Berita

“Terlalu Banyak Perkara Yang Perlu Disyukuri,” – Zahirah Macwilson

Share

Pelakon Zahirah Macwilson menitipkan rasa syukur atas pelbagai perkara baik yang dilalui.

Zahirah atau nama sebenarnya, Nur Zahirah MacWilson Zainol MacWilson, 28, berkongsi ucapan ringkas itu menerusi status terbaharu di Insta Stories, pada Jumaat.

“Terlalu banyak perkara yang perlu disyukuri. Air mata kegembiraan. Terima kasih Yang Maha Esa atas segalanya,” tulis Zahirah dalam Bahasa Inggeris.

Menerusi hantaran di platform sama, Zahirah yang kini sedang hamil anak kedua turut berkongsi video pendek sekitar kediamannya yang sedang melalui proses renovasi.

Beberapa hari lalu, isteri kepada aktor Aiman Hakim Ridza ini menjadi sorotan warganet selepas namanya dipetik seorang selebriti lain di media sosial yang menyamakan wajahnya seperti bibik.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH