambek vacuum mainan dia,” tulis Hanis.

Lucunya, selepas terkejut kerana dimarahi si ibu, Yusuf segera ambil vacuum mainan untuk membersihkan kesan contengan yang telah dibuat.

Rata-rata netizen dan rakan artis terhibur dengan gelagat Yusuf. Malah ada yang menyifatkan apa yang berlaku merupakan suatu perkara normal dan mereka turut berkongsikan pengalaman sama!

Foto: Instagram Hanis Zalikha

 

Published by
MH