Pengacara Nana Mahazan memaklumkan dirnya kini mengeluarkan dua produk makanan terbaharu iaitu Sambal Bilis dan Sambal Bilis Petai di bawah jenamanya, Selauk Nana.
Di samping mempromosikan produk tersebut bersama pengikut di laman media sosial Instagram, hos berusia 38 tahun ini turut imbau kenangan menu Lempeng air tangan ibunya.
Oleh kerana berasa terlalu rindu dengan ibunya, bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim pertama ini dilihat telah menyediakan menu ringkas tersebut.
Pada masa sama, Nana menambah ibunya sering sediakan juadah berkenaan sewaktu dia kanak-kanak.
“Aku buat lempeng masa ‘Live’ kat Facebook dan masa suapan pertama aku menangis sebab mengingatkan aku dengan Mak, aku rindu gila dekat Mak dan lempeng ni aku dah lama tak buat dekat 10 tahun.
“Aku tak pernah dapat rasa lempeng yang sesedap macam mana Mak buat tapi hari ini sebab teringin sangat nak makan dengan sambal ikan bilis jadi aku pun buat.
“Suapan pertama saya rasa sangat Ajaib, saya teringat zaman kanak-kanak saya sebab saya membesar dulu sebelum pergi sekolah Mak akan buat lempeng,” katanya.
Sekadar informasi, Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan dilahirkan pada tanggal 1 Julai 1983 di Muar, Johor Darul Takzim.
Foto: Instagram Nana Mahazan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Suka!”- Penampilan Baru Fathia Latiff, Kini Berambut Pendek!
Pelakon Fathia Latiff telah tampil dengan imej terbarunya apabila dia kini sudah membuka tudungnya.
Fathia ketika ditemui di majlis koleksi baju raya Minimalace mengakui dia suka dengan penampilannya yang terkini.
“Its just me. Saya suka dan akan kekalkan konsep macam ini (free hair),” kata Fathia kepada MH.
Tambahnya, dia kini selesa dengan konsep tidak berhijab.
“Saya rasa lapang dan tenang dengan imej sebegini dan saya ini adalah keputusan saya dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak..
“Apa yang saya perasan ialah masa saya berhijab sebenarnya saya dalam keadaan kecewa.
“Saya try jadi orang biasa, tapi tak boleh,” tambah pelakon berusia 32 tahun itu.
Malah, Fathia akui bahawa dia tidak boleh berpura-pura ketika mengenakan hijab.
“Sekarang ini, saya boleh jadi diri sendiri dan tidak boleh tipu diri sendiri,” jelas Fathia ketika ditemui di ibu kota pada Rabu malam.
View this post on Instagram#MHnews Penampilan terkini Fathia Latiff. #MediaHiburan #MHnews
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tak Cakap Mengenai Umrah Orang Lain, Tetapi Apa Yang Berlaku Kepada Diri Sendiri,” – Alyah
Penyanyi Datin Alyah tampil berkongsi pengalaman umrah sebelum ini yang banyak dipengaruhi pelbagai rasa yang sekali gus memberi banyak iktibar serta manfaat kepada dirinya tatkala menjekakkan kaki ke Tanah Suci.
Alyah berkata, pengalaman seumpamanya turut dicurahkan dalam bait lagu terbaharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
“Kemudian kali kedua bila sekali lagi berpeluang, saya sudah ada pengalaman daripada umrah terdahulu. Ketika itulah saya rasa macam nak tinggal di hotel yang mahal, naik penerbangan kelas pertama, nak selfie dan sebagainya.
“Saya tak cakap mengenai orang lain, tetapi apa yang berlaku kepada diri sendiri. Kali ketiga, ia lebih kepada berkawan-berkawan.
“Bila saya teringin sangat ke Tanah Suci namun tiada peluang susulan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ketika itu ia membuatkan saya tersedar khilaf.
“Ia ibarat peringatan kepada diri sendiri, bila Allah berikan peluang (tunai umrah) hargai sebaiknya. Saya masih ingat, beberapa hari sebelum berangkat, saya juga disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian kendiri,” katanya kepada MH.
Isteri kepada maestro muzik, Datuk Ramli MS ini turut menambah, umrah kali ini lebih bermakna apabila dia berpeluang melakukan penggambaran untuk single baharunya di Dubai terlebih dahulu sebelum berangkat ke Tanah Suci pada bulan Ramadan.
“Lalu bila orang tanya bila nak berangkat, saya jadi bimbang untuk berkongsi lebih atau beriya-iya. Lebih setahun ia tertunda. Sebab itulah kita yang merancang, tetapi Allah yang menentukan.
“Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan dengan baik. Saya juga mendoakan segala apa yang baik kepada semua orang, insya-Allah,” katanya lagi.
Alyah berkata demikian ketika ditemui pada majlis The Enchanted Roos Garden x Roos Scarves di Bangi, baru-baru ini.
Selain Alyah, Adira turut diundang bagi menyampaikan beberapa buah lagu.
Sementara itu, pemilik Roos Scarves, Safiudin Nordin menjelaskan idea untuk membina jenama tudung Roos Scarves terlintas selepas pandemik iaitu pada hujung tahun 2021.
Ketika itu isterinya, Siti Afiqah Hamzah banyak menghabiskan masa menanam bunga Ros dari pelbagai jenis.
“Dalam tempoh lebih setahun mendekati dan mengamati bunga ros yang berkembang dengan pelbagai warna, rupa dan jenis itu membuatkan kami terfikir kenapa tidak diadaptasikan kecantikan ros itu atas sehelai tudung.
“Perkataan Roos itu diambil dari bahasa Dutch yang pastinya membawa maksud bunga mawar,” katanya yang tampil melancarkan tudung berkenaan secara eksklusif selepas yakin dengan kekuatan jenama mereka di pasaran.
Safiudin menambah, keistimewaan Roos Scarves terletak pada setiap corak yang berinspirasikan ros sebenar akan dilukis terlebih dahulu sebelum diolah dan dicetak pada skarf.
“Kesan monogram dan perincian corak serta warna dipilih berdasarkan ‘pantone’ terkini yang kemudiannya diadun bersama dengan rekaan, menjadikan corak yang terhasil sangat eksklusif dan tiada di pasaran lainnya,” katanya lagi.
Pada majlis pelancaran itu, Roos Scarves turut memperkenalkan dua koleksi baru iaitu Fairy dan Popcorn Series. Ia adalah koleksi yang diilhamkan daripada The Fairy Rose dan juga Gourmet Popcorn Rose.
Roos Scarves yang membawa tagline “Bloom of beauty” juga dalam perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan di negara ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Rasa Tak Adil Jika…,” – Jom Bergelek! Konsert Himpun Bintang Dangdut Popular Indonesia Di KL, Penganjur Awal-Awal Beri Garis Panduan
Genre dangdut di Malaysia memiliki bilangan pengikutnya tersendiri dan di atas kapasiti itu, Mission Sight Sdn Bhd bakal menghimpunkan bintang dangdut popular Indonesia dan Malaysia di atas satu pentas, menerusi Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia.
Bakal dilangsungkan pada 12 Ogos depan di Pusat Ekuastrian Bukit Kiara sebagai lokasi, konsert selama selama dua jam itu menampilkan Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesty Klepek2 dan Rhena Morena dari Indonesia dan dua penyanyi dangdut popular Malaysia iaitu Ani Maiyuni dan Baby Shima.
Turut diundang sebagai tetamu VIP pada malam konsert itu nanti ialah pelopor genre dangdut tanah air Mas Idayu, Amelina dan Ramlah Ram.
Pengarah Projek Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia, yang mewakili Mission Sight yang juga pelakon Riezman Khuzaimi berkata konsert ini membawa misi untuk mengintegrasikan dangdut ke dalam masyarakat moden dan industri muzik.
“Kami mahu memperkenalkan semula genre dangdut ke dalam pasaran semasa dan pada masa akan datang. Dangdut tidak sepatutnya dijadikan muzik untuk orang-orang tertentu sahaja tetapi boleh dinikmati oleh semua.
“Lihat sahaja pada zaman kegemilangan Amelina, Mas Idayu dan Ramlah Ram…lagu-lagi mereka dinikmati dan diterima semua,” katanya.
Tambah Riezman lagi, Mission Sight juga mahu memperkenalkan bakat dan pelapis baru genre dangdut.
“Di negara kita tidak ramai artis berkembang dengan genre ini (dangdut). Jadi, kami gabungkan bintang dari kedua-dua negara, Indonesia dan Malaysia untuk menggegarkan kembali industri dengan muzik dan lagu-lagu dangdut.
“Dalam pada itu, kami berasakan dengan penganjuran konsert ini nanti dapat menarik peminat-peminat dari negara serumpun seperti Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei untuk menonton artis kegemaran mereka membuat persembahan.
“Secara tidak langsung acara ini dapat mengembangkan industri pelancongan negara juga dan kami beradakan ia cara pemasaran baharu untuk industri pelancongan dan muzik,” katanya.
Dalam pada itu, Riezman yang turut aktif sebagai penerbit turut menjelaskan, pihaknya sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk dikecam dan acara tersebut dipolitikkan sesetengah pihak.
“Ya, tidak dinafikan kebarangkalian itu berlaku dan mungkin akan ada yang mendesak agar konsert ini dihentikan.
“Kami sebagai penganjur sudah memberi garis panduan kepada para artis dan mereka faham dan bersetuju untuk mematuhinya.
“Saya rasa tidak adil jika peniant dihalang untuk berhibur kerana negara kita, negara demokrasi,”katanya lagi.
Mengulas lanjut, Riezman berkata dia terpanggil untuk menganjurkan konsert selepas melihat banyak konsert yang melibatkan artis tempatan dan antarabangsa diadakan selepas pasca pandemik Covid-19.
Ditanya mengenai karier dalam lakonan, Riezman berkata setakat ini dia mahu memberikan fokus kepada konsert terlebih dahulu.
“Buat masa ini saya mahu fokus kepada konsert ini dahulu. Sekarang saya agak sibuk berulang alik dari Malaysia ke Jakarta untuk konsert ini.
“Ketika ini saya tidak mempunyai apa-apa perancangan untuk menerbitkan sebarang drama atau filem daripada produksi saya,” katanya.
Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia bakal menampilkan selebriti versatil Malaysia, Didie Alias sebagai hos bersama Shandrra Rose dari Indonesia.
Penjualan tiket di zom duduk bermula dengan harga di RM658 (VIP), RM598 (Power), RM458 (Zon A), RM398 (Zon B) dan boleh rujuk kepada media sosial pihak terlibat bagi informasi lanjut serta proses pembelian tiket.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI