Terdahulu, tular di laman media sosial mengenai isu kemalangan jalan raya yang sengaja diadakan individidu tidak bertanggungjawab untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan.
Perkara tersebut mendapat perhatian daripada pelakon, Datin Diana Danielle yang turut kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab.
“Hati-hati sangat please Bila yg buat perbuatan keji ni terkena dekat family sendiri baru cerah sangat masa depan engko bang!”tulisnya.
Di samping itu, posting yang dikongsi oleh bintang filem Evolusi KL Drift itu telah mendapat perhatian daripada pengikutnya di Instagram.
Rata-rata peminat bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan oleh pelakon yang berusia 27 tahun itu.
Diharapkan individu yang tidak bertanggungjawab ini diberikan petunjuk dan hidayah supaya tidak membuat perbuatan terkutuk itu lagi.
View this post on InstagramA post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on
View this post on InstagramPuasa lidah tu jugekkk 😜 #musimcutibawangs #keningbersepah
A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on
Foto : Instagram Diana Danielle
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mungkin Saya Ada Kecewakan Beberapa Pihak Di Luar Sana. Saya Minta Maaf, Tetapi…,” – Nabila Razali
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menzahirkan rasa syukur kerana sudah berjaya membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), malam Ahad meski apa yang berlaku adalah di luar jangkaannya.
Jelas Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, dia gembira dengan apa yang dipersembahanlan menerusi lagu Peluang Kedua ciptaan Hael Husaini dan MFMF itu.
“Walaupun tak seperti yang saya rancangkan, tapi alhamdulillah selesai dan saya gembira dengan apa jua yang saya persembahkan pada malam ini (semalam),” katanya.
Nasib tidak berpihak kepada Nabila pada malam kemuncak anugerah muzik tahunan itu apabila dia ‘terkucil’ ketika menyanyikan lagu tersebut.
Meski pada awalnya dia dilihat berjaya menyampaikan lagu tersebut dengan agak baik, namun situasi sebaliknya berlaku pada bahagian ‘verse’.
Menerusi video yang dikongsikan mStar, Nabila menyifatkan dia cuba memberikan yang terbaik selain memohon maaf buat yang mungkin kecewa dengan persembahannya itu.
“Saya rasa sudah cuba berikan yang terbaik dan saya sangat berharap kalian dapat emosi yang saya cuba sampaikan pada kalian semua.
“Mungkin saya ada kecewakan beberapa pihak di luar sana. Saya minta maaf tetapi saya memang cuba berikan yang terbaik untuk persembahkan lagu tersebut sebaik mungkin.
“Apa pun alhamdulillah dan terima kasih kepada Hael Husaini dan MFMF kerana Peluang Kedua berjaya sampai ke final. Ia sudah pun jadi saya pencapaian yang besar untuk saya dan kami semua,” katanya.
Terdahulu, insiden Nabila yang tergelincir daripada nota lagu sepatutnya sekali gus menjadi sensasi di media sosial, khasnya di Twitter.
Malah, para pengguna media sosial turut memberikan reaksi pelbagai terhadap persembahannya itu. Ada yang mengkritik, namun ada juga yang memberikan kata-kata positif buatnya.
Sementara itu menerusi Instagram, bintang berusia 29 tahun ini turut meminta maaf kepada pencipta lagu tersebut.
“I’ve tried my very best… I’m so sorry @haelhusaini @wearemfmf,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Sumber, Foto: YouTube mStar, TV3 Malaysia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Personally Amat Malu Dengan Perbuatan Saya Malam Tadi,” – Nabil Ahmad Mohon Maaf Fasal Campak Tanjak ‘Live’ Di TV
Tindakan Nabil Ahmad mencampak tanjak yang dipakai ke lantai sewaktu program Muzikal Lawak Superstar mengundang kecaman netizen dan mendapat teguran daripada Balai Adat Tok Cindai yang mewakili seluruh pengamal dan pendiri budaya bangsa.
Netizen turut menyifatkan perbuatan itu sebagai biadab dan tidak menghormati budaya tradisional Melayu.
Pengacara Meletop ini bagaimanapun telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di ruang Instagram atas tuntutan Tok Cindai.
“Assalamualaikum, saya Nabil Ahmad. Saya nak membuat permohonan maaf secara terbuka di atas keterlanjuran saya malam tadi di atas pentas Muzikal Lawak Superstar. Tidak menjadi niat saya untuk memperlekehkan bangsa dan adab Melayu kita terutama sekali tanjak yang dipakai.
“Saya telah ditegur secara baik oleh Tok Cindai dan seluruh ahli keluarga pengabdi budaya.
Saya ingin memohon maaf dan memohon ampun kepada semua yang terguris hati dan perasaan di atas keterlanjuran saya. Saya harap permohonan maaf saya dapat diterima oleh semua,” katanya menerusi video yang dimuat naik.
“Asalamualaikum Tuan Tuan sekalian, saya manusia yang bnyak melakukan kekhilafan dan saya harap permohonan maaf saya ini dapat memberi pengajaran pada saya.
“Hal ini betol2 menperingatkan saya pada Maruah budaya Khemahkotaan bangsa melayu kita..saya Juga memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga balai adat tok cindai Dan semua yg terkesan dengan perbuatan saya, saya personally Amat Malu dengan perbuatan saya malam tadi #maafkansaya,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Nabilzira (@nabilzira) on
Perlakuan mencampakkan tanjak yang terletak di atas kepala seolah-olah merendahkan martabat paling tinggi budaya Melayu.
Foto : Instagram Nabil Ahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Azlin Hilda Perjelas Sebab Pilih Adira & Puteri Sarah; “Bukan Sebab Kontroversi, Tapi…”
Bodyflasshh menerusi syarikat AAG Global Resources tampil memilih dua selebriti terkenal iaitu Adira Suhaimi dan Puteri Sarah Liyana sebagai wajah wakilan terhadap produk keluaran mereka.
Pengasasnya, Puan Azlin Hilda Abdul Latif berkata, selain kredibiliti baik yang ditonjolkan mereka, dua bintang berkenaan dilihat sebagai pilihan tepat berdasarkan target sasaran pengguna.
“Adira kami pilih mewakili Bodyflasshh Drinks & Detoks kerana secara kebetulan, dia baru sahaja lepas bersalin.
“Jadi secara tak langsung, kita boleh melihat perubahan Adira selepas bersalin. Bodyflasshh Drinks & Detoks mampu mengawal selera makan.”
“Sementara Puteri Sarah pula khusus untuk Bodyflasshh Queen yang turut mempunyai pencuci dan minuman khas wanita.
“Bukan ambilnya kerana kontroversi, sebaliknya bila kita melihatkan situasi dirinya sebagai isteri dan ibu yang kuat mencari rezeki. Pada masa sama, perlu uruskan anak-anak dan sebagainya.
“Jadi sudah tentu ia memerlukan stamina dan tenaga. Lagi pula ini adalah produk khusus untuk wanita. Pemilihan yang tetap dan syukur setakat ini mereka memberikan kerjasama yang baik,” katanya.
Dalam pada itu, Azlin menambah jenama ini akan diluaskan pasarannya ke Indonesia mulai tahun hadapan.
Ia sebagai inisiatif syarikat untuk meluaskan rangkaian dan penguasaan pasarannya ke pasaran antarabangsa memandangkan negara jiran itu memiliki faktor bersesuaian dalam misi pengembangan syarikat untuk jangka panjang.
“Untuk pasaran domestik, kami juga mengunjurkan jualan berganda pada tahun depan ekoran keyakinan kukuh pelanggan sedia ada terhadap Bodyflasshh sejak ia mula dilancarkan dua tahun lalu.
“Kejayaan memasarkan produk dalam tempoh pandemik memberi rezeki kepada syarikat kerana ia tepat pada waktunya membantu pelanggan yang lebih banyak menghabis masa di rumah dapat membantu mereka mengawal berat badan,” katanya.
Azlin ditemui ketika majlis anjuran Bodyflasshh di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur, baru-baru ini yang turut menyaksikan perlantikan dua figuran tersebut sebagai wajah wakilan.
Buat masa sekarang, syarikat memasarkan dua produk utamanya iaitu Bodyflasshh Queen dan Bodyflasshh Drink yang dijual pada harga antara RM69 hingga RM89 sekotak melalui pemasaran secara online dan juga melalui ejen dan stokis di seluruh negara.
BodyFlasshh Drinks yang menawarkan tiga perisa iaitu chocolat58 tahun ke atas bagi membantu mengawal berat badan.
“Pengambilan secara sihat dengan mengamalkan minum lapan gelas air suam sehari dan menghentikan minuman bergas serta mengamalkan konsep makanan suku suku separuh bakal mempercepatkan lagi proses mendapatkan berat badan yang ideal mengikut kesesuaian faktor umur dan tahap kesihatan.
“Bagaimanapun ia tidak bersesuaian untuk ibu yang sedang hamil, mereka yang mempunyai penyakit jantung serta darah tinggi kronik,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI