Sepotong video pendek yang merakamkan gelagat selebriti versatil, Ifa Raziah yang dilihat sakan ‘memborong’ barangan kemas menjadi bualan ramai.
Difahamkan, penyanyi lagu Ser Ser Ser itu berbelanja lebih RM100,000 untuk perhiasan wanita berkenaan selepas ia dikongsikan menerusi platform TikTok.
@kedaiemasrozitaipoh @MissDivaifaraziah ♬ Miss Diva – Ifa Raziah
“Terpaling viral. Artis datang review berbayar (pangkah), artis datang shopping RM100,010k (tanda right),” yang tertera pada video sama.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat memberikan reaksi pelbagai dan sehingga kini video tersebut sudah pun ditonton lebih 300,000 kali.
Ifa sebelum ini sinonim dengan barangan kemas bersaiz dempak.
Terdahulu kata ekas peserta program Terpaling Juara ini kepada media, barangan kemas berkenaan hanya dipakai pada majlis-majlis tertentu sambil ditemani pengawal peribadi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tak Anggap Itu Sebagai Beban,” – Tak Pernah Missed, Sharnaaz Ahmad Rupanya Jumpa Jebat 3 Kali Setiap Hari
“Tak pernah missed lagi walaupun sehari.” Itu kata pelakon Sharnaaz Ahmad apabila ditanya kekerapan bertemu anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini tinggal bersama isterinya, Noor Nabila.
Kata Sharnaaz lagi, lazimnya dia akan meluangkan masa dengan anak tunggalnya itu tiga kali dalam sehari.
“Saya jumpanya tiga kali sehari iaitu setiap pagi, tengahari dan malam. Setiap kali bertemu Jebat lazimnya saya akan isi masa antara 1 hingga 2 jam.
“Rumah kami boleh dikatakan dekat, jadi ia memudahkan.
“Kalau tidak ada penggambaran, sebelah pagi saya akan ke gim, kemudian sebelum balik rumah saya akan singgah jenguk Jebat. Lepas tu saya akan bawanya jalan-jalan.
“Sebelah malam pula saya akan bawa dia pusing KL,” dedah Sharnaaz kepada MH.
Ditanya samada pernah mengeluh kerana perlu berbuat demikian, bintang drama Lelakimu Yang Dulu ini menyifatkan ia bukanlah satu beban.
“Saya sudah biasa dengan rutin sedemikian, meski pada peringkat awal rasa pelik juga kenapa aku kena berpisah dengan anak macam ni.
“Akan tetapi apabila diberikan sedemikian, saya kena terimalah.
“Saya tidak anggap itu sebagai beban. Jujurnya kalau saya tak jumpa Jebat lebih dari lima jam, saya pula yang rasa tak betul,” jelasnya lagi.
Sharnaaz pada masa sama turut menjelaskan, ada ketika dia akan membuat panggilan video untuk berinteraksi dengan permata hatinya itu.
“Cuma kalau waktu nak jumpa dia belum bangun lagi dan saya di set lokasi, selalunya akan video call. Ibu dia pun bagi.
“Jadi tak ada masalah,” ujarnya optimis.
Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan kakak kepada selebriti dan pengacara popular, Neelofa itu. pada 31 Mac 2017.
Bagaimanapun, timbul konflik melibatkan rumah tangga mereka sejak tahun lalu dan keduanya kini sedang menantikan keputusan Mahkamah Syariah yang akan diketahui, tidak lama lagi.
Bagaimanapun ujar Sharnaaz, dia dan Nabila, tetap berkawan demi anak.
Malah, Sharnaaz turut menjelaskan, dia sudah ‘move on’ dan menerima apa saja keputusan kelak.
Pelakon ini terdahulu ditemui pada majlis pelancaran kedai minuman miliknya, Bubble Bee di Danau Kota, Setapak.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Memang Terbaik Ini Cina,” – Majikan Buat Kejutan Beri Pakej Umrah Buat Pekerja, Ini Perkongsian Atu Zero
Pelawak Atu Zero menerusi laman Instagram berkongsi sebuah kisah yang cukup menyentuh hati apabila seorang majikan berbangsa Cina memberi kejutan istimewa buat salah seorang pekerjanya.
Menerusi ulang siar daripada sebuah portal, lelaki yang dikenali sebagai Datuk Calvin Khiu, pemilik MK Curtain telah memanggil seorang pekerja yang telah berkhidmat selama 10 tahun dengannya.
“Salam semua
Alhamdulilah
Kalau betul lahh memang terbaik ini cina
Baca sampai tamat
#Repost @lobakmerahmy with @get_repost
“Bagi korang yang familiar dengan Tik Tok, korang mesti kenal dengan seorang bos Cina yang sentiasa viral dengan video Tik Toknya yang menggunakan Bahasa Malaysia.
“Baru-baru ni, bos Cina tersebut memuat naik video Tik Tok terbaru yang menyentuh hati netizen ramai di Twitter. Fuh respect lah bos macam ni!
“Menerusi video tersebut, lelaki Cina bernama Khiu ni telah menjemput seorang pekerjanya yang berbangsa Melayu dan bertanya apakah impian lelaki tersebut dan adakah dia ingin pergi ke Makkah.
“Khiu kemudian membuat kejutan dengan memberi hadiah pakej umrah buat pakcik tersebut.
“Pakcik itu di hujung video mengucapkan terima kasih kepada Khiu dan sentiasa mendoakan kebaikan kepada bosnya.
“Korang mungkin kenal video-video Tik Toknya tapi tak ramai yang tahu Khiu ni sebenarnya bos besar bagi syarikat MK Curtain yang terlibat dalam industri menjual langsir.
“Menerusi siasatan netizen, Khiu ni mempunyai lebih 300 pekerja dan mempunyai pendapatan sebanyak RM40 juta pada tahun 2016 lalu.
“Video ini telah mendapat pujian rata-rata netizen yang sangat suka dengan sikap bos tersebut. Beruntunglah pakcik dapat majikan yang baik hati. Bukan senang tau nak dapat majikan macam tu zaman sekarang ni,” kongsinya.
Akhirnya rezeki pakcik. Alhamdulillah pic.twitter.com/GwppJbId3u
— Pasad (@MOFASAD) January 20, 2020
Hidup ini singkat, buatlah kebaikan sesama manusia kan. Tak rugi pun.
Foto : Instagram Atu Zero
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Rasa Serba Salah Sebab Ambil Masa Yang Agak Lama Untuk Plan Kahwin,”- Zamani
Vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim meluahkan rasa terharu kerana kekasihnya yang dikenali sebagai Julie atau mesra disapa Miss J kerana tidak putus-putus memberikan semangat buatnya.
Menerusi perkongsian Youtube Begitu Begini DJ Nazz, Zamani memuji sikap Ju yang sangat memahami kariernya sebagai seorang anak seni.
“Saya berterima kasih dengan Julie sebab dia banyak membantu dan menyokong saya dari segi luaran dan dalaman.
“Saya pilih dia sebab dia sangat memahami saya dan pengorbanan dia terlampau besar pada saya. Jadi, memang wajar sangatlah saya pilih dia.
“Setahu saya, dia memang suka akan saya sejak dulu lagi,” kata Zamani ketawa.
Kongsi penyanyi berusia 48 tahun ini lagi, dia tidak mahu menoleh kebelakang seperti mana kisah lampaunya dahulu, sebaliknya mahu memberi tumpuan sepenuhnya pada masa yang akan datang.
“Kalau ikut pengalaman saya, jika perkara baik, kita boleh ambil dan jika sebaliknya, kita letak tepi.
“Kita kena teruskan hidup dengan cara yang betul. Kita perlu buat apa yang sepatutnya kita kena buat di dunia ini, seperti mana yang dituntut dalam Islam,” kata Zamani tenang.
Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga Gegar Vaganza Musim Ke-5 ini mengakui bahawa dia mengambil masa yang agak lama untuk mendirikan rumah tangga berikutan perkara yang pernah menimpanya seperti tahun-tahun sebelumnya.
“Macam saya, saya ambil masa yang agak lama untuk berkahwin ini sebenarnya saya rasa serba salah dengan diri sendiri kerana ambil masa terlampau lama.
“Hal ini kerana dalam Islam, kita disarankan untuk berkahwin, jadi perkara ini kurang lengkap dalam diri saya.
“Meski Allah bagi rezeki macam mana pun, hati saya rasa macam tak cukup tenang walaupun saya tengah gembira sebab ada benda yang masih kurang lagi” kongsi Zamani jujur.
Kongsinya lagi, dia kini mahu menjalani kehidupan seperti manusia biasa yang bercita-cita untuk mendirikan rumah tangga dan mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.
“Sejak saya buka hati saya semula untuk menjalani kehidupan normal, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kita hidup perlu berlandaskan garis panduan hidup,” jelas Zamani.
Video : Begitu Begini DJ Nazz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI