
Selebriti dan usahawan berjaya Neelofa sekali lagi mencuri perhatian semua apabila tampil mengenakan tudung jenis bawal lengkap bersama purdah.
“Effortless yet stylish, Liya is ready to invade your looks soon,” tulisnya ringkas.
Lantas, foto yang dimuat naik bekas hos MeleTOP menerusi Instagram itu menerima reaksi pelbagai warganet.
Rata-ratanya memuji penampilan figura terkenal ini yang dilihat memakai tudung bawal dalam warna ungu cair.
Sehingga kini, perkongsian berkenaan sudah pun menerima lebih 300,000 tanda suka daripada peminat bersama ribuan komen.
Oktober tahun lalu, Neelofa membuat keputusan untuk berniqab dalam usaha untuk memperbaiki keperibadiannya dalam menghadapi hari-hari mendatang.
Perkara tersebut diberikannya menerusi satu kenyataan ringkas yang diedarkan kepada media dan sekali gus memohon semua pihak mendoakan dia lebih istiqamah dalam memperbaiki diri.
Foto: Instagram Neelofa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berkelulusan Ijazah Ukur Bahan UTM, Penerbit Norley Aimi Nadiah Bertuah & Beruntung Dapat Tunjur Ajar Suami

Tidak dinafikan, idea yang lebih segar, jalan cerita yang menarik selain pemilihan pelakon yang berkaliber menjadi antara intipati penting dalam menghasilkan sesebuah naskhah filem atau pun drama.
Bagi penerbit Mache AllStar United Sdn Bhd, Norley Aimi Nadiah Shaari, 35, mereka cukup menitikberatkan aspek berkenaan dalam penerbitan memandangkan ia kunci untuk sesebuah karya itu diterima baik penonton.
“Untuk menghasilkan sesebuah naskhah bukanlah satu perkara yang mudah memandangkan kita perlu teliti daripada pemilihan cerita, kru dan pelakon hinggalah ke proses suntingan akhir.
“Semua itu perlu berkait rapat dan perlu bekerjasama untuk menghasilkan sebuah produk yang bermutu. Kalau viral itu bonus buat semua,” katanya yang mesra disapa dengan panggilan Nadia.
Menariknya, sempena kehadiran Ramadan kali ini, dia gembira apabila tiga buah naskhah terbitannya menjadi pilihan tiga stesen televisyen tempatan.
Teruja dengan maklum balas awal yang diterima, Nadia gembira apabila kesemua pihak tersebut percaya kepada syarikat mereka untuk menerbitkan drama sempena kedatangan Ramadan kali ini.
Bermula 3 April ini, Nusyuz Berkiblat Cinta akan ditayangkan di Astro Ria dan Mem & Bibik-Bibik pula menerusi TV3 manakala Republic Of Gombak pula menghiasi slot TV9 mulai 14 April ini.
Bagi Norley, dia beruntung kerana dapat menggunakan khidmat pelakon popular untuk kesemua produk di bawah kendaliannya.
“Apabila kita datang dengan naskhah yang baik, sudah tentu pelakon juga memainkan peranan yang penting. Kami bertuah kerana dapat menggunakan nama-nama besar untuk semua drama.
“Bukan mudah untuk menyelia tiga buah penerbitan dalam satu masa. Apatah lagi dalam keadaan sekarang di mana kebanyakan pelakon terikat dengan banyak komitmen lain,” tambahnya lagi.
Untuk Nusyuz Berkiblat Cinta, mereka menggandingkan Emma Maembong dan Fikry Ibrahim sebagai teraju utama dalam naskhah mengenai kisah penderaan rumah tangga.
Manakala Mem & Bibik-Bibik pula, Zain Saidin dan Rozita Che Wan mengemudi drama ini selain pelakon undangan seperti Nabila Razali, Iqram Dinzly, Adibah Nor, Bell Ngasri dan ramai lagi.
Drama komedi Republic Of Gombak pula mengisahkan tentang perseteruan dua keluarga yang melibatkan pelakon Farouk Husaain, Amyza Aznan, Azza Elite, Afieq Syazwan, Myra Natasha, Ayuni Rizal dan ramai lagi.
Kata Nadia, dia beruntung kerana mendapat tunjuk ajar daripada suami, yang terlebih dahulu ‘terjun’ ke dalam bidang ini.
Suaminya, Arisz Ab Rahman terlebih dahulu bergelumang ke dalam bidang penerbitan dan telah menghasilkan banyak produk termasuklah Pujaan Hati Kanda, Lelaki Mu Yang Dulu dan Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis.
Mereka juga pernah mencetuskan fenomena dengan drama Korban Kasih dan Senduk Kuali Kak Lina Pompom yang ditayangkan di RTM dan mendapatkan respons baik daripada penonton.
“Saya masuk ke dalam bidang ini secara tidak sengaja apabila suami mula beralih arah kepada bidang pembinaan dan hartanah.
“Memang kekok daripada peringkat awal tapi dengan sokongan yang diberikan, saya mampu mengatasi dan menjalankan kerja-kerja produksi dengan bantuan suami dan staf yang lain.
“Sekarang saya selesa menguruskan syarikat dan perlu bijak membahagikan masa untuk keluarga dan anak-anak,” tambahnya lagi.
Bagi Nadia yang berkelulusan Ijazah Ukur Bahan dari UTM, tidak ada apa yang akan menghalang wanita sepertinya untuk berjaya memandangkan sudah ada contoh wanita lain yang berjaya menguruskan produksi dengan baik.
Menjadikan anak jati Kedah, Datin Zaiton Mohd Jiwa dan Alahyarhamah Datuk Maznah Hamid ‘Iron Lady’ sebagai contoh dan idolanya, dia yang berasal dari Alor Setar juga mahu duduk sama tinggi dengan mereka pada masa hadapan.
View this post on Instagram
A post shared by Mache All Star United Sdn Bhd (@macheallstarunitedsdnbhd)
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kau Pun Dulu Teruk Jugak,” – Zul Handy Black Pernah Kena Kritik Dalam Berdakwah

Bekas penyanyi dan pelakon, Zul Handy Black mengakui pernah menerima kritikan atau menerima kata-kata negatif apabila menyampaikan dakwah.
Menerusi akaun Instagram, Zul ada berkongsi pengalaman dan cabaran yang dilalui. Malah. Zul turut senaraikan reaksi yang diberikan mereka andai ditegur.
“LAA ILAAHA ILLALLAH
bila tegur, banyak respon yang berbunyi :
1. Macam kau sorang masuk syurga.
2. Kubur masing masing.
3. Kau pun dulu teruk jugak.
4. Siapa kau nak tegur orang.
Dannn macam macam lagi la.
“Aku buat, sebab Nabi saw suruh buat kerja dakwah. Sampaikan walaupun sebaris ayat.
“Dakwah datang dengan pelbagai gaya, corak, bentuk dan kaedah.
Sahabat Nabi, ada yang berlembut, ada yang berkeras.
“Yang nak terima walaupun telinga bernanah dan hati berdarah, tu tandanya iman masih ada, dan Allah masih sayang, nak kita berubah ke arah yang lebih baik.
“Yang taknak terima tu…baiklah, aku bukan nak merampas keseronokan korang…tapi nanti, di akhirat, jangan aku dituntut apa apa lagi…,” tulisnya.
Jelas Zul atau nama sebenarnya Nurzul Suphia’an Sa’ban menyampaikan dakwah ini adalah satu tanggungjawab yang amat penting bagi dirinya sebagai umah islam.
“Sebab di dunia ni, aku dah cuba dan berusaha jalankan tanggungjawab aku…
Niat aku takde lain.
“Selain dari nak ajak seramai ramai manusia untuk sama sama berusaha untuk ke syurga Allah. Niat dakwah…LAA ILAAHA ILLALLAH…,” tulisnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by Da'i Allah swt (@zulhandyblack) on
Foto: Instagram Zul Handy Black
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pengorbanan Yang Sia-Sia,” – Fakhrul Unic Kecewa, Ada Yang ‘Selamba’ Langgar PKP

Tarikh 4 Mei bermulalah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang menyaksikan majoriti rakyat Malaysia mula kembali bekerja dengan bersyarat.
Namun apa yang menyukarkan keadaan adalah apabila masih ada yang seakan-akan berdegil dan tidak menghiraukan jarak sosial.
Lebih menyedihkan, sejurus pengumuman PKPB dibuat, berduyun netizen keluar membanjiri pasaraya bersama pasangan dan anak-anak.
Fakhrul Unic misalnya, turut melahirkan kekecewaan dan perkara tersebut dikongsikannya menerusi satu posting di Instagram.
Pada masa sama, dia turut menyatakan rasa simpati kepada petugas barisan hadapan dan rakyat Malaysia yang taat kepada perintah kerajaan.
View this post on InstagramA post shared by Fakhrul Radhi (@fakhrulunic) on
Majoriti netizen turut menyifatkan pengorbanan hampir tujuh minggu golongan berkenaan seolah-olah sia-sia.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan hampir semua aktiviti ekonomi akan dibenarkan beroperasi secara terkawal menjelang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula 4 Mei.
Perkara itu juga tertakluk kepada syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Foto : Instagram Fakhrul Unic
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI