Hari terus berganti, pemergian dua insan yang menyinari arena seni yang namanya cukup sinonim di sini telah pergi menghadap Illahi, tidak sampai dalam tempoh tiga bulan.
Selepas pelawak, Abam Bocey menghembuskan nafas pada 10 Februari lalu, kini pelakon Ashraf Sinclair yang mencipta nama di Malaysia dan Indonesia kembali ke rahmutullah jam 4:51 pagi tadi (Selasa) dipercayai akibat serangan jantung.
Ia sekali gus, mengejutkan ramai pihak atas pemergian Ashraf atau nama penuhnya, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair itu.
Yatt Hamzah misalnya, turut memberikan dedikasi atas pemergian arwah dan turut terkesan dengan pemergian dua permata seni itu.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. AL FATIHAH.
Semoga Husnul Khotimah buat mereka (Abam dan Ashraf) dan buat kita juga.
“Meninggal pd usia muda. Apakah jaminan pd kita? Nyata mati itu pasti dan bila2.
“Siapkan bekal kita pulang. Abam meninggal ketika tidur. Difahamkan Ashraf Sinclair juga meninggal waktu tidur.
“Apa jaminan kita akan hidup bila kita tidur? Tiada.
“Bila hidup kita merasa berat membuat ibadah sunat, tidak mengapa. Tapi jangan tinggalkan ibadah yang wajib. Paksakan diri untuk buat yang wajib.
“Jangan tinggal solat 5 waktu. Jangan tinggal puasa tanpa uzur. Jangan tidak membayar zakat. Tutup aurat. Elakkan diri membuat dosa. Cepat-cepat bertaubat ketika melakukan dosa.
“Jangan kita lalai mencari rezeki sehingga meninggalkan solat. Rezeki kita sudah dijamin, syurga kita yang belum dijamin. Perbaiki ibadah yang membawa kita ke syurga.
“Imam al-Ghazali berpesan: “Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
“Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.” Jadikan kematian itu sebagai peringatan dan hidayah. Andai masih tidak mahu berubah ke arah kebaikan, maka dengan cara apa lagi mahu Allah beri hidayah?
“Doa Rasulullah saw yang paling banyak adalah: “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.” Riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmizi
“Andai terdapat sedikit kebaikan dalam post ini, mohon doakan semoga kebaikan itu dapat membawa kita ke syurga di sisi Allah bersama-sama. Aamiin,” tulisnya.
Menerusi perkongsian pemilik nama penuh Haryati Hamzah itu, ia turut memaparkan foto arwah Abam dan Ashraf.
Terdahulu, Abam meninggal dunia pada 10 Februari lalu akibat demam panas.
Sementara, Ashraf meninggal dunia jam 4:51 pagi tadi akibat serangan jantung.
Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia selepas solat Asar.
Foto : Instagram Yatt Hamzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI