Bersempena dengan sambutan Hari Ibu, pelakon Fasha Sandha ada memuat naik sekeping foto bersama ibunya, Hatijah Teh Man di akaun Instagram.
Dalam pada itu, pelakon berusia 36 tahun ini ada berkongsi cerita tentang kisah pengalaman ibunya membesarkan anak- anak meski bergelar ibu tunggal waktu itu.
“Ibu saya, @mamasandha adalah ibu yang membesarkan kami adik beradik2 diatas penat lelah bekerja siang dan malam . I am so proud of her, walaupun seorang ibu tunggal, masih mampu memberikan keselesaan dan membeli rumah buat kami tinggal.
“Kehidupan kami tidak senang, kesana kemari berbasikal, berpanas, tapi Alhamdulillah, kami bahagia, walau TANPA kasih sayang dan kiriman nafkah daripada seorang bapa, mama berjaya membesarkan kami sehingga besar.
“Apabila terkenangkan mama, akan terkenangkan mama kayuh basikal, bawak kami ke sekolah, mama bergegas pergi balik kerja dan masak pagi2 sebelum keluar(walaupun selalunya hanya telur ayam dan ikan rebus untuk Puss (kucing kami) kenangan yang mampu membuatkan saya tersenyum.
“Hari Sabtu jalan2 dengan mama pergi pasar dan mama masakkan lauk sedap,” imbasnya.
Pada masa sama, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh itu turut meluahkan rasa syukur kerana berpeluang merasai kebahagiaan hidup bersama si ibu, meski hidup dalam serba kekurangan.
“Syukur Alhamdulillah kami selalu bersyukur, Sejak kecil, walaupun bukan hidup senang, Hari2 selalu pesan pada diri untuk bersederhana dan selalu bersedekah. Walaupun memberi makan pada haiwan, itu juga sedekah.
“Syukur berkat kesyukuran, kini Allah gantikan dengan kebahagiaan , keselesaan Dan kesempurnaan kerana kini saya juga seorang ibu kepada #iburayfalraysha dan anak dalam kandungan. Alhamdulillah,” kata Fasha.
Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata ini ada menitipkan ucapan selamat hari ibu buat ibu mertuanya juga.
“Selamat hari ibu buat mama ku, semoga mama diberikan kesihatan yang baik selalu dan semoga bahagia dunia akhirat.
“Ya, Hari2 adalah hari untuk ibu tetapi hari ini (10 Mei , AHAD) Adalah hari yang diraikan di seluruh dunia.
“Selamat hari ibu juga buat ibu mertua terbaik ku dan semua ibu yang ada didunia ini.
“Sesungguhnya Pengorbanan ibu tidak mungkin dapat dibalas. Hargailah mereka selagi mereka masih ada,” tulisnya panjang lebar.
Foto: Instagram Fasha Sandha