Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz akui agak terkilan apabila ibunya Siti Hafiza Basharahil kerap menjadi mangsa kecaman netizen sejak akhir-akhir ini.
Meskipun mengakui situasi ini berpunca daripada kes penceraiannya bersama bekas isteri Bella Astillah dan terpalit kes khalwat dengan pelakon Ruhainies, namun, Aliff menegaskan dia dan ibunya juga mempunyai hati dan perasaan sama seperti orang lain.
“Sebagai seorang anak, mestilah saya kecewa dan sedih. Namun, bila melihat lebih mendalam, ia juga berpunca daripada kekurangan dan kesilapan saya.
“Saya yang meletakkan ibu di posisi sebegitu. Namun, saya berharap sangat kepada semua, walau apapun pendapat yang anda ada, kami juga manusia biasa seperti orang lain.
“Saya bukan nak samakan hidup kami dengan semua orang tapi kami juga manusia biasa yang ada buat salah dan silap serta ada perasaan,” katanya kepada MH.
Pelakon drama ‘Terjerat’ itu berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas prosiding pertuduhan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu.
Ads
Bagaimanapun, pelakon asal Singapura ini berharap agar semua pihak mengawal percakapan dan hantaran-hantaran yang dikongsikan di media sosial.
“Apa sahaja pendapat anda, saya hormatinya. Semua orang berhak memberikan pendapat. Namun, berpada-padalah dalam mengeluarkan kata-kata kesat dan tidak baik.
“Perkara ini juga merupakan peringatan untuk saya. Apa yang kita kongsi dan tulis di media sosial ini sangat bahaya lebih-lebih lagi di era media sosial ini. Segalanya di hujung jari,” ujarnya lagi.
Ads
Pada masa sama, Aliff memohon semua pihak untuk tidak mudah menjatuhkan hukuman bila dia dan ibunya berkongsi hantaran berkaitan agama di media sosial.
“Bila saya atau ibu ada memuat naik hantaran berkaitan agama dan bukan isu kontroversi, ada pula yang kata baru sekarang kami nak memuat naik hantaran sedemikian.
“Pada saya, kita tak perlu jadi baik untuk sebarkan perkara baik. Saya mengharapkan bila berkongsi hantaran sedemikian, Allah beri kebaikkan kepada saya juga.
“Jadi, saya minta kepada semua, daripada kita berkata yang bukan-bukan atau kata kesat, lebih baik kita menitipkan doakan.
Ads
“Kalau tiada benda baik untuk diperkatakan, lebih baik kita tak perlu cakap apa-apa,” katanya.
Ketika ditanya mengenai emosi ibunya, Aliff mendedahkan semuanya semakin okay dan memohon doa yang baik-baik.
“Saya minta kepada semua, daripada kita bercakap bukan-bukan atau pun bercakap kesat, lebih baik kita tak bercakap apa-apa.
“Mengenai emosi ibu saya, dia semakin baik sekarang. Doakanlah semoga semua pihak diberikan semangat dan kekuatan untuk maju ke hadapan serta menjadi lebih baik,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon senior, Datin Seri Noniswara kecewa dengan tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dirinya mengabaikan arwah suami, Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad ketika sedang dirawat di hospital.
Menurut Noniswara atau nama sebenarnya Noniswara Baharudin, dakwaan tersebut sememangnya tidak benar dan dia juga terpaksa akur dengan arahan pihak hospital yang tidak membenarkan dirinya bermalam di wad suami.
“Orang kata saya tiada dan tak jaga awak semasa awak sakit sayang. Sedangkan, sayalah orang yang sentiasa ada di sisi sayang dari hari pertama sehingga akhir hayat awak.
“Cuma balik tidur sahaja sebab ICU tak boleh tunggu. Allah sahaja yang maha mengetahui,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Melastik Ke Hatimu 2 itu menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram Stories.
Katanya lagi, dia datang ke hospital bukan hanya sekadar melawat tetapi menjaga suaminya yang sedang terlantar.
“Saya dekat sana tiada pula orang yang nak ambil gambar.
“Video ini pun saya tak perasan telah diambil dan candid dari seorang sahabat hantar kepada saya. Merawat, menjaga dan menunggu. Bukan melawat,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Noniswara mendedahkan dirinya akan terus kuat bagi menempuhi segala dugaan ini meskipun tanpa suaminya di sisi.
“Tak mengapalah sayang. Akanku tempuhi hidup ini dan fitnah tanpa awak sayang. Kesian dekat saya sayang,” kongsinya lagi.
Terdahulu, suami Noniswara telah menghembuskan nafas yang terakhir akibat strok jam 10.16 malam pada tanggal 1 Oktober lalu.
Allahyarham Sheikh Nordin disembahyangkan di Masjid Mustaqim, Ampang, Selangor dan dikebumikan di kampung halamannya di Kuala Krau, Temerloh, Pahang.
Nonis mendirikan rumah tangga dengan usahawan berkenaan sejak sembilan tahun lalu. Bagaimanapun, tidak dikurniakan cahaya mata.
Allahyarham Sheikh Nordin juga merupakan bapa mentua kepada penyanyi, MK K-Clique. MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan berkahwin dengan Siti Hajaar Sheikh Nordin pada 16 Jun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Noniswara
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang Indonesia, Rizky Febian mengakui berasa amat teruja apabila diberikan kesempatan untuk berkolaborasi bersama penyanyi meningkat naik, Ziva Magnolya menerusi lagu duet terbaru yang berjudul Terlukis Indah.
Menurut Rizky, lagu tersebut sebenarnya telah diciptakan secara spontan sewaktu dia dan Siva bertemu di sebuah program buat kali pertamanya.
“Sebenarnya lagu Terlukis Indah ini tercipta kerana keakraban saya bersama Ziva. Kami juga boleh dikatakan sama-sana memiliki banyak kisah-kisah indah untuk diceritakan.
“Pada mulanya, kami bertemu di sebuah program di mana saya yang menjadi hosnya. Ketika diacara tersebut, terdapat satu segmen para artis diminta untuk menyanyikan lagu secara spontan. Saat itu, salah seorang pesertanya adalah Ziva.
“Ketika kami sedang rakcak menyanyikan lagu secara spontan, tiba-tiba kami mendapat ilham untuk hasilkan nada yang sungguh enak untuk didengar. Chorus pun kami dapat di situ.
“Lalu, saya bertanya kepada Ziva kalau dia ingin serius, saya akan terus siapkan lagu ini bersama team saya. Akhirnya, terhasil lagu Terlukis Indah. Saya berasa senang apabila dapat berkoleborasi bersama artis berbakat besar seperti Ziva,” ujar Rizky.
Dalam pada itu, Ziva turut memaklumkan dia dan Rizky tidak mengambil masa yang lama untuk membina keserasian memandangkan citarasa mereka terhadap bidang muzik mempunyai banyak persamaan.
“Bila bercerita mengenai soal chemistry, saya merasakan hubungan kami itu sangat dekat. Saya bercerita mengenai apa yang saya rasa dan saya tak tahu sama ada Rizky perasan atau tidak.
“Saya merasakan cara Rizky menyanyi dan lagu-lagunya yang terdahulu amat sinonim dengan diri saya. Banyak persamaan diantara kami. Saya juga sebenarnya ingin dikenali sebagai seorang anak seni yang sama seperti Rizky.
“Rizky ini seakan-akan diri saya versi lelaki. Jadi, untuk membentuk chemistry itu tidak memerlukan waktu yang lama,” kongsinya.
Rizky dan Ziva berkongsi kisah tersebut ketika ditemui pada majlis sidang media pengenalan lagu Terlukis Indah yang diadakan secara virtual pada Isnin.
Ketika ditanya adakah mereka ini merupakan pasangan bercinta, ini reaksi yang diberikan oleh Rizky;
“Kami sebenarnya ‘berjodoh’ di dalam karya. Kami impikan untuk menghasilkan lebih banyak karya-karya bersama lagi selepas ini.
“Di luar juga sebenarnya kami memang agak rapat. Kami mahu chemistry itu selalu ada dan matlamat kami selalu seiring,” jelasnya lagi.
Sekadar informasi, lagu Terlukis Indah kini sudah boleh mula didengari di seluruh platform digital penstriman muzik manakala muzik videonya pula boleh ditonton di saluran Youtube Rizky Febian.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pensyarah, Dr. Diddy Hirdi kurang bersetuju bila ada pihak yang melabelkan program pertandingan nyanyian yang diadakan khusus untuk artis-artis berpengalaman sebagai sesuatu yang memalukan.