Dipetik daripada Utusan Online, penyanyi era 70-an, Datuk Dahlan Zainudin tidak sedarkan diri selepas dimasukkan ke hospital Sabtu lalu akibat serangan strok.
Menurut isteri, Datin Effa Rizan, doktor tidak dapat melakukan pembedahan ketika ini akibat kondisi suaminya yang terlalu lemah,” katanya dipetik.
Penyanyi lagu Joget Kaki Lima itu dikejarkan ke Hospital Selayang selepas tidak sedarkan diri pada petang Sabtu lalu. Ini merupakan serangan strok kali kedua selepas serangan pertama sekitar 2016 yang mengakibatkan dia lumpuh sebelah kiri.
“Sebelum ini, dia berjaya mengharungi serangan strok pertama. Allah bagi saya peluang untuk jaga dan berada di sisinya selama dia sakit.
“Alhamdulillah, saya selalu minta kekuatan untuk menjaga suami ketika sakit dan itu yang Allah makbulkan. Insya-Allah, saya dan keluarga kuat menghadapi ujian ini
,” katanya.Foto : Utusan Online, Sinar Harian