“Tertanya-Tanya Sama Ada Bacaan Al-Fatihah Betul Atau Tak,” – Altimet Lancar Aplikasi Kempen Fasih Al-Fatihah

Share

Bacaan Al-Fatihah merupakan satu antara 13 rukun solat bagi umat Islam.

Di atas sebab itu, rapper Altimet mengambil inisiatif mewujudkan aplikasi Recite bagi membantu mereka yang ingin memperbaiki dan menguatkan penghayatan bacaan surah ini.

Jelasnya, pembaca hanya perlu memuat naik aplikasi Recite dan menghantar bacaan Al-Fatihah, ia kemudian akan dinilai dan dibetulkan oleh asatizah (ustaz dan ustazah) secara audio dalam masa kurang 24 jam.

“Ni ada masa lebih ni, boleh la check, betulkan balik apa yang kurang. Siapa yg rasa AlFatihah dia kurang memuaskan boleh try app kami, check AlFatihah sebanyak yg mampu.

“Guna feature #fasihalfatihah kami. @reciteapp boleh download kat AppStore & Google Play. Moga membawa manfaat,” kongsinya.

Menurut keterangan di laman web Mufti Wilayah Persekutuan, membaca Surah al-Fatihah di dalam solat adalah rukun solat bagi setiap rakaat sama ada solat sunat ataupun fardu.

Dalam kata lainnya, tidak dikira solat seseorang itu sekiranya dia tidak membaca Surah al-Fatihah.

Surah al-Fatihah perlu dibaca dengan bacaan yang betul lagi sahih dengan meraikan bacaan dengan baris yang betul berserta dengan tajwid dan makhrajnya.

Tambahnya, hendaklah bacaan al-fatihah dibaca dengan jelas melalui lidah sebatas pendengaran kita, dan tidak pula sehingga ke tahap mengganggu makmum yang bersebelahan.

Foto : Instagram Altimet & Laman Web Mufti Wilayah

Published by
Noraini Abd Wahab