Menerusi hantaran di laman Instagram, artis versatil, Alif Satar ada berkongsi sebuah video memaparkan dirinya sedang mununggang sebuah motosikal model Yamaha RXZ.

Jelas Alif, dia sebenarnya sudah lama teringin untuk cuba menunggang motosikal ikonik kegilaan ramai itu dan akhirnya hajatnya itu menjadi kenyataan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

“Terus terang alif cakap, dari dulu alif TERINGIN nak bawak RXZ. Harini dapat! Apa barang naik superbike bro!,” tulisnya.

Video berdurasi hampir 30 saat itu nyata mendapat perhatian ramai pihak termasuklah rakan penyanyi, Faizal Tahir.

IKLAN

Jelas Faizal, satu ketika dahulu, dia juga memiliki motosikal yang sama yang digunakan sebagai pengangkutan harian sewaktu di zaman universiti.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Selamat Malam Sayang ini mendedahkan dia terpaksa menjual moto kesayangannya itu demi menampung perbelanjaannya untuk menceburi bidang muzik.

IKLAN

“I used to ride this to universiti class everyday back in those days. Decided to sell it even though i needed it to go to class but I wanted to get money to buy a pc to install cubase and learn to produce my own music.

“The rest is history. Alhamdulillah. Btw, this was the motorbike back then,” jelasnya.

IKLAN

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat perkongsian tersebut malah ada juga yang berkongsi kisah mereka yang tersendiri mengenai motosikal tersebut.

“Terpaksa Jual, Perlu Duit Beli PC,”- Alif Satar Test Ride RXZ, Faizal Tahir Pula Kongsi Kenangan Masa Di Universiti “Terpaksa Jual, Perlu Duit Beli PC,”- Alif Satar Test Ride RXZ, Faizal Tahir Pula Kongsi Kenangan Masa Di Universiti

Sumber: Instagram Alif Satar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI