Pernah menjalinkan hubungan kerjasama bersama beberapa jenama kecantikan tempatan sebelum ini, penyanyi Ayda Jebat bersyukur kerana setakat ini dia belum pernah terpalit dengan konflik atau isu besar hingga membawa hal ke tengah.
Katanya kepada MH, dia sebolehnya cuba berhati-hati dalam menjalankan apa sahaja bentuk urus niaga melibatkan pihak kedua atau ketiga.
Pada masa sama elakkan daripada menggunakan perkataan ‘kawan-kawan’ dalam perniagaan.
“Kalau boleh, saya jenis yang gemar untuk elak menggunakan terma ‘kawan-kawan’. Terma itulah yang boleh mendorong untuk ‘membunuh’ kita. Misalnya ‘boleh tak kau tolong aku buat ini, post ini di media sosial’ dan sebagainya.
“Hal tersebutlah yang akhirnya buat kita rasa tersepit dan serba salah. Fikir kawan dan pada masa sama bila rasa seolah-olah diperguna.
“Akhirnya akan makan diri kita semua, jalinan persabahatan pun dah jadi tak best,” katanya jujur.
Pada masa sama, penyanyi yang hits menerusi lagu Temberang ini juga tidak menafikan apabila wujudnya situasi sedemikian, ia mendorong individu untuk berfikir hal tak baik.
“Misalnya kita mulai terfikir mengenai adakah mereka berkawan dengan kita sebab ada agenda tertentu. Jadi bila ada perasaan itu yang rasa tak seronok. Kalau boleh memang saya cuba elakkan perkara tersebut.
Ads
“Kena jalankan urus niaga dengan baik dan profesional. Kawan tetap kawan tetapi hal berkaitan hitam putih perlu dititik beratkan juga.
“Bimbang nanti akan berlaku sesuatu dikemudian hari,” kongsi Ayda yang baru sahaja dilantik sebagai duta Watsons.
“Saya menjadi duta Watsons untuk setahun dan saya mungkin terlibat di dalam beberapa projek khas bersama mereka dari semasa ke semasa. Syukur dan alhamdulillah atas kepercayaan mereka,” kongsi Ayda.
Ads
Terdahulu, bintang ini ditemui pada majlis kejutan hari jadinya yang ke-27 baru-baru ini di Bukit Jalil Selangor.
Dalam perkembangan lain, Ayda turut muncul dengan sebuah single balada istimewa berjudul Mana Ada Hati (Yang Ingin Trus Disakiti).
Single berkenaan merupakan nulikannya sendiri bersama komposer Indonesia, Irwan Simanjuntak, dan turut diangkat sebagai lagu tema drama bersiri lakonan Ayda, Asalkan Dia Bahagia.
Kecoh di laman media sosial Twitter apabila nama pelakon Fathia Latiff telah dikecam oleh seorang pengguna media sosial selepas didakwa bersikap keterlaluan.
Terdapat perkongsian oleh seorang individu, Syilala yang telah meluahkan rasa kesal terhadap pelakon berusia 31 tahun itu.
Kongsinya, dia berasa marah kepada Fathia apabila pelakon jelita itu didakwa telah menghinanya di tempat awam.
Lantas, perkongsian Syilala ini telah menjadi perhatian dan tanda tanya kepada peminat berhubung insiden tersebut.
Menurut sumber di laman media sosial Twitter, insiden berkenaan berlaku apabila Fathia telah bertanyakan arah jalan kepada Syilala di dalam sebuah pusat membeli-belah.
Bagaimanapun, Fathia dikatakan telah menghina kening Syilala yang bersepah sambil berketawa di hadapannya.
Lalu, gadis berkenaan yang berasa malu dengan penghinaan itu telah meluahkan rasa di akaun Twitter miliknya.
Dalam pada itu, isu berkenaan semakin bertambah tegang apabila Fathia turut membidas kenyataan Syilala.
Kisah melibatkan Fathia sebelum ini turut tular apabila dia mengambil keputusan kembali tidak betudung, bulan lalu.
Sumber : Carian Twitter
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin ada berkongsi satu rakaman video di laman media sosial akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Joy telah meluahkan perasaan mengenai kisah dunia percintaannya.
Aku mencintaimu bukan kerana “siapa kamu”..tetapi kerana “siapa aku” ketika aku bersama mu. #MERVEtheunicorncollection,” tulisnya.
Teka-teki terjawab mengenai status hubungan antara pelakon Isa Khan dan Nur Risteena Munim yang mengesahkan sudah bertunang, 23 November lalu.
Perkara itu diumumkan Isa, 26, menerusi majlis Malam Romantik Ris X Isa yang diadakan di Bora Ombak, Putrajaya, sebentar tadi.
Mereka bertunang di Bali, Indonesia selepas lima bulan berkenalan rapat.
“Walaupun ramai yang cuba meracuni fikiran awak dengan mengatakan saya bukan orang baik, namun awak tetap menerima diri saya.
“Malam ini di hadapan semua tetamu, saya berjanji akan menjaga awak dengan penuh kasih dan sayang saya, terima kasih Nur Risteena Munim Zainul Ilyas kerana menerima kehadiran saya dalam hidup awak,” katanya kepada kepada MH.
Majlis itu turut dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak termasuk adik Risteena, pelakon Ruhainies.
Majlis pengumuman itu turut dimeriahkan dengan sambutan ulang tahun kelahiran ke-30 Risteena pada 19 November lalu.
Pasangan itu mula berkenalan ketika sama-sama terlibat menjayakan drama RTM Bulan Jatuh Ke Langit, Mei lalu.
Risteena sebelum ini pernah bercinta dan bertunang dengan pelakon Ikhwan Khairuddin dan mereka sepatutnya dijadualkan berkahwin November lalu.
Namun dalam satu kenyataan sebelum ini, Ikhwan mengakui hubungan cintanya selama tujuh tahun dengan Risteena sudah putus di tengah jalan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...