Pelakon Nazim Othman kini berada di kepulauan Maldives selama beberapa hari bagi menikmati waktu cuti dari sebarang komitmen lakonan.
Lebih menarik, liburannya kali ini menjadi perhatian peminat apabila bintang Cindai itu ada memuat naik sepotong video pendek yang merakamkan figura terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan di lokasi percutian sama!
View this post on InstagramTerserempak Shah Rukh Khan & Family bercuti kat sini jugak. 😋
A post shared by nazimothman (@nazimothman) on
Momen tersebut berjaya dirakam Nazim. King of Bollywood itu dilihat berjalan bersama anggota keluarga sambil diiringi beberapa petugas.
“Terserempak Shah Rukh Khan & Family bercuti kat sini jugak,” tulisnya ringkas menerusi ruangan kapsyen.
Serentak dengan perkongsian itu, para peminat terus memberikan pelbagai reaksi.
Ada di antara komen yang ditinggalkan mendapat reaksi daripada Nazim sendiri. Malah, ada juga rakan artis yang turut sama memberikan komen, termasuk Wany Hasrita dan Aprena Manrose.
Foto: Instagram Nazim Othman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Telan Kos RM13 Juta, Bina Kampung Lanun RM400,000 & Tampilkan Pelakon Gred A; Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang
Mengetengahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang menjaga keselamatan perairan negara, filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang sentuhan Allahyarham Pitt Hanif sarat dengan aksi mendebarkan yang pastinya menyentuh emosi untuk menarik penonton ke pawagam.
Filem genre aksi unit beruniform terbitan Flying Deals Sdn Bhd dan Arie Zaharie Production dengan kerjasama Maritim Malaysia itu menampilkan gandingan hebat dua aktor dan aktres popular tanah air iaitu Saharul Ridzwan dan Julia Farhana Marin selaku teraju utama.
Ia dimantapkan dengan penampilan barisan pelakon seperti Adlin Aman Ramlee, Datuk Fizz Fairuz, Sabri Yunus, Kodi Rasheed, Gambit Saifullah dan Aziz M Osman.
Pelakon lain yang turut terlibat ialah Sherie Merlis, Wanna Ali, Jaja Iliyes, Aman Nassim, Yuznor, Azlan Komeng, Hushairi Husain, Akmal Ahmad, Eqy Affandi, Iman Zulkarnain dan Trisha Ooi.
Penerbitnya, Muhammad Hady Yusry Makmor berkata, perancangan menerbitkan filem yang membabitkan kos sebanyak RM13 juta itu bermula sekitar 2017.
“Saya bersama Penerbit Eksekutif, Flying Deals Sdn Bhd, Rozita Mat Isa dan Jason Chong selaku penulis skrip mengemukakan kertas idea kepada Maritim Malaysia untuk menerbitkan filem. Kemudiannya, skrip dihasilkan dengan bantuan dan nasihat Maritim Malaysia melalui beberapa siri perbincangan dan penambahbaikan.
“Selepas mendapat kelulusan dan mendapat dana untuk projek filem kenegaraan dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), kami mula mencari rakan penerbit untuk memulakan penggambaran.
“Akhirnya, kami bertemu dengan penerbit, Arie Zaharie dari Arie Zaharie Production yang berminat untuk bekerjasama menerbitkan filem ini,” katanya.
Muhammad Hady Yusry berkata, penggambaran filem Coast Guard bermula pada 3 Ogos dan berakhir pada 24 Oktober 2019.
“Filem ini mula diarahkan pengarah Hashim Rejab dengan dibantu Allahyarham Pitt ketika itu. Bagaimanapun, Hashim terpaksa menarik diri kerana ada komitmen lain dan arwah Pitt mengambil alih mengarahkan filem sepenuhnya sehingga penggambaran selesai.
“Penggambaran filem mengambil masa selama 55 hari, membabitkan lokasi penggambaran sebanyak 65 peratus di kawasan laut dan pulau di sekitar Pulau Langkawi, Kedah. Selebihnya di Kuantan dan Gua Kota Gelanggi, Jerantut, Pahang,” katanya.
Mengulas penggambaran filem, kata Muhammad Hady Yusry, lebih seratus barisan pelakon dan kru termasuk pegawai khas dari Maritim Malaysia terbabit dalam penggambaran filem ini.
“Naskhah ini membabitkan kos tinggi kerana penggunaan aset ketenteraan iaitu tiga kapal besar, empat helikopter, 10 bot laju dan kelengkapan senjata api dan ‘machine gun’.
“Bagi menghidupkan babak, kami membina perkampungan lanun yang terpaksa diletupkan pada penghujung cerita dengan membabitkan kos RM400,000.
“Barisan pelakon seperti Saharul Ridzwan dan Julia Farhana juga menjalani sesi latihan ketat di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) selama sebulan membabitkan aspek protokol, penggunaan senjata api, perlawanan dan sebagainya lagi,” katanya.
Mengenai cabaran menghasilkan filem, kata Muhammad Hady Yusry, pihaknya berdepan dengan keadaan cuaca yang buruk termasuk ribut taufan yang melanda sepanjang penggambaran di Pulau Langkawi.
“Sepanjang 18 tahun terbabit dalam bidang pemasaran dan penerbitan filem, penggambaran filem Coast Guard adalah paling mencabar. Barisan pelakon dan kru terpaksa berkampung selama tiga bulan dalam kapal besar yang berlabuh di tengah laut untuk penggambaran filem.
“Kami juga perlu melihat jadual penggunaan aset ketenteraan Maritim Malaysia dengan keadaan cuaca, selain aset sedia ada perlu digunakan dalam operasi Maritim.
“Sehari selepas penggambaran selesai, arwah Pitt pula meninggal dunia. Rozita dan Arie terpaksa menyambung kerja penggambaran lagi dua peratus di lokasi darat pula.
“Bayangkan, kami terpaksa mengambil alih tugas pengarah untuk menvisualkan semula untuk proses suntingan akhir filem ini,” katanya.
Tidak ketinggalan, Muhammad Hady Yusry berkata, barisan pelakon utama turut berdepan detik mencemaskan ketika penggambaran babak aksi filem itu.
“Saharul berdepan detik mencemaskan dan hampir lemas di tengah laut ketika menunggu diselamatkan helikopter. Julia juga hampir lemas kerana topeng selam tercabut ketika menjayakan sesi latihan dalam air di AMSAS.
“Mujurlah pasukan penyelamat cekap bertindak bagi membantu menyelamatkan mereka,” katanya.
Ditanya sasaran kutipan filem, kata Muhammad Hady Yusry, hasil tinjauan dan maklum balas daripada pelbagai pihak dan pawagam, filem ini berpotensi mendapat sambutan hebat seperti filem Paskal dan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa.
“Saya juga mensasarkan filem ini akan mencecah kutipan sebanyak RM20 juta di pawagam nanti,” katanya.
Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang edaran Metrowealth International Group dan disokong FINAS, Primeworks Studios dan Media Prima Berhad. Tajaan membabitkan MyDebit, Peynet dan Starbucks.
Ia bakal ditayangkan di semua pawagam seluruh negara bermula 2 Februari ini, termasuk tayangan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam.
Coast Guard Malaysia: Ops Helang mengisahkan kisah kehidupan Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) APMM iaitu Leftenan Maritim Hafiz (Saharul Ridzwan) yang ingin memulakan kehidupan baru di sebuah pulau selepas mengalami Gangguan Stress Pasca Trauma (PTSD) akibat kehilangan rakan setugasnya dalam sebuah misi operasi.
Hafiz membawa tunangnya, Nurul (Jaja Iliyes) untuk tinggal bersama selepas mereka memutuskan untuk berkahwin.
Namun, ketika majlis pertunangan Hafiz dan Nurul, sekumpulan penjenayah yang tidak dikenali menyerang dan menculik Hafiz, Nurul dan ibu bapa serta beberapa tetamu lain termasuk beberapa Anggota APMM untuk dijadikan tebusan.
Pegawai Penyiasat APMM daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, Leftenan Maritim Melati (Julia Farhana) ditugaskan untuk menyiasat kes berjaya menyelamatkan Hafiz, Nurul dan bapanya.
Krisis terus meruncing apabila kumpulan penjenayah berterusan mencabar Hafiz dan APMM, lalu satu operasi besar-besaran diaktifkan sehingga kumpulan penjenayah terbabit tumpas.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] “Awesome Voice!,” -Duet Lagu Semakin Dengan Bella Astillah,Ramai Kagum Suara Serak Basah Aprena Manrose!
Pelakon Aprena Manrose dikenali sebagai seorang pelakon hebat yang sentiasa menghiasi kaca televisyen.
Namun,dalam diam, rupa-rupanya Aprena ini juga berkebolehan dalam bidang nyanyian.
Mana tidaknya, bakat nyanyian diwarisi dari ayahnya yang juga merupakan penyanyi dangdut yang popular sekitar tahun 90-an iaitu Iwan.
Menariknya,menerusi akaun Instagram bintang Suamiku Paling Sweet itu, dia ada berkongsi sepotong video yang melihatkan dia sedang duet dengan Bella Astillah menyanyikan lagu Semakin (Siti Sarah) bersempena dengan AJL malam ini.
View this post on InstagramA post shared by WAN SYAHERA PUTRI APRENA (@mrsaprenamanrose) on
Lalu, netizen mulai kagum dengan keunikan suara Aprena yang kedengaran seperti serak basah itu.
Wah! Memang sedap betul suara Aprena ni kan?
Benarlah kata pepatah,kemana tumpah kuah kalau tak ke nasi,kan?
Video : IG Aprena
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kak Lina Tetap Pemenang Di Hati…,” – Elly Mazlein Minta Yang Tak Berjaya Cuba Lagi, Jangan Nangis Tepi Sungai!
Penyanyi, pelakon dan hos, Elly Mazlein mengucapkan tahniah buat semua pemenang yang berjaya merangkul trofi masing-masing pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular ke-33 (ABP33), malam tadi.
Positif agar cuba lagi usaha tahun hadapan kepada calon yang tidak berjaya, Elly turut menyerikan acara tahunan yang bersiaran secara langsung menerusi TV3 itu menerusi lagu viral kini, Empat Dara 2020 bersama Faizal Tahir dan Zizi Kirana.
“Tahniah buat smua pemenang. Yang pengalah kite usaha lg tahun depan ya.
“Jangan nangis di tepi sungai..adee,” tulisnya pada kapsyen di Instagram.
Menerusi ABP33, Elly menerima empat pencalonan iaitu Artis Versatil, Pelakon TV Wanita, Pengacara dan Gandingan Drama Serasi Popular.
Bagaimanapun menerusi ruangan komen, para peminat turut memberikan pengharaan buat Elly selain turut memuji persembahannya.
Foto: Instagram Elly Mazlein
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI