Menerusi perkongsian di laman Facebook Bersamamu, kelibat pelakon cilik hebat, Puteri Balqis nyata mengejutkan segelintir peminat industri hiburan tanah air.
Setelah sekian lama menyepi daripada dunia lakonan, Puteri dilihat berkongsi kesukaran hidup dalam rancangan popular tersebut.
Sedikit sedutan daripada program tersebut, kanak-kanak berusia 12 tahun itu mengulas perubahan hidup secara tiba-tiba itu cukup indah kerana tuhan tidak mahu mereka lupa diri.
Malah dia secara jujur mengatakan sering terputus makan selama dua atau tiga hari.
“Perubahan tiba-tiba itu indah sebenarnya. Tuhan tak mahu kami lupa diri. Terputus makan itu pernah dalam dua tiga hari tapi tak pernahlah sampai seminggu. Kami ikat perut,” jelasnya.
Ibunya, Norashikin Mohamad Aziz atau Nouryl juga meluahkan isi hati berkait dengan tahap kesihatan anaknya.
“Orang tak nampak benda itu. Yang orang nampak Puteri sudah okay. Orang nampak Puteri berlakon dan fikir dia sudah okay,” jelasnya.
Sayu dan simpati dengan nasib kedua beranak ini, netizen meninggalkan reaksi di ruang komen.
Sekadar imbasan, menurut laporan Astro Awani, pelakon cilik ini didakwa netizen mengidap penyakit kronik pada peringkat awal dan sedang menjalani rawatan.
Foto : Facebook Bersamamu