Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro ada berkongsi rakaman aksi spontan seorang wanita yang dirakam berhampiran kawasan kediaman menerusi Instagram buat tatapan umum.
Melihatkan kepada video yang dikongsikan, wanita terbabit dilihat mengenakan bakul hingga menutupi kepala sementara kedua-dua belah tangan memegang dua botol pencuci baju.
“Terserempak makcik ni balik brekafast tdi..Inilah baru dinamakan Wanita…Hebat urus rumah tangga #doayangbaik2 #hebat #bukanlakonan,” tulisnya pada ruangan kapsyen di Instagram.
Pelakon senior, Azhar Sulaiman tidak menghalang hasrat anak perempuannya yang juga merupakan pempengaruh, Kasih Iris Leona untuk berkahwin pada pada tahun hadapan.
Menurut Azhar, setiap orang mempunyai hala tuju hidup yang berbeza dan begitu juga dengan anak-anaknya.
“Saya ada tiga orang anak dan kesemua mereka punyai pemikiran yang berbeza. Ia merupakan kombinasi diantara saya dan isteri. Mungkin Leona melihat dirinya sama seperti ibunya.
“Mungkin dia nak ‘settle down’ dan sudah mendapat segala yang dia inginkan. Mungkin kehidupan ideal buat dirinya adalah berkeluarga dan bukannya bersuka ria membujang lama-lama.
“Saya berkahwin pada usia 25 tahun. Bayangkan kalau saya tidak berkahwin pada ketika itu, mungkin sampai sudah saya tidak akan berkahwin. Allah sudah tetapkan inilah waktunya,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Budak Tebing 3 itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara malam kemuncak Anugerah Bintang Popular, baru-baru ini.
Menurut Azhar, dia tidak cerewet dengan siapa pilihan anaknya, namun, individu itu perlu mendapat restu dia dan isteri terlebih dulu.
“Apa yang penting bakal menantu saya perlu mendapat persetujuan saya dan isteri terlebih dulu. Kemudian saya mahukan seseorang yang mempunyai kelulusan akademik.
“Ini kerana, akademik sangat penting dan mustahak walaupun ada yang sukar mendapat kerja sekarang ini,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Azhar sempat berseloroh memaklumkan dia sebenarnya belum bersedia untuk bergelar datuk pada usia sekarang.
“Sebenarnya saya tak nak jadi datuk awal sangat. Namun, kalau saya sudah menjadi datuk, mesti cucu saya orang paling gembira.
“Saya pula ada banyak mainan-mainan best di rumah,” katanya lagi.
Terdahulu, Leona dilapor memasang niat untuk menamatkan zaman bujang pada tahun depan walaupun belum mempunyai calon suami.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Fasha Sandha menerusi Insta Story berkongsi cerita mengenai rupa paras anak bongsunya, Aisha Amaira yang dikatakan seiras dengan anak perempuan Puteri Sarah Liyana iaitu Sumayyah.
Fasha atau nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan, 38, mengakui ketika mengandungkan Aisya, dia memang gemar melihat dan merenung gambar yang memaparkan wajah Sumayyah yang disifatkan antara baby yang paling cantik pernah dilihatnya.
“Aisha dah besar dah sekarang. Kulit dia cantik dan muka dia ada iras Sumayyah sebab kak (Fasha) kan tengok gambar Sumayyah masa mengandung,” tulis Fasha.
Dalam perkongsian itu juga, Fasha sempat menitipkan kata-kata semangat buat Puteri Sarah yang kini sedang ‘berperang’ dengan masalah rumah tangga.
“Kak doakan yang baik-baik buat adik (Sarah), kuat untuk anak-anak dan terus berjuang!
“Terus bekarja, InsyaAllah bila kita busy, kita tak fikir sangat masalah-masalah tu. InsyaAllah, kak doa dipermudahkan,” tulis Fasha lagi.
Untuk info, Fasha mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Aisya Amaira yang kini berusia dua tahun.
Fasha turut mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Putra Rayfal Ramli, 9, dan Puteri Raysha Jemyma, 8 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Fattah Amin memilih pendekatan untuk berkampung di set penggambaran selama sebulan tanpa pulang ke rumah demi menjawai watak untuk filem terbaharunya, Kulit Wayang.