Menerusi perkongsian di laman Facebook Bersamamu, kelibat pelakon cilik hebat, Puteri Balqis nyata mengejutkan segelintir peminat industri hiburan tanah air.
Setelah sekian lama menyepi daripada dunia lakonan, Puteri dilihat berkongsi kesukaran hidup dalam rancangan popular tersebut.
Sedikit sedutan daripada program tersebut, kanak-kanak berusia 12 tahun itu mengulas perubahan hidup secara tiba-tiba itu cukup indah kerana tuhan tidak mahu mereka lupa diri.
Malah dia secara jujur mengatakan sering terputus makan selama dua atau tiga hari.
Ads
“Perubahan tiba-tiba itu indah sebenarnya. Tuhan tak mahu kami lupa diri. Terputus makan itu pernah dalam dua tiga hari tapi tak pernahlah sampai seminggu. Kami ikat perut,” jelasnya.
Ibunya, Norashikin Mohamad Aziz atau Nouryl juga meluahkan isi hati berkait dengan tahap kesihatan anaknya.
“Orang tak nampak benda itu. Yang orang nampak Puteri sudah okay. Orang nampak Puteri berlakon dan fikir dia sudah okay,” jelasnya.
Ads
Dahulu hidupnya dipuja…Puteri Balqis, dia juga insan yang diduga. Saksikan Bersamamu, 12 Januari 2020, 6.30 petang di TV3.Anda boleh salurkan sumbangan kepada akaun Maybank 1627-7719-0105 (Maybank) Norashikin binti Mohamad Aziz (ibu).Hulurkan tangan, Ringankan beban.
Sayu dan simpati dengan nasib kedua beranak ini, netizen meninggalkan reaksi di ruang komen.
Ads
Sekadar imbasan, menurut laporan Astro Awani, pelakon cilik ini didakwa netizen mengidap penyakit kronik pada peringkat awal dan sedang menjalani rawatan.
Foto : Facebook Bersamamu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali berkesempatan berbuka puasa bersama rakan penyampai radio senior, Halim Othman, baru-baru ini.
Kongsinya di akaun media sosial Instagram, Fizi atau nama lengkapnya Mohd Hafizudin Alimudin menyingkap detik awal dia terlibat dalam konti radio.
Menurut Fizi, Halim antara mentor yang banyak memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dunia penyiaran radio.
“Hari ni berbuka dengan papa. Eh salah Abang Halim. Tak sangka setelah bertahun jumpa kembali. Ni la mentor saya dan antara orang yang ajar saya dalam dunia radio.
“Sampai awal-awal orang cakap saya tiru Halim. Ada nak bgtau papa apa-apa nanti saya sampaikan. Eh papa lagi. Abang Halim,” tulisnya.
Pengarah pan pelakon, Michael Ang ada berkongsi beberapa lampiran gambar menerusi satu entri di Instagramnya yang telah dikemas kini.
Sambil memuat naik foto menu makan malam, perkongsian tersebut turut mendapat perhatian netizen apabila jarang sekali, dia mendedahkan figura remaja lelaki yang dikatakan anaknya itu.
Meski tidak mendedahkan wajahnya secara penuh, remaja lelaki yang dikenali sebagai Ryan, difahamkan telah mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.
“Salam semua. Dinner apa malam ni? Kita masak Herb Butter Steak n Prawn with Roasted Baby Potato n Salad! Gambar no 2 di Tuju Khai untuk @alifsatar medium rare ya.
“Gambar no 3 selalu Kau org tanya kenapa ada dua pinggan untuk anak I la! Hari ni makan awal Sebab anak I ada buat kerja part time Sebab bagi tuition kat budak Year 9.
“Lambat lagi aku nak bagi dia duit! Luv u all!,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata peminat turut memuji cara layanan Michael terhadap Ryan dan tak kurang yang turut memuji fizikal anaknya, meski wajahnya ditutup.
Foto: Instagram Michael Ang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bapa kepada penyanyi Sissy Iman, Aliff Mohammad Kamil memaklumkan operasi pembedahan anaknya itu berjalan dengan lancar dan berada dalam keadaan stabil.
Menurut Aliff yang mesra disapa ayahanda, penyanyi Tak Gundah itu bagaimanapun tidak boleh memperincikan mengenai prosedur yang telah dijalankan.
“Alhamdulillah pembedahan berjalan dengan lancar, dia sedang berehat. Segalanya berlaku dengan cepat.
“Tak tahu nak cakap dan jawab macam mana sebab ramai yang bertanya. Sissy tak maklumkan apa-apa dengan kami.
“Nak kata pembedahan tak major, berjam (makan masa) juga tunggu di luar bilik pembedahan,” jelasnya.
Terdahulu Sissy menerusi akaun Instagram pada Jumaat memaklumkan dia kini berada di hospital dan terpaksa ditidurkan susulan prosedur kesihatan.
Sissy menerusi posting sama turut memohon maaf andai ada terlanjur kata dan perbuatan.
Aliff menerusi Insta Stories hari ini turut menghargai setiap doa yang diberikan semua dan Sissy juga ada berkongsi perkembangan terkininya.