Pelakon terkenal dari Korea Selatan, Lee Min-ho diserbu ratusan peminat fanatik sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tengah malam Jumaat.
Menerusi video yang dikongsikan peminatnya di laman Twitter, mereka sanggup berasak dan bersengkang mata untuk menemui pelakon kacak itu dari jarak dekat.
Min-ho, 35, yang kelihatan tenang diawasi petugas keselamatan sempat melambai dan menghulurkan senyuman terhadap peminat yang setia menunggu kedatangannya.
Menerusi sebuah video yang tular, peminatnya terjatuh gara-gara berasak dan menolak antara satu lain sambil menjerit memanggil namanya.
Pelakon siri The Heirs itu hadir ke Malaysia demi menghiburkan peminatnya di Konsert Ulang Tahun Cuckoo Appreci8th di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, yang berlangsung malam ini.
Selain Min-ho, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga duta kepada barangan perkakas rumah Cuckoo turut diundang sebagai penyeri utama dalam konsert berkenaan.
Selain dua bintang terkenal itu, konsert ini turut mengundang penyanyi popular tanah air seperti Datuk Jamal Abdillah, Hael Husaini, kumpulan Dolla, Aina Abdul, Khai Bahar dan band Floor88.
Insiden peminat berasak-asak demi bintang Kpop bukanlah satu fenomena luar biasa, sebaliknya minggu lalu, perkara sama berlaku terhadap ahli kumpulan GoT7 yang diserbu peminat di KLIA sempena kedatangannya ke sini bagi memeriahkan persembahan Good Vibes Weekender yang berlangsung pada pada 24 September lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seorang selebriti pasti menjaga penampilan, bukan sahaja wajah malah mengekalkan bentuk badan yang kekal langsing juga amat penting. Tentu anda pernah terfikir bagaimanakah cara seorang selebriti mengekalkan berat badan mereka?
Sehubungan itu, team MH terpanggil untuk memberikan wanita jawapan kepada persoalan tersebut dengan berkongsikan cara bagaimana pelakon jelita asal Singapura, Datin Nur Atikah Mohd Suhaime atau lebih dikenali dengan nama pentas Atikah Suhaime menjaga penampilan serta mengekalkan kelangsingan tubuh badanya.
Terdahulu, suri hati pengasas jenama Zaitun, Datuk Lokman Teh ini pernah berkongsikan tips penurunan berat badan tanpa perlu berlapar. Menerusi hantaran di laman Tik Tok miliknya, Atikah Suhaime turut berkongsikan resipi menu diet yang diamalkan.
MH difahamkan sudah tiga bulan Atikah Suhaime mengamalkan menu diet ini. Menariknya, tips yang dikongsikan ternyata berjaya curi tumpuan warga maya.
Ternyata, Atikah Suhaime mempunyai cara tersendiri dalam rutin diet menerusi video yang dikongsikannya. Selain itu, pelakon Lagenda Budak Hostel ini dilihat tidak lokek sama sekali berkongsi rahsia bagaimana dia menurunkan serta mengekalkan berat badan.
Menu Diet ‘Confirm’ Kenyang! – Atikah Suhaime
Sekadar recap, Atikah Suhaime memulakan kerjaya televisyen pada 2010 di negara kelahirannya, Singapura seawal usia 19 tahun.
Malah, sejak bergelar isteri pada Januari lalu, Pelakon yang berusia 33 tahun ini dilihat amat bijak membahagikan masa menguruskan rumahtangga, kerjaya sebagai usahawan Zaitun dan mengamalkan rutin pemakanan dan gaya hidup sihat.
Atikah turut mengakui meski jarang melakukan senaman, dek kerana jadual seharian yang padat, namun dia tidak culas mengamalkan pemakanan yang sihat. Meskipun, menu diet yang diamalkan lebih kepada sayur-sayuran, namun tetap kenyang.
MH sempat meninjau ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati, Atikah Suhaime menerima pujian ramai di hantaran video berkenaan.
Terdapat wargamaya yang memuji menu diet yang dikongsikan Atikah Suhaime dan mengakui setelah mengikuti menu disediakan oleh pelakon jelita ini terbukti mengenyangkan mereka dan dalam masa sama berkesan menurunkan berat badan.
Malah, ada juga yang memuji kejelitaan aktres ini, kerana tidak kelihatan seperti berusia 30-an, sebaliknya terlihat awet muda seperti berusia 18 tahun!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pelakon dan pengacara popular, Uyaina Arshad mengangkat kisah hidup orang tuanya dalam video muzik (MV) Hingga Akhir Waktu yang dilancarkan pada Ahad.
Menurut Uyaina, arwah bapa Leftenan Komander Arshad ialah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang meninggal dunia ketika dia berusia lima tahun di New Zealand.
“Hingga Akhir Waktu adalah lagu yang ditulis bersama oleh Raja Syahiran. Interpretasi lagu ini luas. Bukan sahaja terhadap pasangan, tetapi cinta ibu bapa kepada anak anak, dan anak anak kepada ibu bapa.
“Malah kisah kedua ibu bapa saya adalah cerita yang kami angkat sebab ia adalah berdasarkan kisah sebenar. Arwah Baba saya adalah seorang anggota TLDM.
“Baba meninggal dunia ketika saya berusia lima tahun di New Zealand. Hampir 25 tahun berlalu, Ummi tak berkahwin lain dan membesarkan empat orang anak seorang diri.
“Bagi Ummi, erti Hingga Akhir Waktu adalah cinta bersama arwah suaminya dan kebahagiaan yang dikongsi bersama anak anak dan cucunya,” katanya.
Berkongsi lanjut lagu Hingga Akhir Waktu, idea asal bermula daripada suaminya Raja Syahiran dan jalan cerita melalui Uyaina sendiri, sementara lirik oleh Iky Asyraf, Raja Syahiran dan Uyaina.
Menariknya, dalam MV itu, Uyaina melakonkan watak ibunya, Siti Noor Farah.
“Saya memegang watak Ummi ketika muda dan abang saya yang nombor dua, Kapten Azameer Uzreem memegang watak sebagai arwah Baba waktu muda.
“Semoga lagu dan MV lagu Hingga Akhir Waktu dapat diterima baik. Saya tidak sabar nak melihat maklum balas daripada semua. Dalam masa sama, saya ingin mesej dalam lagu dan MV ini sampai,” katanya.
Sehingga kini muzik video berkenaan sudah pun menerima lebih 24,000 tontonan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...