Berkongsi rakaman video dirinya sedang terlantar di hospital dengan mengenakan seragam hijau hospital kerajaan, Awal Ashaari dilihat sedang berbincang dengan pengarah, Heykal Hanifah mengenai babaknya di hospital.
“Bila director kau sakit je mata tengok kau nak ensem ensem utk scene hospital.”
Paparan awal pelakon ini berbaju hijau nyata mengejutkan netizen, apatah lagi menyangkakan bahawa selebriti terkenal ini mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.
Malah, lebih lucu apabila netizen mengatakan wajah Awal yang terlalu sihat dengan gaya rambut yang kemas tidak layak memegang watak orang sakit.
Nampaknya ramai yang tidak sabar menunggu kemunculan Awal berlakon drama.
Foto – Instagram Awal Ashaari
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kaum Lelaki Kena Faham Bahawa Wanita Ini Sebenarnya Takkan Pernah Salah,” – Bonda Rozita Ibrahim
Ibu kepada usahawan dan penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim berkongsi perihal rumah tangga dan menegaskan manisnya perkahwinan andai ego diketepikan, sentiasa bermaafan dan sikap ingin berubah dipraktikkan.
Jelasnya, kaum lelaki harus memahami bahawa kaum wanita ini tidak pernah salah dan andai terjadi pergaduhan, jadilah insan pertama yang memohon maaf terlebih dahulu.
Secara tidak langsung, ego si isteri terus menunduk dan akan terlontar perkataan maaf daripada bibirnya.
“Assalamualaikum sahabat followers yg bonda muliakn.. pagi ini bonda menulis lagi.
“Wahai kaum lelaki.. kena faham bahawa wanita ni sebenarnya xkan pernah salah..!mereka tu selalunya betul.
“Ketika kamu sedang bergaduh atau berselisih pendapat dgnnya..cepat2 kamu meminta maaf terlebih dahulu dgnnya..!
“Bila kamu terus berkata “sy yg bersalah dn sy minta maaf”… pasti hati nya akan terus reda.. lalu pasti mereka akan sedar dn berkata “ehh x lah sy yg salah sebenarnya dalam hal ini..”
“Rumusanya mmg begitu..! kaum wanita ni egonya tinggi,” jelasnya.
Rozita pada masa sama turut menegaskan, jangan sesekali memandang rendah permasalahan yang dikongsi isteri kerana wanita hanya memerlukan bahu untuk bersandar.
“Bila lelaki pula sering mengadu isterinya suka keluar dr rumah.. sebenarnya yg salah tu adalah berpunca dr diri kamu..! sebabnya kamu x boleh nak kasi kesenangan dlm hidup isterinya.
“Ketika isteri mengadu..menangis.. apa yg lelaki akan katakn..?? “menangis ni xkan menyelesaikn masalah..!”
“Sedangkn tahu atau x ketika kaum wanita ni sedang menangis..dia sebenarnya mencari lengan ataupun bahu yg boleh menghentikn serta merawat tangisnya.
“Dn ketika kamu x memberikn itu.. dia pasti akan mencari bahu yg lain,” kongsinya lagi.
View this post on InstagramA post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on
Rata-rata netizen bersetuju dengan pandangannya.
Malah, ada yang menyatakan Aliff Syukri seharusnya mengikut nasihat yang diberikan si ibu andai mahu bahagia.
Foto : Instagram Rozita Ibrahim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Percaya Rezeki Tuhan & Doa Ibu Ayah,” – Amir Ahnaf Nafi Berpeluk & Hantar Chat Nakal, Anggap Kontroversi Lumrah
Selepas sekian lama berdiam diri, pelakon meningkat naik, Amir Ahnaf akhirnya tampil memberikan reaksinya berhubung dakwaan kononnya dia pernah menjalinkan hubungan dengan wanita Singapura seperti mana yang tular di media sosial pada Ogos lalu.
Menerusi temu bual bersama program hiburan Melodi, bintang filem Kahar Kapla High Council itu menafikan dakwaan tersebut selain turut menyifatkan foto tular tersebut bukanlah dirinya.
“Saya tidak pernah ada hubungan dengan mana-mana wanita Singapura. Saya pun terkejut bila ada screenshot itu tersebar. Itu bukan saya. Kenapa nak salahkan saya pula?
