Kehadiran permata hati sulung, Raisya Arisa pada 24 Jun lalu hakikatnya menjadi penyeri buat pasangan bintang media sosial, Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina.

Berkongsi pengalaman serta situasi sebelum melahirkan anak, Aaina mengakui bahawa dia sangat takut untuk melahirkan zuriat pertama.

Menerusi Youtube Channelnya, Hafiz dan Aina berkongsi detik cemas ketika berada di bilik bersalin.

“Bila Aina dah buka 7 cm, saya tak sanggup tengok kesakitan dia. Masa itu kami dah mula ‘berperang’ kerana saya duduk sebelah Aaina dan dia mula mencakar saya akibat rasa kesakitan itu.

“Saya tengok muka dia nampak sakit yang terlampau. Tapi kesakitan dia itu, dia boleh menyanyi untuk alih perhatain kerana tak mahu fikir sangat mengenai kesakitan itu,” kongsi Hafiz.

“Terkejut Kepala Baby Lonjong & Ada Bekas Vakum,”- Saya Sudah ‘Push’ Sekuat Hati, Syafiqah Aina Kongsi Detik Bersalin

Kemudian, Hafiz mengakui bahawa dia tidak dapat melihat kesakitan pada wajah isterinya itu.

“Apabila pembukaan dah sampai 8 cm, saya tak sanggup tengok muka Aina.

IKLAN

“Aina minta kebenaran doktor untuk bersalin sekarang kerana tidak dapat tahan rasa sakit, tetapi doktor nasihat tunggu lagi pembukaan 10 cm kerana ini merupakan anak sulung dan Aina tidak ada pengalaman melahirkan anak lagi.

“Jadi doktor pun tolong dan tekan-tekan perut selama 15 minit,” kata Hafiz tenang.

“Terkejut Kepala Baby Lonjong & Ada Bekas Vakum,”- Saya Sudah ‘Push’ Sekuat Hati, Syafiqah Aina Kongsi Detik Bersalin

Lantas, Aina berkongsi pula pengalaman cemasnya itu ketika mahu meneran (push) bayinya itu.

IKLAN

“Saya dah push sekuat hati, rasanya dah banyak kali, tetapi tidak berjaya.

“Malah, saya juga tidak pandai curi nafas,” kongsi Aina jujur.

Dalam pada itu, Hafiz turut menceritakan detik cemas tersebut.

“Masa Aina push, kemudian baby masuk balik. Saya dah nampak rambut baby. Tapi baby masuk balik sebab daya tekanan Aina untuk meneran tak sampai.

IKLAN

“Kemudian doktor guna kaedah bantuan vakum dan itu merupakan detik yang tak akan saya lupakan sebab doktor kepak dan mula masukkan vakum ke dalam.

“Selepas itu, vakum lekat di kepala baby dan mula tarik keluar. Bila baby keluar, kami terkejut sebab nampak kepala baby lonjong dan ada bekas vacum,” kongsi Hafiz dengan mimik muka cemas.

“Terkejut Kepala Baby Lonjong & Ada Bekas Vakum,”- Saya Sudah ‘Push’ Sekuat Hati, Syafiqah Aina Kongsi Detik Bersalin

Bagaimanapun, pasangan ini menarik nafas lega apabila keadaan kepala anak mereka kembali normal selepas empat hari dilahirkan.

Terdahulu, pasangan ini menutup wajah anak mereka dengan emoji berbentuk ‘hati’, menimbulkan rasa tidak sabar netizen untuk melihat wajah penuh bayi perempuan itu.

Hafiz dan Aina mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan dikurniakan cahaya mata sulung,Raisya Arissa 24 Jun lalu.

Video : Youtube Channel Syafiqah Aina

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI