Tular di media sosial sejak Khamis apabila beberapa keping foto pelakon Intan Najuwa dan Zul Ariffin bergambar mesra mandi laut mencetuskan perhatian di kalangan peminat.

Sekali gus, mengundang tanggapan yang pelbagai di kalangan netizen apabila ia mulai diperkatakan ramai.

Pada masa sama, perkara itu turut menarik perhatian Pencetus Ummah Syed (PU Syed) untuk menulis surat secara terbuka, membuat teguran berhubung perkara itu.

“Teguran terbuka buat Zul Ariffin dan Intan Najuwa.

“Tersebar gambar kalian berdua berpelukan seakan suami isteri di dalam air. Ambe tak mahu kongsikan  gambar tersebut kerana ianya sangat tidak senonoh walau apa jua alasan.

“Sebaiknya kalian bernikah shj dan sudah pasti boleh melakukan apa shj yg halal namun tetap ada betasnya. Sebagai seorg Muslim, syarak ada menetapkan sesuatu yg Halal dan Haram, apatah lagi kita semua mengatakan takut dihumban ke Neraka dan inginkan masuk ke Syurga.

“Namun kita lakukan perkara yg sebaliknya, seolah-olah teringin benar ke Neraka.

IKLAN

“Adakah terlalu murah Perintah dan larangan Allah ini sehingga kalian berani melanggarnya? Fikir-fikirkanlah,”tulis Syed menerusi posting di Instagramnya.

“Tersebar Gambar Kalian Berdua Berpelukan Seakan Suami Isteri Di Dalam Air,”- PU Syed Minta Jakim Buat Garis Panduan

Dalam pada itu, Syed turut meyarankan agar pihak berwajib khususnya mengeluarkan garis panduan bahkan menggubal undang-undang khas.

“Ambe rasa perlu Menteri Agama, dan JAKIM membuat satu garis panduan, bahkan menggubal undang2 khas membendung artis2 yg menunjukkan gaya kehidupan yg negatif ini agar kembali kpd landasan yg sebenar.

IKLAN

“Takzir sgt baik ke atas mereka,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sementara itu, Osman Ali selaku pengarah drama tersebut menafikan bahawa gambar berkenaan bukanlah sebahagian daripada gimik bagi menaikkan ‘rating’ drama itu.

Malah, Osman menjelaskan bahawa aksi mereka tidak ada dalam babak drama itu.

IKLAN

Sebaliknya, hanya babak berlari berkejaran di tepi pantai.

“Tersebar Gambar Kalian Berdua Berpelukan Seakan Suami Isteri Di Dalam Air,”- PU Syed Minta Jakim Buat Garis Panduan “Tersebar Gambar Kalian Berdua Berpelukan Seakan Suami Isteri Di Dalam Air,”- PU Syed Minta Jakim Buat Garis Panduan “Tersebar Gambar Kalian Berdua Berpelukan Seakan Suami Isteri Di Dalam Air,”- PU Syed Minta Jakim Buat Garis Panduan

Terdahulu, Zul sebelum ini ada memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujangnya tahun hadapan dan persiapan untuk ke arah itu sudah pun dilakukan.

Sementara Intan pula telah melangsungkan majlis pertunangan bersama usahawan yang dikenali sebagai Fazrul Anwar 18 Ogos lalu di Johor Bharu bersempena dengan ulang tahun kelahiran Intan yang ke-22.

Drama gandingan mereka, Setelah Ku Dimiliki itu kini ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3.

Foto: Instagram PU Syed/Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI