“Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Livenya Yang Telah ‘Discreen Capture’ Buruk Padahnya,” – Fazley Yaakob

Share

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil memberikan pendapat bahawa kekayaan dan populariti bukan jaminan terhadap adab serta intelektual seseorang.

Menerusi hantaran terkini di Instagram pada Rabu, penyanyi yang popular menerusi lagu Asmara Ini itu memuat naik foto seorang wanita yang telah ditutup dengan ‘sticker’ di bahagian mata beserta status panjang.

“Kaya dan popular tidak menjamin adab dan tahap intelektual seseorang kan? Sesetengah dari kita diduga dengan kemiskinan dan kepayahan hidup agar kita kekal berusaha dan kekal dalam iman walaupun dalam serba kekurangan.

“Sebahagian dari kita pula diduga dengan kekayaan, kemewahan dan populariti, namun mereka lupa diri dan semudah itu mencari salah orang lain dan melabel orang lain dengan kata-kata yang boleh merosakkan imej seseorang.

“Kasihan insan yang gemar mencari publisiti secara kurang ilmiah dan seperti tiada adab semata-mata untuk mencari rezeki. Elokkah jika dijadikan contoh anak-anak muda yang baru nak belajar menjadi usahawan?” tulisnya.

Tambah Fazley lagi, sebagai orang Timur, kita seharusnya menghormati serta menjadi matang dalam setiap aspek keadaan.

“Kita orang timur, kita seharusnya kekal dengan rasa hormat dan matang di dalam semua keadaan tidak kira dengan sesiapa.

“Apatah lagi berhadapan dengan insan yang dihormati ramai, malahan mempunyai pelbagai lapisan pengikut.

“Shame on you! Maaf semakin hilang rasa hormat saya terhadap beliau yang seolah-olah semakin buat tabiat.

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak livenya yang telah di screen capture buruk padahnya,” tulisnya lagi.

Biarpun tidak menyebut mana-mana nama, bagaimanapun netizen dilihat memberikan reaksi yang pelbagai di ruangan komen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH