Pelakon jelita yang baru sahaja melangsungkan majlis berinai secara meriah di TheLove, Matic, Kuala Lumpur semalam mengakui rasa dihargai apabila dipertemukan dengan lelaki baru dalam hidupnya.

Sedang hitung hari untuk bergelar isteri kepada pelakon Aidil Aziz, ibunya Eja Sandha apa menitipkan dedikasi buat anaknya itu yang turut menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-35, hari ini.

Menerusi Facebook, ibu kepada pelakon hebat itu mengakui sebak dengan ucapan yang diberikan Fasha ketika majlis berinai berlangsung. Malah kongsinya lagi kasih sayang terhadap anak dan cucu tidak pernah berubah.

“Tiada kata secantik bahasa..Tiada gmb seindah lukisan yg ingin mama mu lafazkan bersempena di hari jadi mu ank ku @fashasandha..ucapan mu utk mama yg melahirkan dirimu semalam.. di mlm berinai mu semalam telah terkesan dan telah mengugurkan air mata mama mu ini.

“Terkesan Dan Telah Mengugurkan Air Mata Mamamu Ini,” – Dedikasi Si Ibu Buat Fasha Yang Bakal Bergelar Isteri, Beberapa Hari Lagi

Ads

“Sesungguhnya mama jgk tiada sempurna utk ank2 mama semua..tetapi percaya lah kasih sayang mama terhadap semua ankanda2 dan cucunda2 tiada pernah berbelah bahagi selagi hayat di kandung badan,” tulisnya.

Sementara itu, Eja turut mengucapkan selamat berbahagia hingga ke jannah buat pasangan tersebut.

Ads

“Sebelum menjelangnya lusa 30hb March.. bersempena ank ku akan bergelar isteri kepada @itsaidilaziz disini ingat mama ucapkan agar berbahagia sehingga ke Jannah…mama mendoakan Aidil dapat memberi kasih sayang pada dirimu dan terutama kepada cucu2 mama sehingga hujung nyawa.

“semoga Allah melindungi dan memberkati kehidupan kita semua..dan di permudahkannya segalanya..Amin3 #majlisberinaiaidilfasha#aidilfasha,” kongsinya lagi.

Ads

Lalu menerusi ruangan komen, rata-ratanya turut mengucapkan tahniah buat pasangan selebriti itu.

Fasha dan Aidil tampil sedondon dalam rona ungu menerusi persalinan bertemakan Melayu Klasik. Difahamkan, Fasha sekeluarganya telah pun berangkat ke kampung halamannya di Perlis.

Foto: Instagram Fasha, FB Eja Sandha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI