Pengacara Nana Mahazan memaklumkan dirnya kini mengeluarkan dua produk makanan terbaharu iaitu Sambal Bilis dan Sambal Bilis Petai di bawah jenamanya, Selauk Nana.
Di samping mempromosikan produk tersebut bersama pengikut di laman media sosial Instagram, hos berusia 38 tahun ini turut imbau kenangan menu Lempeng air tangan ibunya.
Oleh kerana berasa terlalu rindu dengan ibunya, bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim pertama ini dilihat telah menyediakan menu ringkas tersebut.
Pada masa sama, Nana menambah ibunya sering sediakan juadah berkenaan sewaktu dia kanak-kanak.
Ads
“Aku buat lempeng masa ‘Live’ kat Facebook dan masa suapan pertama aku menangis sebab mengingatkan aku dengan Mak, aku rindu gila dekat Mak dan lempeng ni aku dah lama tak buat dekat 10 tahun.
Ads
“Aku tak pernah dapat rasa lempeng yang sesedap macam mana Mak buat tapi hari ini sebab teringin sangat nak makan dengan sambal ikan bilis jadi aku pun buat.
“Suapan pertama saya rasa sangat Ajaib, saya teringat zaman kanak-kanak saya sebab saya membesar dulu sebelum pergi sekolah Mak akan buat lempeng,” katanya.
Ads
Sekadar informasi, Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan dilahirkan pada tanggal 1 Julai 1983 di Muar, Johor Darul Takzim.
Foto: Instagram Nana Mahazan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi perkongsian di laman Instagram penyanyi Haiza, dimaklumkan bapa kepada penyanyi dan pelakon Farahdhiya baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi.
Bagaimanapun tiada sebarang perincian mengenai sebab dan waktu kematian.
Menjengah ke Instagram Farahdhiya juga, tiada sebarang perkembangan terkini mengenai pemergian arwah ayahnya.
“Innalillahiwa inna ilaihirooji'un. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, AlFatihah,” kongsinya.
Peserta program Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Sham Visa meminta para peminat supaya tidak terkilan dengan komen yang diberikan ketua juri, Datuk Ramli MS sejurus penyanyi berkenaan selesai membuat persembahan di minggu kedua, Ahad lalu.
Menyampaikan lagu sendiri bersama kumpulan Visa berjudul Untukmu Selamanya, Ramli membayangkan penyanyi berusia 48 tahun itu perlu lebih ‘manly’.
Juri yang sinonim disapa Tok Ram itu lebih gemar andai imej yang dibawa lebih kepada ‘rockers’.
“Saya harap peminat tak terkilan. Saya terima apa sahaja komen yang membina.
“Mungkin ada sesuatu yang Tok Ram mahu saya lakukan, sama ada kepada lagu atau gaya tubuh. Mungkin juga kerana tak cukup energi seperti yang dimahukan… Saya pun bukan orang muda.
“Tak rasa itu satu penghinaan, sebagai seorang penyanyi saya perlu tengok apa yang kurang, mungkin ada betulnya juga dan seterusnya perbaiki diri. Saya tak ambil hati,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, bapa kepada dua cahaya mata ini juga bersikap positif dan cuba perbaiki persembahan andai ada terkurang.
“Saya pun perlu belajar dari juri profesional, ia satu kritikan yang membina. Saya terima sebab juri melihat persembahan saya, saya yang mempersembahkan sesuatu.
“Mungkin baginya ada ‘asam dan garam’ yang tak cukup,” akui Sham optimis.
Berkongsi mengenai lagu yang bakal dipersembahkan minggu hadapan, Sham memberitahu lagu Sayang-Sayang (nyanyian asal Aliff Aziz) adalah sesuatu yang agak asing bagi dirinya.
“Sebagai seorang penyanyi, tanggungjawab seorang penyanyi adalah memberi keadilan kepada sesebuah lagu.
“Pastikan kita boleh sampaikan jiwa lagu itu. Itu yang saya percaya walau apa sahaja ‘baju baru’ yang dikenakan kepada sesebuah lagu.
“Saya pernah dengar tapi saya belum pernah nyanyikan lagu Sayang-Sayang. Sebelum tidur, cuba untuk telaah lagu tersebut, cuba sampaikan dengan baik insyaAllah,” harapnya.
Ditanya sama ada teguran juri minggu lalu membuatkan dirinya rasa takut, Sham punya jawapan sendiri.
“Ia di luar bidang kuasa saya. Cuma apa yang boleh saya lakukan ialah jadi diri sendiri dan cuba untuk sampaikan lagu tersebut tidak seperti penyanyi asalnya.
“Sebab itulah temanya ‘Aneh’ dan ia memang aneh buat diri saya. Saya sangat terbuka dan memang perlu dengan orang yang lebih muda,” katanya.
GV6 bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam menerusi Astro Ria 104 dan Ria HD 123.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali enggan terlalu membebankan fikirannya dengan kisah-kisah tular melibatkan pasangan suami isteri yang terpaksa berdepan konflik berumah tangga.
Menurut Nabila, dia percaya Allah SWT telah mengaturkan jalan hidup yang terbaik buat setiap pasangan.
“Sebagai manusia, kita tak boleh lari daripada kesilapan. Setiap manusia ada khilaf. Bagi saya sendiri, tipulah kalau saya tak takut.
“Namun, kalau kita takut disebabkan kekhilafan orang lain, mungkin kita hanya akan berdiam diri dan kekal di takuk lama.
“Saya percaya dengan apa sahaja perkara yang telah dirancang Allah SWT. Kita hanya melalui jalan kita sahaja. Apa yang berlaku pada masa hadapan, kita tak boleh kawal.
“Kita hanya boleh buat terbaik untuk diri sendiri. Jadi, saya akan cuba menggalas tanggungjawab sebagai isteri itu dengan baik,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Hanya Kamu itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran koleksi tudung Nada x Nabila Razali pada Khamis.
Ditanya adakah dia akan mengambil maklum tentang setiap gerak geri suaminya termasuk memeriksa telefon bimbit, Nabila menjawab;
“Saya tak berani nak cakap mengenai hal ini. Sesiapa yang mengenali diri saya, saya bukanlah orang yang sebegitu. Kita bercakap tentang sekarang, pada masa hadapan, kita tak tahu lagi.
“Saya hanya mampu merancang dah cuba jadi yang terbaik. Namun, kita tak mampu nak kawal semua. Ada perkara kalau kita kawal sekalipun, kalau nak jadi, ia akan jadi juga.
“Jadi, saya mengharapkan agar semua pihak mendoakan yang baik-baik sahaja buat saya dan suami. Semoga perkahwinan kami berkekalan hingga ke syurga,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Nabila akui kehidupannya kini makin ceria selepas berumah tangga.
“Yang pastinya kami dah halal. Sekarang saya punyai teman dan tempat mengadu. Bila penat balik kerja, adalah orang kita nak bercerita.
“Balik buat persembahan, kadang kala kena kecam pula. Dulu tiada tempat nak meluah. Sekarang boleh nak mengada sikit.
“Dia sangat menyokong kerjaya saya. Selalu ingatkan saya untuk bekerja keras. Dia tidak terlalu memanjakan saya.
“Saya bersyukur dikurniakan pasangan yang mempunya pemikiran yang sama bila melibatkan kerja,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Nabila Razali sah bergelar isteri kepada usahawan Nik Iruwan Nik Izani, dengan sekali lafaz pada tanggal 18 November lalu.
Majlis pernikahan pasangan ini diadakan secara tertutup dan dihadiri hanya ahli keluarga serta teman rapat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Nabila Razali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!