“Perkara tersebut telah pun viral tapi itu bukan saya. Itu sahaja yang boleh saya katakan,” katanya.
Meskipun namanya dihimpit kontroversi, pelakon berusia 24 tahun itu memaklumkan isu ini tidak menjejaskan kehidupannya dan kini dia hanya fokus untuk memberikan yang terbaik dalam setiap tawaran yang diberikan.
“Alhamdulillah, setakat ini kerjaya saya baik-baik sahaja. Ini adalah lumrah kehidupan. Ada jatuh dan bangun. Saya bersyukur pihak produksi sangat mempercayai bakat saya.
“Malah, mereka lebih selesa untuk bercakap dengan saya secara bersemuka. Cara itu lebih baik daripada kita buat penilaian sendiri,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada dia kecewa dengan isu-isu yang berbangkit saat ini, Amir memaklumkan dirinya sentiasa percaya dengan takdir tuhan dan doa daripada kedua-dua orang tuanya.
“Buat apa nak kecewa. Kita boleh pilih sama ada untuk kecewa atau tidak. Saya percaya pada rezeki Tuhan. Doa dan berkat ibu ayah itu lagi penting.
“Apa yang saya nak ketengahkan adalah bakat saya. Saya minta maaf jika kehidupan peribadi saya agak sensitif untuk dikongsikan
“Jangan cepat percaya cakap orang. Kadang-kala apa yang dibaca itu tidak sama hingga boleh menimbulkan fitnah. Yang kena fitnah itu adalah saya. Apa yang penting, jaga diri dan hati sendiri,” akhirinya.
Ogos lalu, nama Amir sekali lagi terpalit kontroversi selepas tular beberapa tangkap layar yang didakwa perbualannya bersama seorang wanita Singapura di Instagram.
Menerusi perbualan berkenaan, Amir didakwa mengajak gadis berusia 18 tahun itu datang meluangkan masa bersamanya.
Sebelum itu, seorang wanita juga mendakwa pernah menjalinkan hubungan dengan Amir, tahun lalu. Baru-baru ini, Amir dikaitkan dengan Angel dari kumpulan Dolla.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
[Sumber & Kredit Foto: Isntagram Amir Ahnaf & Youtube Melodi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Ikut Kata Orang Tua… Kalau Baru Atau Belum Apa-Apa, Tak Perlu Kongsi Lagi,” – Elly Mazlein
Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein mendedahkan dia dan suami, Mohamad Azlan Che Nuh tidak mahu terburu-buru atau terlalu meletakkan harapan tinggi dalam soal cahaya mata.
Ini kerana, pelakon Kampung People ini mengakui percaya akan perancangan Allah yang sudah tertulis untuknya sekeluarga.
Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi bagaimanapun akan berkongsi berita gembira kepada semua andai dikurniakan rezeki untuk hamil lagi selepas ini.
“Saya ikut kata orang tua… kalau baru atau belum apa-apa, tak perlu kongsi lagi. Insya-Allah kalau sampai masa, ada berita gembira sudah tentu saya akan kongsi dengan semua orang.
“Sebenarnya kalau kita terlalu mengharap, mungkin susah nak dapat. Jadi, kita santai saja sebab Allah akan susun baik untuk kita nanti.
“Yang penting, jangan terlalu fikir sebab kalau fikir akan tertekan,” jelas bintang berusia 39 tahun itu.
Pada masa sama, Elly memilih untuk tidak terlalu memikirkan soal tersebut dan berserah pada Yang Maha Kuasa.
“Kita ikut apa yang Allah dah susun sebab Allah sebaik-baik perancang. Tak apa, kita berserah kepada Allah, berusaha dan jalani kehidupan macam biasa serta jangan stress.
“Insya-Allah akan ada. Cuma cepat atau lambat,” katanya lagi.
Terdahulu, Elly ditemui ketika sidang media selepas konsert tribute #SandraDalamKenangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam, Ahad.
Elly mendirikan rumah tangga dengan Azlan yang juga merupakan seorang guru pada 18 Januari lalu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Penyanyi Merry Go Round ini turut mempunyai seorang anak perempuan bernama Putri Sara Sefhia yang kini berusia empat tahun hasil daripada perkahwinan pertamanya dengan pengarah drama, Azmi Hatta.
Foto: Instagram Elly Mazlein
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI