Berita

“Terlalu Sekejap…Tapi Sayang, Macam Seribu Tahun. Al-Fatihah Buatmu Nak,” – Elly Mazlein

Share

Selebriti popular, Elly Mazlein berkongsi kerinduan mengenangkan pemergian Allahyarham Alisa Umairah Nur Hisham, minggu lalu.

Kisah arwah yang mesra disapa sebagai adik Alisa Umairah sebelum ini pernah tular kerana menghidap penyakit kanser mata tahap empat.

“Terlalu sekejap… tapi sayang, macam seribu tahun. Sayang mama, Alisa dah berada di tempat yang lebih baik. Al-Fatihah buatmu nak.

“Nanti Mama Lina datang jumpa keluarga Alisa dan melawat sayang mama Alisa.

“Sayang Alisa sentiasa dalam ingatan mama wahai anak,” tulisnya menerusi satu status terkini yang dikongsikan di Insta Stories, pada Selasa.

Difahamkan, adik Alisa telah didiagnos menghidap kanser mata ketika berusia setahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Published by
MH