Memuat naik kembali kisah yang pernah dikongsi sekitar lapan tahun lalu di laman sosial miliknya, pengacara, Fedtri Yahya menyatakan Rasulullah SAW pernah bersabda contoh ahli syurga ialah seorang lelaki yang tidak pernah dengki terhadap orang lain.

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :

“Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu.” Sahabat bertanya apakaha penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu itu. Nabi SAW menjawab penyakit itu ialah terlalu banyak bersuka ria, terlalu mewah, mengumpul harta sebanyak mungkin, penipuan dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi dan dengki mendengki sehingga menzalimi antara satu sama lain.

“Ada sahabat bertanya kepada Rasulullah – siapa contoh ahli syurga. Rasulullah tunjuk seorang lelaki. Para sahabat menyelidik lelaki itu apa kelebihannya, ternyata biasa-biasa saja. Jadi kenapa dia boleh masuk syurga? Rupa-rupanya lelaki itu tidak pernah mendengki orang lain,” kongsinya di Instagram.

“Walau nota bertahun lama,
impak yang murni tetaplah sama

“Betapa bahaya iri dan dengki,
merosak minda hingga ke kaki

Ads

“Diuji cemburu pada yang hebat,
syaitan datang lalu tertambat

“Orang yang dengki tiada tenteram,
jika disuluh wajahnya seram

“Orang dengki merancang rencana,
agar yang lain jatuh merana

Ads

“Orang yang dengki terkena sakit,
sakit hati dirundung bencana

“Orang yang dengki bermuka-muka,
di depan baik di belakang celaka

“Dengki itu ibarat api,
dalam diam meracun diri

Ads

“Musnah segala amal pahala,
jadi debu berganti bala

#tenangtanpadengki
#fedtriyahya
#menikamdenganpuitis .
#ramadan #jejakrasul #muhasabah,” kongsi penulis lirik ini lagi.

Tabayyun dan sentiasa husnuzon terhadap sesuatu yang dilihat. Itu yang terbaik.

Foto : Instagram Fedtri Yahya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI