“Tersangat Biadap, Kategori Bangs*t,”- Kena Tuduh Guna Duit Arwah Abam Untuk Projek Kebun Durian, Ali Putih Tempelak Individu Ini!

Share

Pelawak dan pengacara, Ali Puteh tidak dapat menyembunyikan rasa bengangnya terhadap komen seorang individu yang mendakwa dia menggunakan wang kepunyaan arwah abangnya yang juga merupakan pelawak, Abam Bocey untuk memulakan projek kebun durian miliknya sendiri.

Menurut Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, komen tersebut disifatkan amat keterlaluan dan dia juga turut berharap agar individu tersebut segera bertaubat.

“Ya Allah, masih ada lagi manusia begini hidup di muka bumi ni. Kalau masih hidup cepat-cepatlah bertaubat. Takut esok-esok pergi ke negeri abadi masih tak dapat maaf dari saya.

“Terlalu biadap sangat smpai kate saya makan duit arwah abang saya abam. Macam manalah nak cari manusia ni. Tersangat biadap, kategori bangsat,” tulisnya.

Rasa amarah itu dikongsikan oleh anggota kumpulan lawak Puteh itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Katanya lagi, dia juga merasakan individu tersebut harus membuat permohonan maaf kepadanya diatas pertuduhan melulu yang dilemparkan keatanya itu.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat buat Ali selain turut menasihatinya untuk tidak mempedulikan komen-komen negatif itu.

“Sabar bang. Dia tengah transfer pahala dekat abang tu. Dosa abang dia ambil. Sabar banyak-banyak.

“Haihh benda dah lama pun dia ungkit-ungkit. Report je Instagram dia biar dia tahu.

“Sabar ye Ali, just ignore orang yang macam ni.

“Abaikan manusia yang bersifat busuk hati. Teruskan dengan kehidupan yang indah,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Baru-baru ini, Ali ada memaklumkan dia dan keluarga bakal mengusahakan kebun durian milik mereka sendiri yang dijadualkan akan mula berbuah dalam tempoh lima tahun lagi.

Pada masa sama, Ali turut mengumumkan dia dan isteri bakal menimang cahaya mata ketiga pada hujung tahun ini.

“Satu kepuasan bila mana keluarga kecil ini tersenyum gembira. Syukur alhamdulillah. Insyaallah baby baru hujung tahun ni. Semoga dipermudahkan isteri saya. Syed atau Sharifah? hehehe suprise.

“Insyaallah panjang umur murah rezeki 5 taun lagi tak payah beli durian dah. Ambil dekat kebun je…hehehheh,” kongsinya lagi.

Sekadar informasi, Ali dan isterinya, Melati Fitri Abdullah telah pun mendirikan rumah tangga pada Mei 2016.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu, Sharifah Nur Aaira Qaireen, Sharifah Nur Ainul Mardhiah dan Syed Umar Iskandar.

Bagaimanapun, Sharifah Nur Ainul Mardhiah telah pun meninggal dunia selepas hampir tiga bulan dilahirkan akibat masalah komplikasi jantung.

Sumber: Instagram Ali Puteh

Published by
Aizam Manaf