Bukan satu perkara mudah bagi setiap insan bergelar ibu untuk berpisah dengan anak dan itulah yang dirasai pelakon, Mawar Rashid.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri berkata dia kini telah kembali berlakon setelah hampir 2 tahun berehat dari dunia lakonan.

Terdahulu, Mawar mengambil keputusan untuk berehat dari dunia lakonan sejak kehamilan sehingga anaknya, Rafael yang kini berusia 6 bulan.

“Mawar took a break from berlakon dari mula Mawar pregnant sampai lah Rafael umur 6 bulan sekarang. 1 ½ tahun berehat.

“Now bila Mawar start berlakon balik, cabaran dia is terpaksa berpisahan dengan Rafael. Keluar pagi dia masih tidur, balik malam dia dah tidur. Jadi Mawar hanya FaceTime je dengan Rafael siang2.,” tulis Mawar.

Ads

Selain itu, pelakon berusia 24 tahun ini turut meluahkan rasa kagum terhadap kaum ibu yang sentiasa kuat dan tabah membesarkan anak-anak.

“Mawar yakin akan kehebatan seseorang ibu itu. Macam mana agaknya dugaan dan cabaran ibu2 di luar sana. Terutama nya ibu2 tunggal kan. Mesti sangat mencabar.

“Apa2 pun Mawar tahu kita ibu2 semua ni harus kuat dan tabah demi anak2. Mawar doakan yang baik2 saja buat semua ibu dan ibu tunggal di Malaysia ini.,” tulisnya.

Ads

View this post on Instagram

Mawar took a break from berlakon dari mula Mawar pregnant sampai lah Rafael umur 6 bulan sekarang. 1 ½ tahun berehat. Now bila Mawar start berlakon balik, cabaran dia is terpaksa berpisahan dengan Rafael. Keluar pagi dia masih tidur, balik malam dia dah tidur 😭 Jadi Mawar hanya FaceTime je dengan Rafael siang2. • Nway, Mawar suka OLAY POWER DUO ni sebab Micro-Sculpting Face Cream membantu mengurangkan garis halus dan kedutan serta meningkatkan keanjalan kulit Mawar. Ia juga sangat melembapkan dengan kandungan Antioxidants, Hyaluronic Acid dan Vitamin B3. Olay White Radiance juga membantu mengurangkan bintik-bintik gelap dan tona kulit tidak sekata, serta menampakkan kulit lebih cerah dan natural. OLAY POWER DUO sememangnya produk kegemaran Mawar sewaktu di lokasi rakaman dan ia mudah dibawa ke mana saja! • Selepas tengok (https://www.youtube.com/watch?v=cRyhygMQrnE) Mawar yakin akan kehebatan seseorang ibu itu. Macam mana agaknya dugaan dan cabaran ibu2 di luar sana. Terutama nya ibu2 tunggal kan. Mesti sangat mencabar. Apa2 pun Mawar tahu kita ibu2 semua ni harus kuat dan tabah demi anak2. Mawar doakan yang baik2 saja buat semua ibu dan ibu tunggal di Malaysia ini. • Oh! Tidak lupa juga, 10 October ni ada Lazada Super Brand Day dan Mawar akan buat IG Live untuk Olay Power Duo products dan Mawar juga akan bincangkan topik berkaitan Ibu! So, nantikan IG Live Mawar! Check out Olay Power Duo in Lazada too: http://bit.ly/olaypowerduo

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Di samping, peminat turut bersetuju dengan kata-kata yang dikongsi oleh bintang kelahiran Kota Bahru, Kelantan ini.

Ads

“Terpaksa Berpisahan Dengan Rafael,”-Mawar Rashid Kembali Ke Set Selepas Hampir 2 Tahun Berehat

Untuk rekod, Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan satu cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac yang lalu.

Foto: Instagram Mawar Rashid

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI