Teruja & Syukur Nanti Baby Sulung, Tasha Shilla Kongsi Perkembangan Terkini Kehamilan – “Mula Idam Nak Makan Nasi Lemak Waktu Pagi.”

Share

Pelakon, Tasha Shilla mendedahkan kehamilan pertamanya menjadi momen paling bermakna bagi dirinya serta suami, Muhammad Atiq Idris,33.

Bakal melahirkan permata hatinya itu pada April depan, Tasha,33, turut akui teruja untuk menerima ahli keluarga baru dalam hidup mereka.

“Alhamdulillah, inilah detik yang paling saya nantikan selepas mendirikan rumah tangga.

“Saya dan suami sememangnya menantikan kehadiran cahaya mata dalam kehidupan kami. Syukur, kami bakal menimang cahaya mata, tidak lama lagi.

“Suami sentiasa ada bersama saya memberi sokongan dalam fasa kehamilan. Jika berjumpa doktor, suami akan pasti sentiasa menemani saya.

“Baginya, dia juga perlu memikul tanggungjawab, sebelum anak dilahirkan,” katanya seperti yang dipetik menerusi BH Online.

Terdahulu, bintang drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi ini mengumumkan mengenai berita gembira itu menerusi Instagram, minggu lalu.

Dia bagaimanapun belum bersedia mendedahkan jantina anak yang bakal lahir.

“Biarlah menjadi kejutan, saya simpan dahulu rahsia. Hanya saya, suami dan keluarga sahaja tahu.

“Setakat ini, semuanya dalam keadaan terkawal. Cuma, memasuki trimester kedua ini, saya mula mengidam nak makan nasi lemak pada waktu pagi.

“Mujurlah, tidak mengidam benda pelik,” katanya.

Tasha dan Atiq mendirikan rumah tangga pada 28 Februari lalu.

Foto: Instagram Tasha Shilla

Published by
MH