
Berkongsi rakaman menunjukkan salah seorang anak kembarnya, Muhammad Razil Azrai atau lebih mesra disapa Azil sedang menikmati nasi kukus, Zarina Zainuddin dilihat sedang menemani anak sulungnya.
Ulas Zarina, anak autism ini makan mengikut sunnah Rasulullah SAW dan dilihat cukup menikmati hidangan tengaharinya.
“Tengah pusing2 jalan2 nampak gerai nasi kukus ..adam cakap saya nak ibu…berenti makan..adam dah siap makan dah nak tunggu teruna sorang ni makan betul2 ikut sunnah.”
Teruja melihat anak istimewa ini makan dengan cukup tertib, netizen turut memuji apabila Azil mengunyah dengan lama sebelum menelannya. Kata mereka, elok untuk penghadaman.
MH memang cukup kagum melihat bagaimana Zarina melayan dua anak istimewanya dengan sabar dan cukup tabah. Lihat sahaja bagaimana perkembangan kedua-duanya, cukup tertib dan sopan.
Foto – Instagram Zarina Zainuddin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Noki K-Clique Diserang Demam Denggi Ketika Di Lokasi Shooting, Pengarah, Shuhaimi Lua Perjelas Situasi Sebenar

Pengarah dan penerbit, Shuhaimi Lua tampil menjelaskan mengenai situasi sebenar suasana di lokasi pengambaran sebelum salah seorang pelakon drama arahannya yang juga merupakan rapper, Noki dilaporkan mengidap demam denggi.
Menurut Shuhaimi, pada awalnya, Noki sememangnya telah didapati positif Covid-19 selepas melakukan saringan kit ujian pantas (RTK) antigen.
Namun, setelah diikuti pula dengan ujian Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) sebanyak dua kali, Noki kemudiannya telah pun disahkan negatif daripada wabak berkenaan.
“Debaran saya pada 04 hari bulan Oktober bila Noki didapati positif Covid melalui test RTK. Lepas tu diikuti Test PCR kali 1 dan 2 semuanya negatif,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh pengarah drama, Oh My Hantaran itu menerusi posting terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Jelas Shuhaimi lagi, pihaknya hanya menyedari mengenai demam denggi yang dialami Noki sewaktu mereka sedang berkumpul di Sungai Besar, Sabak Bernam sebagai persediaan untuk menghabiskan sesi pengambaran yang tertangguh.
Pada ketika itu, beberapa bintik-bintik merah telah kelihatan pada wajah Noki lalu pihak produksi terus membawanya ke klinik untuk menjalani pemeriksaan.
“Pada 12 hari bulan Oktober kita semua berkumpul dengan niat akan meneruskan shooting di Sungai Besar selama seminggu untuk menghabiskan scene kampung episod 1-5 tapi bila berjumpa dengan Noki kami nampak lain di wajah Noki pucat dan keluar bintik-bintik merah itu membawa kepada pemeriksaan di Klinik Sg Besar.
“Nah di dapati penyakit denggi. Sebab itu sekarang semua mind set kena delete sikit, sakit sikit covid sakit sikit covid,” kongsinya lagi.
Dikesempatan itu juga, Shuhaimi turut berharap agar semua pihak tidak membuat andaian secara melulu sebaliknya titiplah doa yang baik-baik buat Noki dan seluruh team produksi.
Shuhaimi turut menambah, pihaknya akan tetap setia menunggu Noki sehingga dia benar-benar pulih sebelum mereka kembali semula ke set pengambaran.
“Kami semua akan menunggu untuk Noki kembali set. Kami dari team #ohmyhantaran mendoakan semoga Noki kembali sihat sedia kala. Amin,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, Oh My Hantaran merupakan sebuah drama komedi arahan Shuhaimi yang turut menampilkan pelakon seperti Eliya Sandha, Nazia Mustafar, dan Jaafar Onn.
Drama ini juga merupakan percubaan pertama Noki untuk berjinak-jinak di dalam bidang lakonan.
Sumber: Instagram Shuhaimi Lua
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ucap Hari Lahir Buat Arwah Anak, Azian Mazwan Harap Dapat Jumpa Di Syurga – “Kali Ini Ucapan Saya Tak Berbalas.”

Penyanyi senior, Azian Mazwan Sapuwan ada menitipkan ucapan buat Allahyarham anaknya, Mohammad Aqil Zulkarnain yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-21 hari ini.
Menurut Azian, sudah menjadi kebiasaan bagi seorang ibu untuk memperingati tarikh-tarikh penting mengenai anak mereka namun menyifatkan ucapannya pada kali ini tidak akan dibalas.
View this post on InstagramA post shared by Azian Mazwan Sapuwan (@azianmazwann) on
“09.10.2020 Selamat ulang tahun kelahiran anakku Allahyarham Mohammad Aqil Zulkarnain.
“Menjadi kelaziman seorang ibu akan mudah mengingati tarikh-tarikh penting apa lagi zuriat sendiri & saya selalunya mahu menjadi orang yang pertama ucapkan Happy Birthday buat mereka.
“Berbeza kali ini ucapan saya tidak berbalas tapi saya yakin Allah mendengar doa saya buat anak saya,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-2 itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Cinta Embun Pagi itu turut mendoakan agar dirinya dapat bertemu dengan anaknya itu di syurga nanti.
“Ya Allah, jadikanlah anak kami yang telah Kau panggil menjadi penunggu kami dalam Syurga mu. Aamiin yra.
“Sudi kiranya sahabat-sahabat saudara semua menghadiahkan bacaan Al-Fatihah buat anak saya.
“Allahummagh firlahu warhamhu wa a’fihi wa’fu anhu buat Allahyarham Mohammad Aqil Zulkarnain aamiin yra,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa malah turut berharap agar Azian diberikan kekuatan bagi menempuh dugaan ini.
Terdahulu, Allahyarham Aqil memghembuskan nafasnya yang terakhir pada 16 September 2019 selepas terbabit dalam kemalangan sehingga mengakibatkan kerosakan organ dalaman.
Sumber: Instagram Azian Mazwan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Tak Sibuk Cari Duit, Kau Nak Kasi Ke?,” – Didakwa Abai Anak Sebab Letak Nama Ibu Penjaga Kedua, Shuhada Shukri Tempelak Fake Akaun

Seorang individu tampil mempertikaikan kuputusan isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Shuhada Shukri yang meletakkan nama ibunya sebagai penjaga kedua bagi dua orang anaknya.
Menurut individu itu lagi, Shuhada dilihat seperti terlalu mengejarkan dunia glamour sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.
“Memang patut dia jaga pun. Anak kecil lagi, si mak duduk sibuk sangat sampai tiada masa. Dah tu pergi mahkamah nak mintak letak nama si nenek untuk jadi penjaga kedua.
“Tak ke terang lagi nyata si mak kepada budak-budak ni busy sangat dengan kehidupan ala glamorous dia ni? Kalau nak sangat jaga anak, nak menang hak jaga, tak payah letak nama mak hang sebagai penjaga kedua kot. Toxic gila.
“Lagi toxic dari bekas laki dia. At least bekas laki dia tak merentan sangat dekat social media. Ada batas nak kena jaga. Selalu lepas cerai, kebanyakannya lelaki yang bukan main merentan.
“Ni terbalik. Kesian anak-anak jadi game kat court,” tulisnya.
Enggan berdiam diri, Shuhada tampil mempertahankan dirinya untuk menjawab tomahan daripada individu yang dipercayai berselindung di belakang akaun palsu.
Jelas Shuhada, dia harus keluar bekerja bagi menyara kedua-dua anaknya.
“Ini contoh manusia gigih buat fake account nak tembak benda terang terang perkara bullshit. Kita simpan buat proofs siapa yang merentan.
“Dah kalau tak busy cari duit, kau nak kasi duit ke? Sembang la ada batas nak kena jaga,” tulisnya di Instagram Stories.
Lantaran itu, Shuhada turut mendedahkan dirinya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya individu berkenaan terus mengganggu dan melontarkan tuduhan tidak benar.
“Sekali lagi jangan jolok sarang tebuan, sendiri menyesal nanti. Aku bukan Shuhada yang lama bro yang bodoh. Sekarang, kau cari pasal, kau menjawab,” akhirinya.
Terdahulu, menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Shuhada memaklumkan mahmakah telah menetapkan Januari 2024 sebagai sebutan baharu bagi keputusan hak penjagaan anak-anaknya.
Sekadar informasi, Shuhada dan Hafidz sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Julai lalu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Shuhada Shukri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI