Selepas sukses melancarkan empat buah single, penyanyi meningkat naik, Danial Kifli akui belum bersedia untuk bertukar ke genre selain daripada balada kerana bimbang bakal mengelirukan pendengar.
Menurut Danial, dia mahu mengukuhkan namanya sebagai penyanyi balada terlebih dahulu sebelum mencuba sesuatu yang baharu.
Katanya lagi, kebanyakkan pendengar hanya mengetahui lagu-lagunya sahaja dan tidak sepenuhnya mengenali dirinya.
“Ketika ini, saya hanya mengikut minat dan lagu-lagu yang selesa untuk dibawa. Jika saya ikut kehendak orang lain dan tak kena dengan jiwa, saya akan hasilkan sesuatu yang palsu.
“Saya belum bersedia untuk menukar genre tetapi perasaan untuk mencuba sesuatu yang baharu itu tetap ada.
“Walaupun saya sudah punyai lagu yang ‘meletup’ tapi saya agak takut juga. Tidak semua lagu-lagu kita akan menerima impak yang sama.
Ads
“Saya ambil nasihat penyanyi-penyanyi yang lebih senior. Saya kena cipta identiti dahulu. Bila identiti sudah kuat, orang bukan sekadar tahu lagu saya tapi kenal siapa saya,” katanya kepada MH.
Anak jati Muar, Johor itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan muzik video lagu ‘Jauh’ yang berlangsung di Juff Coffee, Southvill City pada Jumaat.
Pada masa sama, Danial juga kurang bersetuju bila ada pihak yang menyamakan cara nyanyiannya dengan penyanyi terkenal, Haqiem Rusli.
Ads
“Sebagai penyanyi dan penulis lagu, saya agak terkilan bila ada yang tak kenal. Malah, ramai juga yang samakan saya dengan Haqiem Rusli. Saya kurang bersetuju. Level Haqiem jauh lebih tinggi.
“Saya pula baru nak menapak. Tone kami juga agak berbeza. Mungkin orang sudah terbiasa mendengar lagu-lagu Haqiem dan bila dengar lagu saya, mereka ingat sama.
“Saya mendengar lagu-lagu Haqiem sejak kecil. Cara nyanyian kami juga berbeza,” ujarnya lagi.
Enggan Terpalit Dengan Gimik Murahan
Dalam pada itu, penyanyi di bawah naungan, Awal Muzik Entertainment ini turut menegaskan dirinya tidak akan sesekali terlibat dengan taktik gimik murahan semata-mata untuk menaikkan namanya.
Ads
“Di usia muda ini, saya tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi negatif. Saya juga membawa nama baik keluarga. Jadi, saya tidak mahu malukan keluarga, rakan-rakan dan diri sendiri.
“Selagi saya boleh kembangkan kerjaya dengan perkara positif, selagi itu saya akan berusaha,” akhirinya.
Terdahulu, muzik video ‘Jauh’ kini sudah boleh ditonton menerusi saluran Youtube, Awal Muzik Entertainment.
Nama Danial mula mendapat perhatian selepas muncul menerusi single ‘Musnah’ yang kini sudah meraih hampir tiga juta tontonan di Youtube.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan Ahmad Iqbal Zulkelfi mengakui apa yang diperkatakan oleh penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa yang tidak mengenali dirinya sebagai benar.
Menurut Iqbal, dia hanya dalam peringkat mahu mengenali bintang popular itu dan tidak semestinya mahu berkenalan untuk berkahwin semata-mata.
Iqbal bagaimanapun bersyukur kerana paling tidak, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Hati Yang Kau Sakiti itu mengingati dirinya saat mahu merakam gambar bersama.
“Benar apa yang saya katakan, saya masih mahu mengenali. Mengenali tidak semestinya mahu berkahwin. Berkawan mungkin, atau kerjasama apa yang boleh.
“Alhamdulillah… sekurang-kurangnya Dato Sri @itsrossa910 ingat saya menegur beliau kerana hanya saya seorang dari Malaysia ketika itu. Jangan risau, saya tahu untuk menjaga privasi dan kehormatan seseorang.
“Tidak semua perkara boleh dijadikan kontent. Saya juga masih sedar diri,” tulisnya menerusi Insta Stories, pada Isnin.
Terdahulu, Rossa tertanya-tanya mengenai siapakah lelaki dari Malaysia yang mahu berkenalan dengannya, sejurus ditanya pihak media hari ini.
Rossa yang ditemui ketika sidang media secara virtual single terbaharu berjudul Terlalu Berharap berkata dia tidak mengenali bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida dan berfikir-fikir apakah mereka pernah berjumpa sebelum ini.
Apabila dimaklumkan Iqbal ada berjumpanya ketika menghadiri tayangan perdana filem Love Knots di Jakarta baru-baru ini, Rossa mengakui dia memang ada bertemu seseorang dari Malaysia yang minta bergambar.
Namun Rossa bersikap terbuka sekiranya ada yang mahu merakam foto bersama atau mahu berkenalan kerana dia okay untuk menjalin persahabatan lain seperti rakan-rakan lain.
Terdahulu menerusi pertemuan di Indonesia itu, Iqbal menyifatkan Rossa sebagai wanita lemah lembut, sopan dan minimalis dalam berfesyen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada penari profesional, Alam Wakaka iaitu Nurul Alisya Najwa Hazman tampil mendedahkan dia merupakan bekas penari dan pernah membuat pertunjukan di hadapan orang ramai sebelum ini.
Menyifatkan bukan suatu yang mudah untuk hidup senang, Alisya yang mesra disapa Lisya turut mengakui ada pihak yang kurang senang apabila melihat dia menari di samping suami.
“Rezeki masing2 … bukan senang nak senang. Orang pandai menilaii dari segi rupaa. Panas terikk walaupun sakit still buat kerje. Memang kerje kami menari, hinaa sangat ke penari ni?
“Sampai ada orang cakap “suami kau menari takpe yang kau sebok nak menari tu dah kenapa?”
“Lisya just nak share. Ramai yang tak tahuu lisyaa ni bekass penari. Lisya dah pernah merasa buat show depan orang ramai, masuk pertandingan dekat banyak negeri. Alhamdulillah dapat duit dengan hasil titik peluh lisyaa sendiri. Lisya bersyukur dengan apa yang allah bagi lisya sekarang ni,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan Lisya menerusi satu hantaran di Instgaram melalui satu video pendek.
“Inilah kerja kami, dengan kerje ni lahh kami dapat bayarr rumah keretee and belii barang2 dapur.
“Alhamdulillah ini rezeki saya dan suami, rezeki saya juga dapat suami yang penyayang and sentiasa bagi kata2 semangat bila lisya down.
“Orang tahu menilai kita macam2, tapi hanya lisya dan suami je tahu, susah senang sama2.
“Lisyaa terima teguran, tapi biarlah teguran itu beradab jangan sampai tegurr dengan kata2 yang kesat. Stay safe everyone,” tulis wanita berusia 20 tahun itu lagi.
Terdahulu, Lisya mendirikan rumah tangga bersama Alam atau nama sebenarnya, Haslam Abdul Rahman pada 7 Mac lalu di Pejabat Agama Segamat, Johor.
Foto: Instagram Alisya Najwa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara Azwan Ali digugurkan serta merta sebagai pengacara program realiti Mic On musim kedua (Mic On 2) berkuatkuasa hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor utama demi memastikan keharmonian penerbitan program Mic On 2 dapat diteruskan dengan lancar bagi menghormati semua pihak yang terbabit.
“Pihak pengurusan Awesome TVhari ini mengambil keputusan untuk menggugurkan Azwan Ali daripada tugas pengacaraan bagi program realiti Mic On berkuatkuasa serta merta.
“Perlu ditegaskan di sini bahawa pihak Awesome TV tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang hal-hal berkaitan dengan disiplin dan standard etika kerja bagi mana-mana pihak sama ada di kalangan tenaga produksi sendiri mahupun bakat yang terbabit dengan program-program terbitan kami.
“Pihak Awesome TV juga tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk salah laku atau gangguan yang boleh mencetuskan ketidakharmonian.
“Tindakan keras akan diambil sekiranya berlaku sebarang pelanggaran integriti prinsip tersebut,” katanya di dalam satu kenyataan media sebentar tadi.
Program Mic On 2 minggu seterusnya akan dikendalikan oleh pengacara bersama sedia ada, Issey Fazlisham.
MIC ON yang bersiaran setiap hari Jumaat jam 9 malam diAwesome TV (Astro 123) atau MyTV (112) adalah sebuah program realiti berkonsepkan pertandingan nyanyian komedi terbitan Awesome TV yang menampilkan tiga selebriti tanah air, Datuk Awie, Datuk Hattan dan Mas Idayu sebagai juri tetap.
Terdahulu, seramai 15 peserta berjaya diserap masuk untuk bersaing di konsert mingguan Mic On musim kedua bagi merebut gelaran juara.
Kesemua mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan yang diterajui oleh Fad Bocey, Ropie dan Ajak Shiro yang menggalas tanggungjawab selaku ‘Manager’ untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada para peserta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Eyka Farhana menafikan dakwaan yang mendakwa dia bakal melangsungkan perkahwinan secara tertutup bersama tunangnya yang juga pemain bola sepak, Akhyar Rashid.
Menurut Eyka, 30,...