Walaupun sudah dua hari berlalu sejak tayangan telemovie ‘Saat Hilang Cintamu’ di slot Cerekarama TV3, namun rasa sedih di hati para penonton masih lagi membekas sehingga hari ini.

Gandingan mantap pelakon, Zamarul Hisyam dan Rita Nadira yang membawakan watak sebagai suami isteri nyata telah memukau banyak pihak.

Kesetiaan yang ditunjukkan oleh watak Razil (Zamarul) yang masih menyayangi isterinya walaupun diselingkuhi dan ditinggalkan demi lelaki lain sememangnya meruntun jiwa.

Babak yang paling merobek jiwa penonton sudah tentulah ketika Salinah (Rita Nadira) ditangkap basah bersama lelaki lain ketika sedang berdua-duaan di sebuah bilik hotel.

Permainan emosi yang ditunjukkan oleh Zamarul sebagai suami yang luluh hatinya nyata membuat para penonton tidak dapat menahan air mata.

Ads

Sehingga kini, nama suami kepada pelakon Diana Rafar itu hangat diperkatakan netizen terutamanya di aplikasi Twitter.

Rata-rata netizen menyifatkan mutu lakonan Zamarul di dalam drama berkenaan sememangnya berada di kelas yang tersendiri.

“Zamarul Hisham ni memang power betul dia berlakon. Dengan aku sekali menangis, remuk hati suami tu terasa betul.

Ads

“Dulu kini dan selamanya Zamarul Hisyam kalau berlakon memang A+. Aku tengok sebab ada dia ye.

“Power betul Zamarul Hisyam ni berlakon. Terketar ketar pipi tahan sedih.

“Zamarul Hisyam ni tak perlu action atau badan ‘sado’ tapi lakonannya meninggalkan kesan mendalam,” antara komen-komen netizen.

Ads

Sekadar informasi, Saat Hilang Cintamu merupakan sebuah drama terbitan Zeel Production dan diarahkan oleh Rahilah Ali.

Selain Zamarul dan Rita, drama ini turut dibintangi oleh Malik Mccrone dan Abbas Mahmood.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Twitter & Instagram Zeel Production

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI