Pelakon dan pengacara Elly Arifin, akhirnya mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan suaminya yang juga pelawak, Jiggy dari kumpulan Masin Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi.
Bagaimanapun, bintang berusia 31 tahun itu enggan mendedahkan punca perceraian mereka bagi menjaga hati kedua-dua belah pihak.
“Ya, saya sudah bercerai hujung Januari lalu. Saya perlukan masa untuk berkongsi hal peribadi kepada orang luar.
“Lagipun saya perlu menghormati dan menjaga perasaan kedua-dua belah pihak. Apa yang boleh saya katakan, hubungan kami terlerai kerana tiada lagi persefahaman,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.
Pada masa sama, Elly reda dengan apa yang berlaku meski berat untuk berdepan dengan situasi berkenaan.
“Tiada siapa yang minta, lebih-lebih lagi di usia saya yang masih muda. Namun, saya reda dengan apa yang sudah tertulis.
“Walaupun apa yang dilalui ini berat tapi saya perlu kuat untuk teruskan kehidupan ini,” jelasnya lagi.
Terdahulu, desas-desus mengenai keretakan rumah tangga pasangan ini kian diperkatakan apabila masing-masing tidak lagi memuat naik gambar bersama di Instagram.
Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 selepas menjalin hubungan cinta kira-kira tujuh tahun
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jodoh Syafiq Kyle; “Umur Saya Dah 30 Tahun, Anytime. Saya Doa…”
Pelakon Syafiq Kyle mengakui proses melangkah ke fasa seterusnya untuk bergelar suami bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang sebelah mata.
Sebaliknya ia menuntut kepada usaha selain ikhtiar untuk berubah menjadi insan yang lebih baik terlebih dahulu sebelum menggalas tanggungjawab besar dalam membina keluarga.
Syafiq atau nama sebenar, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 30 berkata, buat masa sekarang dia hanya mendoakan yang baik-baik, selain mengharapkan sokongan orang terdekat.
“Tak beranilah untuk saya bercakap mengenai soal sudah bersedia atau sebaliknya. Cuma ini adalah satu tanggungjawab. Sebab saya percaya kalau kita nak bercakap mengenai bersedia atau tidak, kita sendiri yang kena berusaha untuk berbuat demikian.
“Akan tetapi buat masa sekarang umur saya dah 30 tahun, bila-bila masa sahaja. Saya doa jodoh daripada Allah SWT. Mak pun selalu mendoakan untuk saya, berkati dan permudahkan segala perjalanan saya.
“Persediaan itu sayalah yang kena usaha sendiri, bukan saya perlu letakkan ia pada tangan orang lain. Dari segi perkara lain, saya yang perlu banyak muhasabah diri.
“Perlahan-lahan sejak umur saya 27 tahun saya sudah rasakan akan perubahan itu. Tiada benda yang saya perlu kejarkan lagi. Sekarang ini saya hanya buat apa yang saya inginkan, buat perkara yang keluarga dan saya sukai.
“Jadi dalam proses tersebut, diri saya sendiri pun sudah mulai berubah sedikit demi sedikit. Saya percaya kepada perkara itu, ia akan datang dengan sendiri,” katanya lagi.
Artikel Berkaitan;
Syafiq berkata demikian ketika ditemui pada majlis Sidang Media & Tayangan Perdana Filem Siku 12; Langkah Derhaka di Starling Mall, Damansara, pada Rabu.
Ditanya mengenai sisi persediaan atau persiapan yang dilakukan oleh temannya pula, ini yang dikongsi Syafiq;
“Banyak perkara yang kami bincangkan. Cuma saya bukanlah jenis yang mahu ketengahkan apa perkara yang dibincangkan. Kalau di pihak dia, rasanya lebih baik jika empunya badan yang berkongsi.
“Bagi diri saya, saya cuba lakukan yang terbaik dan doakan agar semuanya dipermudahkan,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jadi Askar Sebarkan Kebenaran,” – Zulin Aziz Gesa Influencer Bersuara Isu Palestin
Pelakon, Zulin Aziz menyeru para pempengaruh media sosial untuk tidak berdiam diri dan terus menyebarkan kesedaran mengenai apa yang telah berlaku di bumi bergolak Palestin.
Menurut Zulin, para pempengaruh seharusnya memanfaatkan pengaruh mereka demi menyebarkan kebaikkan.
“Memang lain orang lain cara. Tak post tak bermakna tak sokong dik. Yang doa dan sumbang secara senyap pun sokong, Allah saja tahu. Betul lah tu.
“Tapi minta jasa baik awak-awak yang ada folowers banyak tu sebarkan.
Sebab awak-awak ni ada banyak pengikut. Awak banyak pengikut dan berpengaruh dik.
“Bukan suruh tunjuk awak donate dan tunjuk dekat satu dunia awak bagi sumbangan. Ni bukan kes nak menunjuk mampu tak mampu ke,” tulisnya.
Pandangan tersebut disuarakan oleh pelakon drama Cekelat Semanis Honey itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Katanya lagi, tindakkan ini setidak-tidak boleh dijadikan usaha untuk menentang fitnah-fitnah yang telah dilemparkan oleh pihak Israel dan sekutu-sekutunya.
“Mintak awak post pasal Palestine
sebab kat luar sana tu macam Israel ni post menfitnah.
“Kita tak mampu pi perang. Dekat media sosial ni pun kita boleh bantu. Kita boleh jadi askar kat media sosial ni untuk sebarkan kebenaran.
“Kita boleh berdiam sebab dalam diam kita, kita doa kita bantu, betul tapi kalau kita ada kelebihan apa salahnya kita sebarkan memalui media ni kan?,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Zulin turut berpadangan individu yang berpengaruh ini juga secara tidak langsung boleh menjadi asbab untuk orang lain turut menyampaikan kebaikkan.
“Sepanjang aku post kat Instagram Stories, atau feed, ramai pengikut yang Repost. Itu yang kita nak dik. Apa kita buat, kadang orang ikut. Kadang orang terbuka hati bila kita menyampaikan.
“Mereka dapat, mereka pula sampaikan. Itu tujuan dia dik. Berlapang dada dan cuba fahamkan. Tak marah, tak paksa. Kalau terbuka hati Alhamdulillah,” ulasnya lagi.
Bagaimanapun, Zulin tetap faham mengapa segelintir pihak memilih untuk berdiam diri untuk bercakap mengenai konflik Israel-Palestin ini.
Malah, Zulin turut menyeru kepada semua pihak untuk tidak menyebarkan kebencian buat mereka yang berbeza pendapat di dalam isu ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Zulin Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Rasa Ke Kami Berdua Ini ‘Gila?’” – Get Back Sebab Rindu & Tak Nak Orang Lain, Zarina Anjoulie Tak Terburu-Buru Soal Kahwin
Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie mengesahkan dirinya sudah bertunang semula dengan bekas kekasih, Datuk Seri Khazrul Elzey.
Menurut Zarina, bibit percintaan mereka kembali berputik selepas masing-masing punyai perasaan rindu.
“Alhamdulillah kami sudah bertunang semula dan saya sangat gembira. Sepatutnya hari ini saya datang ke majlis ini dengan dia tapi tiba-tiba dia sibuk dan ada urusan di kampung.
“Jadi, saya datang hari ini dengan anak beliau.
“Bibit-bibit cinta itu datang kembali lebih kurang sebulan yang lalu. Masing-masing memujuk antara satu sama lain. Kami masing-masing mengalah dan ada perasaan rindu,” katanya kepada MH.
Pelakon filem Jack Yusof itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran produk Beunita yang berlangsung di Forest Valley, Cheras pada Sabtu.
Dalam pada itu, Zarina turut mendedahkan dirinya enggan menoleh ke belakang dan menghormati hubungan masing-masing ketika mereka sedang berpisah.
“Dia rapat dengan seorang perempuan, saya juga ada rapat dengan lelaki lain. Kami berdua sudah matang. Kami tak boleh ada perasaan cemburu kerana pada waktu itu hubungan kami sudah putus.
“Saat itu kami berdua berasa sunyi dan sedang tersakiti. Kami hanya berkawan dan ada juga berjumpa orang lain. Kami bukan bercinta tetapi berkawan.
“Dia tak kisah saya berkawan dengan siapa. Begitu juga saya. Namun, bila ada perasaan cinta, kita tetap akan bersatu jua,” ulasnya lagi.
Ditanya apakah yang membuatkan dirinya terbuka hati semula untuk kembali memulakan perhubungan dengan orang yang sama, Zarina menjelaskan mereka sebenarnya sudah sangat serasi dan memahami antara satu sama lain.
“Anda tak rasa ke kami ni ada perangai yang gila-gila? Sebab itu hubungan kami ini sangat rapat. Tambah pula, anak-anak kami menyayangi antara satu sama lain. Mereka juga rapat. Jadi, rasa malas nak cari orang lain,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Zarina turut memaklumkan dia dan tunangannya tidak mahu terlalu terburu-buru memikirkan soal berkahwin sebaliknya mahu perbaiki diri terlebih dahulu.
“Niat itu ada tapi saya tahu jodoh itu di tangan Allah. Saya sendiri tak tahu. Mungkin hubungan kali ini akan menjadi dan mungkin tidak.
“Kini kami berdua sedang berusaha memperbaiki diri ke arah lebih baik daripada kesilapan lepas. Saya mahu belajar bersabar dan tak ulangi kesilapan lalu.
“Jadi, soal berkahwin, kami mahu jalani hubungan ini secara perlahan. Satu langkah demi satu langkah. Mungkin kesilapan lepas kami terlalu terburu-buru,” akhirinya.
Terdahulu Zarina pernah bertunang dengan Khazrul Elzey dan berkongsi perkara itu di media sosial pada 22 Januari lalu.
Bagaimanapun ia tidak bertahan lama apabila Zarina mengumumkan putus tunang selepas dua minggu mengikat tali pertunangan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI