HomeBerita“Tertanya-Tanya Mengapa Dia Perlu Katakan Begitu Kepada Arwah Abang Saya, Mereka Sudah...
“Tertanya-Tanya Mengapa Dia Perlu Katakan Begitu Kepada Arwah Abang Saya, Mereka Sudah Meninggal Dunia,” – Terkejut, Cik B Respon Isu Antara Ibu & Diva AA
Dilihat relak dalam menghadapi dugaan selepas seluruh keluarganya menjadi bahan hinaan pengacara popular Azwan Ali, anak kepada usahawan Datuk Seri Vida, Cik B, sejujurnya akui dia masih tidak menyangka kata-kata tersebut datang daripada seorang lelaki yang dia hormati.
Malah jelas Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, dia mengenali Azwan Ali atau lebih popular sebagai Diva AA sebagai seorang yang sangat baik dan merendah diri.
“Saya seperti tidak percaya Uncle Azwan boleh katakan begitu kepada mama kerana dia sangat baik dan merendah diri. Namun apabila dia keluarkan kata-kata begitu, saya tidak percaya itu diri dia.
“Saya terkejut dan menyesal kerana saya minat dia. Saya tengok sekali sahaja video tersebut kerana tidak sanggup mendengar makian terhadap mama, saya sedih.
“Saya ingin berpesan kepada Uncle Azwan Ali supaya dia tidak lagi mengeluarkan kata-kata tidak elok. Saya berharap kita dapat selesaikan dengan cara baik dan tidak perlu saman menyaman.
“Saya harap Azwan dapat memohon maaf supaya semuanya selesai,” jelasnya kepada MH.
Gadis ini turut mempersoalkan tindakan Diva AA yang didakwa mempersenda kematian dua abangnya dalam tragedi kebakaran serta mengaitkan anggota keluarga dalam pertelingkahan bersama ibunya.
Ads
“Saya tertanya-tanya mengapa dia perlu katakan begitu kepada arwah abang saya? Mereka sudah meninggal dunia dan tiada salah pun dengan Uncle Azwan Ali.
“Dia bukan sahaja memaki mama, namun kepada saya juga. Pada mulanya dia hanya memaki mama namun selepas saya melayangkan status di Twitter, di mula menyerang saya pula.
“Saya hanya menganggap ia sebagai gurauan, namun tidak sangka menjadi begini,” katanya sejurus sidang media yang dianjurkan ibunya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mengambil pendekatan positif dan tidak mahu tenggelam dalam emosi, usahawan muda ini menambah, ibunya perlu diberi sokongan kuat daripada segi mental dan emosi.
Ads
Sebab itulah, Cik B dilihat sering berseloroh dengan gurauan demi memujuk ibunda tercinta.
“Walaupun saya nampak bersahaja, namun sejujurnya saya sedih melihat mama menangis, cuma saya tahan air mata. Saya malu menangis di hadapan orang.
“Saya memujuk mama dengan cara yang santai dan gurauan. Saya katakan apa sahaja kutukan itu sebenarnya berbalik kepada diri sendiri. Macam dia katakan mama gemuk, jadi saya balas, tidak perlu risau kerana Uncle Azwan pun gemuk juga (ketawa),” ulasnya lagi.
Ads
Dalam perkembangan lain, Datuk Seri Vida memfailkan tuntutan saman malu terhadap Azwan Ali di mana menurut tuntutan berkenaan, Azwan Ali diminta membuat permohonan maaf secara terbuka atas segala penghinaan terhadap DSV dan anak-anaknya dalam masa 48 jam di media sosial.
Malah, Vida turut menuntu Azwan untuk menandatangani perjanjian menarik kembali kenyataan dan video yang dimuat naik di laman sosial miliknya.
Terkini, Azwan menerusi satu sidang media di Putrajaya, memohon maaf dan melunaskan kesemua tuntutan yang dikenakan terhadapnya.
Pelakon, Nur Fazura menitip ucapan hari jadi buat sahabat baiknya yang juga pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin.
Menurut figura jelita itu, Rizman seorang sahabat yang baik dan pelakon itu sentiasa mendoakan kesejahteraan pereka fesyen tanah air berkenaan.
“Today is your birthday! Tak perlu nak cakap lagi lah betapa besties nya kita ni kan? Nak doa sentiasa especially on your birthday today.
“Syukur Alhamdulillah.. dah banyak doa-doa you dimakbulkan dan banyak limpah kurnia rezeki yang cukup membahagiakan.
“Semoga setiap hari-hari yang mendatang akan membawa lebih banyak kebaikan dalam diri, semakin matang, dikurniakan rahmat, keredhaan dan kemuliaan Allah SWT.
“Semoga dipermudahkan segala urusan, dikurniakan keluarga bahagia dan anak yang solehah.. Aminnn! Kasih buat sahabat ku lillahitaala. Happy birthday,” tulisnya.
Penyanyi Datin Alyah atau nama sebenarnya Hasliah Abu Hasan ada berkongsi cerita mengenai kisah hidupnya selepas diundang sebagai tetamu jemputan untuk program Naura Shares.
Penyanyi lagu Tak Mungkin Kerana Sayang ini memberitahu perihal hubungannya bersama Yang Maha Pencipta.
Kongsi Alyah, dirinya dulu sangat alpa dengan duniawi namun kini semuanya berubah selepas mencuba untuk mencari kerehdaan Allah SWT.
“Dulu saya amat kesah tentang apa pandangan orng terhadap saya. Setelah saya mempelajari apa tujuan hidup dan kemana kita selepas hidup.
“Alhamdulillah saya Sedang berusaha utk Allah swt kesah tentang saya. Walau seburuk mana pon kita dimasa lampau, tiada manusia bole menghakimi kita. Kerna Baginda Rasul SAW juga tidak pernah melakukannya.
“Dan Allah swt maha pengasih ,maha penyayang juga maha pengampun. Dia akan menanti kita di penghujung. Usahakanlah penghujung yg baik wlu pun permulaan kelam dan kelabu.
“Jadi ikhlaslah dlm segala hal kerana Allah SWT. Berbuat baik selagi mampu, semoga kita dipandang Allah swt nanti di sana dgn pandangan kasih dan syg Amin3,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Program bual bicara Naura Shares disiarkan pada setiap Jumaat, jam 9 malam di saluran Naura (125). Semoga perkongsian Alyah dapat dijadikan sebagai panduan hidup kepada semua.
Foto: Instagram Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan kekesalannya apabila berterusan menjadi mangsa kejian dan kutukan netizen.
Kali ini, rumah pula yang menjadi isu. Kisahnya, rumah Aliff disenaraikan antara rumah terhebat di ‘page’ Home Of The Rich, namun lain pula yang dilihat netizen.
Melalui komen-komen netizen, ada yang menuduh Aliff hidup senang kerana bantuan keluarganya, malah ada yang turut mengaitkan pekerjaan bapa penyanyi Bobo Di Mana itu.
“Sedih dgn perangai org malaysia yg jenis mcm ni. Bila rumah saya diletakkan antara rumah terhebat oleh page @homesoftherich page antara rumah2 yg menjadi perhatian DUNIA.
“Saya rasa bangga sebab rumah tu usahakan saya SENDIRI BKN ROMPAK DUIT KORANG,tapi ada juga bawang2 malaysia ni yg mendengki komen saya tinggalkan bapak saya sebab malu pengawal keselamatan la,kaya duit mak bapak la,x bayar tax la.
“Sampai ke sana hati busuk sempat nak kutuk sana sini gigih mencari,” tulisnya.
Susulan itu, ramai yang meninggalkan komen memberikan kata-kata sokongan kepada Aliff.
Sebelum ini, Aliff dan isteri berdepan dengan kritikan hebat berkaitan dengan anak angkat mereka, Qayyum yang dipercayai didera pengasuhnya. Namun, penjelasan rapi telah diberikan olehnya.
Foto/Instagram: DS Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datuk Awie, meluahkan rasa gembira atas perkembangan hubungan sahabat baiknya, Erra Fazira, yang kini dikatakan semakin rapat dengan usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai 'Mr. E'.