Pelakon sensasi Ruhainies ada berkongsi paparan skrin status yang dimuat naik sebuah portal berita yang menyebarkan cerita tak sahih berkenaan dengan status dirinya yang didakwa sudah berkahwin.
Kononnya, dia pun mendirikan rumah tangga bersama rakan artis, Zul Ariffin.
“Terbongkar Akhirnya! Zul Ariffin dan Ruhainies sebenarnya dah kahwin, ini ceritanya…!” tulis portal tersebut.
Bagaimanapun Ruhainies menerusi Insta Stories, pada Ahad tampil memberikan penjelasannya sekaligus menasihati warganet agar tidak terpedaya. Malah dia juga percaya warganet ketika ini sudah pun bijak untuk menilai.
“Dear netizens yang saya sayangi, jangan biar mereka-mereka yang tak bertanggungjawab ini ‘candy-candykan’ korang okay. You’re better than this.
“I know korang lebih bijak. Terlalu banyak fake headlines nowdays, tekan-tekan link Shopee. Harap berbahagialah dan semoga murah rezeki dan halal hasilnya,” tulisnya.
Ruhainies pada masa sama akui ‘terhibur’ dengan penyebaran berita palsu seumpama itu.
“Saya tak marah tau, i find it funny and entertaining. You guys made my day. Thank you,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, turut terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh portal berita tersebut.
Tidak melenting dengan perkara tersebut, pelakon berusia 32 tahun itu dilihat tenang memberikan reaksi yang bersahaja.
“Amboi macam mana awak (portal) awak tahu ni? Saya pun tak tahu. Terima kasih untuk info,” jelasnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI