Penyanyi dan komposer Zul 2 By 2 mendedahkan dia bersama ahli kumpulan lain sedang dalam perancangan untuk mengadakan sebuah showcase khas selepas lebih 25 tahun terlibat dalam dunia seni.
Apa yang menarik, Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Majid, 51, berhasrat untuk mengumpulkan vokalis wanita yang pernah berduet dengan mereka ke persembahan istimewa itu.
“Masih lagi dalam perbincangan dan memang ada hasrat kami untuk mengundang vokalis wanita yang pernah berduet bersama, termasuk Liza Hanim dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Apa pun, perkara itu masih awal untuk dikongsikan, namun besar impian kami sebenarnya untuk kembali membuat persembahan di atas pentas besar memandangkan sudah agak lama kami tidak muncul bersama di dalam mana-mana persembahan komersial.
“Kalau jadi realiti, memang kami sambutnya dengan baik. Kalau dapat dilakukan secepat mungkin pun kami tiada masalah, namun ia bergantung kepada jadual artis terbabit. Doakan ia menjadi kenyataan, insyaAllah,” katanya.
Zul yang baharu mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Intan Maya yang juga bekas anggota kumpulan The Girls berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Dangau 2 By 2, di Kampung Melayu Subang, Selangor baru-baru ini.
Medan selera yang telah pun memulakan operasinya itu setiap hari diusahakan Zul bersama ahli kumpulan 2 By 2, Faizal.
Ads
Ia menawarkan pelbagai jenis menu lazat dengan konsep santai termasuk ruang duduk bersila turut disediakan.
Antara menu istimewa yang boleh dinikmati termasuk pelbagai juadah ikan bakar, sate, makan Korea, makanan barat, lontong kering, air kisar, bihun sup, kari kambing, asam pedas, aneka sup, masakan kampung dan pelbagai lagi.
Menurut Faizal, Dangau 2 By 2 Food Station mula beroperasi sejak Ramadan lalu dan mempunyai kapasiti 28 buah gerai yang mana 13 daripadanya sudah beroperasi.
Ads
“Medan selera ini sebagai satu persediaan dan alternatif bagi menjana pendapatan selepas kita berdepan dengan pandemik seperti sebelum ini.
“Ia juga menawarkan ruangan makan selesa untuk seisi keluarga dengan aneka menu yang dijamin sedap,” katanya.
Zul menambah sebagai kelainan, medan selera itu juga digunakan sebagai platform untuk mencungkil bakat baharu yang lebih segar.
“Dengan pengalaman yang saya miliki, saya mahu berkongsi peluang dengan mereka yang berbakat untuk mencuba nasib dalam bidang seni.
Ads
“Selain menjamu selera, tetamu yang hadir turut boleh menyaksikan para peserta bertanding membuat persembahan,” katanya lagi.
Terdahulu pada majlis pelancaran, turut dilangsungkan ialah pertandingan akhir karaoke yang menyaksikan 14 peserta bersaing bagi merebut gelaran juara.
Majlis perasmian premis berkenaan turut dikongsikan Zul menerusi laman Instagram miliknya.
“Dia memang fake sebenarnya”, itu kata-kata yang cukup ternyiang di telinga apatah lagi bila melihat mimik muka bintang versatil, Elly Mazlein.
Perkongsian babak lucu drama lakonannya, Kau Yang Pertama nyata menghiburkan dan aktres ini turut mencipta tanda palang #anehaneh di laman Instagramnya.
“Kakak zaza ckp ” Dia mmg Fakeeeee #AnehAneh.
“Yeayyyyyyy ari ni da 2 episode #Kauyangpertama Slot #akasia.
“Jgn lupa dating dgn kakak lina & smua barisan pelakon #Kauyangpertama ya.
“Yg x menahan tu ari ni 1st episod, macam biasa, ptg ni jam 7 mlm,setiap ari Isnin hingga Jumaat hanya di #Tv3 pommmmmmm @dramasangat #dramasangat agitchuuuuuu,” tulisnya bersama babak yang dimaksudkan.
Pelakon dan penyanyi popular, Elly Mazlein atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Lina ada berkongsi cerita perihal anak tunggalnya, Putri Sara Sefhia.
Malah, bintang drama bersiri Kampung People ini turut mendedahkan sikap suaminya, Mohamad Azlan yang bertolak-ansur.
Perkongsian tersebut dibuat dalam kapsyen humor yang ditulis menerusi satu paparan bergambar di Instagram.
“Eh awk ni pegang tgn kita pulak. Awak buat kita rasa nebezzz la.
“Nape papa Awan Nano tgk bola kat tipon? Sbabnya TV manja da control ..papa sentiasa mngalah demi manja
“Bunga tu pulak .. bkn sbab smbut valentine’s day .. Manja Sefhia td,buat surprised kat mama dia.
“Manja ckp “papa ,let’s buy flower for mama ” .. I was completely surprised.. da besa anak mama,” tulisnya.
Dia yang bakal muncul menerusi single Dusta Cinta tidak lama lagi ini juga rasa terharu mengenangkan layanan orang tersayang terhadapnya.
“Dah pandai buat mama ada Air sikit kat kelopak mata yg bulu matanya penuh beselirat selepet dgn mascara yg agak x brapa mahal harganya Sekian karangan utk mlm ni ..agitchuuuuuu.
“Yg benar, Si Mawar Merah utk buat decoration wedding Anak Cik Kiah,” tulis Elly.
Untuk rekod, Elly pernah mendirikan rumah bersama pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia.
Bagaimanapun, mereka bercerai pada 15 Oktober 2015.
Kini, Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi sah bergelar isteri kepada Mohamad Azlan pada 18 Januari 2020.
Foto : Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena dengan sambutan hari tanpa tembakau sedunia, penyanyi dan penyampai radio Mawi mendedahkan sudah 11 tahun tidak lagi bergelar perokok.
Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani mendedahkan dia telah mula menghisap rokok ketika usianya berusia 18 tahun dan berjaya berhenti pada usia 29 tahun.
Dalam pada itu, juara program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim ketiga ini mendoakan kepada semua perokok di luar sana berjaya berhenti menghisap rokok seperti dirinya.
“Dulu aku kuat merokok. Aku mula merokok waktu umur aku 18 tahun & aku dapat berhenti merokok pada umur aku 29 tahun.
“Hari ini 31 Mei merupakan hari dunia tanpa tembakau. Aku doakan korang bebas dari tembakau. Selamat hari dunia tanpa tembakau #bebastembakau #prayforsmokeeater,” tulisnya.
Konsert minggu pertama One In A Million (OIAM) yang bersiaran secara langsung dari Studio NTV7, Shah Alam pada Ahad menyaksikan saingan daripada 20 peserta terbaik.