Di laman media sosial kelmarin telah tular gambar x-ray seorang bayi berusia 10 bulan, Muhammad Naufal Hakim tertelan pin tudung.
Menurut sebuah sumber, kejadian tidak diingini ini telah berlaku pada Jumaat lalu dan pihak hospital berkata bahawa Naufal telah dibedah kelmarin dan pin yang tersangkut pada paru-parunya juga telah selamat dikeluarkan.
Kini Naufal sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan difahamkan keadaannya juga stabil dan masih di bawah jagaan doktor.
Kejadian ini difahamkan terjadi apabila Naufal yang pada waktu itu sedang didukung oleh ibunya telah menarik pin tersebut pada tudung ibuya itu dan memasukkan objek yang berukuran kira-kira tiga sentimeter itu ke dalam mulutnya.
Sumber juga mengatakan, berdasarkan maklumat dari laman sosial, kejadian ini telah menyebabkan Naufal mengalami luka yang agak dalam dan serius.
Kadang-kadang perkara sebegini yang tidak kita jangka akan terjadi dan ianya sangat membahayakan nyawa.
Kepada ibu dan bapa atau penjaga diminta untuk sentiasa berhati-hati dalam menjaga anak kecil yang masih tidak faham dengan dunia sekelilingnya. Berhati-hatilah dalam meletakkan barangan yang berbahaya dan bersaiz kecil merata-rata sehingga boleh dicapai oleh anak anda.
Semoga kejadian yang berlaku ini diambil iktibar oleh semua agar perkara seperti ini tidak lagi berulang kerana ianya benar-benar bahaya dan boleh meragut nyawa.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Macam Tak Percaya Dulu Kos Kahwin Kami RM700 Je,” – Kata Aeril…Tapi Netizen Kata Biar Murah, Namun Bahagia Sampai Sudah
Tujuh tahun melayari bahagia bersama, Aeril Zafrel menerusi laman Twitter memuat naik kapsyen cukup memberi makna.
“Bila ingat balik, macam tak percaya plak. Dulu kos kami kahwin RM700 je. Haha,” tulisnya ringkas.
bila ingat balik,macam tak percaya plak. dulu kos kami kahwin rm 700 je.haha?? pic.twitter.com/meVZXzSj3H
— AERIL ZAFREL (@aerilzafrel) January 27, 2019
Aeril dan Wawa Zainal antara pasangan selebriti yang cukup romantis dan selalu menghiburkan peminat dengan gurauan manja di laman sosial mereka.
Kagum dengan sifat bersederhana pelakon kacak ini, netizen menyarankan agar dia berkongsi tips bagaimana mengurangkan kos untuk berkahwin.
Malah, perkongsian Aeril turut membuka mata peminat bahawa nilai yang mahal tidak menjamin kebahagiaan yang kekal.
Foto : Twitter Aeril Zafrel
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tolong Jangan Buat Nur 3,” – Jalan Cerita Kian ‘Annoying’, Netizen Mohon Tiada Sequel & Ini Respon Pengarahnya
Menerima ribuan mesej menyatakan ketidakpuasan hati terhadap perjalanan watak dalam Nur 2, pengarah Shahrulezad Mohameddin menjelaskan setiap apa yang dipaparkan punya maksud tersirat dan pengajaran tersendiri.
Malah, ada netizen mendakwa jalan ceritanya menjadi ‘annoying’.
“Tolong jangan buat dah drama Nur season 3. Takut pulak ayah haji kahwin dengan gadis Lorong, mak adan kena stroke sebab terkejut. Madi jadi bapak ayam.
“Ecah buka kedai jual sup bunjut lepastu kahwin dengan warden penjara. Adam kahwin 2. Nur aku takdak idea dia nak jadi apa better dia p kerja dekat baskin robin jelah makan aiskrim hari2 asyik kesian dekat orang pun tak guna. Haihh annoying betoi hahaha.”
Katanya, tidak mampu menjelaskan satu persatu kekecewaan penonton, namun bagi pengarah ini, situasi itulah yang sebenarnya berlaku dalam realiti yang mana penonton tidak mahu menerima hakikat.
“Kalau ikutkan hati abam ni abam nak ulas satu persatu komen penonton/netizen yg memberi reaksi terhadap kebodohan/naive Nur, Ecah dan Adam dalam medsos.
“Kalau boleh abam nak suap satu demi satu pengajaran atau maksud yg tersirat disebalik kejadian atau peristiwa yg berlaku dalam keluarga itu.
“Tapi abam sedar abam tak mampu berbuat demikian. Terlalu ramai yg tak puas hati dengan tiga watak ini yg mana abam rasa sedikit upset. Abam bukan upset dengan watak atau cerita abam.
“Tapi abam upset bila mostly penonton Nur masih lagi gagal untuk memahami kenapa abam design watak mereka sedemikian.
“Dalam pada masa sama mereka berteriak mahu cerita yg berpijak di bumi nyata dan realistik tapi dalam pada masa yg sama jugak mereka memilih untuk tidak mahu menerima realiti wujudnya watak watak sedemikian.
“Kalau boleh mereka nak menonton cerita Nur ni seumpama menonton sebuah gusti WWF yg mana setiap pukulan mesti dibalas saat itu jugak.
“Mereka seolah olah benci dengan Nur yg bodoh dan bengap itu walaupun watak Nur sebenarnya adalah cerminan segelintir wanita yg sorry to say memang ada yg senaif dan sebodoh Nur dan Ecah.”
Tulisnya lagi, Nur adalah mengisahkan kehidupan wanita di luar sana yang naif dan terlalu percayakan manusia.
Malah, tegasnya, tiada babak berlawan gusti dan Nur bukanlah superhero yang mampu bangkit sekelip mata melawan kekejaman.
“Cerita Nur 2 memang abam tujukan khas untuk perempuan2 dan lelaki2 naif dan lurus bendul diluar sana. Angkara Percaya Tergadai Bahagia. Sekiranya korang mengharapkan Nur bangkit balik dalam masa sekelip mata umpama watak watak hero dalam comic Marvel. Korang tersilap channel sebenarnya.
“Cerita Nur2 sangat simple mesejnya walaupun konflik dan plotnya kelihatan gelap pekat. Nak tahu apa mesejnya? Sila tunggu sehingga akhir. Itupun kalau korang bukan sejenis tak sabar atau cepat koyak. Again. Cerita Nur2 adalah mengisahkan kenaifan segelintir dari kita yg kerana terlalu percaya maka tergadai bahagianya. Itu saja.
“Ironinya semakin ramai wanita2 DM abam bercerita pasal dilema hidup mereka dalam berdepan dengan lelaki2 seperti Hamadi. Bila abam tanya kenapa tak keluar dari bubble itu.
“Mereka menjawab sama macam kenapa Aishah masih tak mampu untuk keluar dari cengkaman Hamadi. Ada yg dah berbelas tahun anak dah berderet. Bodoh? Ya mereka mengakui memang mereka bodoh.
“Apa yg mereka harapkan semoga Allah memberikan mereka kekuatan untuk bangkit. Aminnn,” tulisnya panjang lebar menerusi Instagram.
View this post on InstagramA post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat) on
Apapun, Nur 2 tetap mempunyai peminatnya tersendiri dan masing-masing pun berhak memberikan pandangann. Betul tak?
Foto – Instagram Budak Ijat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Entahlah, Apa Untungnya Aku Nak Menipu,” – Netizen Tuduh Lamborghini Hanya Sewa, Terbaik Respon Aeril Zafrel
Susulan kenyataan pelakon Aeril Zafrel yang mahu menjual kenderaan mewah, Lamborghini Aventador miliknya, terdapat dakwaan daripada seorang netizen mengatakan kereta tersebut hanya merupakan sewaaan semata-mata demi ‘content’ media sosial.
Menerusi laman Instagramnya, Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Sunari, 34, berkongsikan mesej (DM) yang diterima daripada seorang individu yang mendakwanya menipu tentang status sebenar kenderaan mewah berharga RM2.27 juta itu.
“Kalau betul sewa sembang macam beli hak milik kekal itu, itu menipu namanya.
“Bagi tahu sahaja jujur nak merasa bawa Ferrari jadi sewa sahaja mampu, InsyaAllah ada rezeki dapat beli. Mesti netizen salute dan doakan.
“Tengok kalau betul mereka sewa ramai je netizen doakan yang baik-baik apatah lagi kalau jujur mesti lagi orang adore. Kenapa perlu nak menipu demi content?” tulis individu berkenaan.
Aeril kemudiannya hanya membalas ringkas menerusi kapsyen dalam posting tersebut: “Entahlah, apa untungnya aku nak menipu.”
Bapa kepada empat cahaya mata itu merancang untuk menjual kenderaan berwarna kuning tersebut selepas sebulan dihadiahkan oleh isterinya, pelakon dan usahawan, Wawa Zainal.
Menurut Aeril, dia hanya mahu merasai pengalaman memandu Lamborghini Aventador dan setakat ini berpuas hati apabila sudah dapat melalui momen tersebut.
Sekadar informasi, Aeril mendirikan rumah tangga dengan Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 31, pada 2013.
Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 9, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 7, Ayya Soffya, 3, dan Muhammad Fahri yang kini berusia enam bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Aeril Zafrel
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI